Apa Akan Jadi Dengan Agama Ini Jika Kita Terima Idea YAQAZAH?

Primary tabs

Yaqazah: Apa akan jadi jika kita menerima....

Oleh: zain y.s (artikel terbitan tahun 2005)

Apa akan jadi jika perkara2 agama ini ditelan bulat-bulat tanpa sanad? Apa akan berlaku pada agama kita jika dakwaan ust asaari dan yg seumpamanya diterima? Dan apa akan berlaku pada ajaran Islam seandainya yaqazah menjadi salah satu sumber ambilan syariat di samping sumber2 lainnya?

Selama ini syariat Islam, samada aqidah, feqh dan akhlak tidak pernah berpegang kepada sumber yaqazah. Imam-imam mujtahid yang empat dan lain imam-imam mujtahid mengasaskan mazhab masing-masing bersandarkan keilmuan dan ijtihad mereka. Bukan atas asas yaqazah sedikitpun.

Sumber syariat Islam adalah apa yang termaktub di dalam al-Quran dan apa lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuatan dan pengakuannya. Islam itu telah sempurna. Syariat Islam juga begitu. Tak perlu ditokok tambah. Proses penurunan wahyu yg satu-satunya sumber syariat samada yang langsung dari Allah (al-Quran) atau melalui Rasulullah s.a.w. (Hadis) telahpun selesai. Dari itu Islam tidak memerlukan sesuatu yang baru sbg penambahan syariat. Juga Islam tidak memerlukan agar wahyu itu diturunkan semula.

Jika memang benar wujud yaqazah, maka siapakah yang paling layak beryaqazah dengan Rasulullah s.a.w.? Apakah ust asaari? Apakah wali-wali? Sudah tentu tidak.. Yang paling layak ialah para sahabat Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Saidina Abu Bakarlah yang paling layak. Umar. Osman. Ali. Dll. Begitu juga dengan imam-imam besar lainnya spt al-Syafii, Hanafi, Maliki, Hanbali, al-Bukhari dan Muslim. Mereka inilah antara manusia2 yang paling mencintai Rasulullah s.a.w. Jadi merekalah yang paling layak bertemu Rasulullah s.a.w. secara jaga.

Saya tertarik dengan satu tulisan oleh Prof KH Ali Mustafa Yaqub, iaitu salah seorang murid syeikh Mustafa A'zhami, mengenai pergerakan al-Arqam. Tentang dakwaan wujudnya yaqazah, katanya, tentang isikandungan aurad muhamadiyah barangkali boleh dipertimbangkan benar salahnya. Namun, dakwaan bahawa ia diperolehi secara langsung dari Rasulullah s.a.w. sudah pasti tidak dapat kita nyatakan sebagai benar.

Katanya lagi, Nabi saw wafat pada abad 1 hijirah. Ini disepakati oleh seluruh kaum muslimin. Dan baginda saw tidak mungkin akan hidup di dunia lagi. Manakala syeikh Suhaimi pula mati pada pada abad ke14 hijrah.

Jadi, katanya lagi, menurut disiplin ilmu hadis, apa yang diberikan oleh rasulullah saw kepada syeikh suhaimi, apabila ia bukan al-quran maka sudah tentu ia adalah hadis. Jika begitu keadaannya, maka para ulama hadis akan menyebut hadis dalam bentuk ini adalah hadis palsu/maudu', kerana jarak wafat antara dia dan nabi saw sangat jauh yg mustahil utk mereka bertemu. Kerana itu, ulama hadis akan menggelar syeikh suhaimi sebagai al-Kazzab/pendusta atas nabi saw.

Jika syeikh suhaimi mendakwa beliau bertemu Nabi saw, maka hal ini dapat diterima. Namun perlu diingat, Nabi saw tidak akan memberinya ajaran atau amalan. Kerana ajaran Islam sudah selesai pembentukannya dengan wafatnya Nabi saw.

Mengenai hujah al-Imam as-Sayuti rhm, katanya, untuk menguatkan pendapat seorang yang hampir dengan Allah dapat bertemu Nabi saw dalam keadaan jaga, mereka menyebut-nyebut sebuah buku karangan Imam al-Sayuti yang membenarkan hal itu. Pendapat ini dapat ditolak dengan dua perkara:

  1. Buku yang mereka sebut sebagai karya al-Sayuti itu perlu diteliti kembali keasliannya. Apakah ia benar-benar tulisan al-Sayuti ataupun bukan? Sebab reputasi ilmiah serta kredibiliti al-sayuti yang begitu tinggi, khususnya di kalangan mazhab syafi'i, telah disalahgunakan oleh sebahagian orang dengan menulis buku dan mengatasnamakannya kepada al-sayuti, padahal beliau tidak pernah melakukan hal itu. Tambahan pula dalam kitab2 al-sayuti yang lain, yang diyakini keasliannya sebagai tulisan beliau, misalnya kitab tadrib al-rawi, beliau ketika menjelaskan kesinambungan sanad sebagai salah satu syarat keaslian hadis, tidak pula beliau memberi penjelasan seperti apa yg dijelaskan oleh al-arqam.
  2. Apabila dakwaan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga itu dibenarkan, maka suatu saat akan ada lagi orang yang mengaku bertemu dengan nabi saw dalam keadaan jaga, dan Nabi saw memberinya wirid-wirid tertentu agar diamalkan dan disebarkan kepada orang lain. kalau ini terjadi, maka akan kacaulah agama Islam. Bila-bila ada sahaja orang yang mengaku demikian.

(Ruj. Islam Masa Kini, hal. 104-105)

 


 

Benarlah apa yang telah dinyatakan oleh Ibnu al-Mubarak, bahawa sanad itu sebahagian dari keistimewaan umat ini. Tanpa sanad, orang boleh sahaja mengatakan itu dan ini.

Memang, tanpa sanad, orang boleh mendakwa itu dan ini. Yang tidak ada dikatakan ada. Yang ada dikatakan tiada. Khayalan dikatakan kenyataan. Dan seterusnya.

Seperkara lagi, sebahagian golongan terpaksa mempertahankan secara bermati-matian tentang yaqazah ini, kerana asas ajaran kumpulan mereka adalah yaqazah. Jika satu-satu golongan itu diasaskan atas asas yaqazah, bermakna menafikan yaqazah akan meruntuhkan sendi-sendi golongan itu.

Akhirnya, umat Islam tidak memerlukan yaqazah. Juga tidak memerlukan persidangan wali-wali. Umat Islam perlukan sumber syariat yang sahih.. Al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qiyas.

Semoga bermanfaat... 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan