SJ-04-0124 : Perlu ke ulang semula mandi wajib jika.....

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-04-0124 : Perlu ke ulang semula mandi wajib jika.....

Mohon pendapat bagi yg berpengatahuan dlm agama ( fardu ain) .Kalau semasa sedang mandi wajib, kita gosok faraj dgn tujuan utk ratakan air sehingga rasa seperti klimaks tp tak sampai cuma mukadimah shj, sah tak mandi wajib? Perlu ke ulang semula mandi wajib?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0124 : Perlu ke ulang semula mandi wajib jika.....

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah. Diwajibkan mandi wajib apabila :-

1. Berlakunya persetubuhan (samada keluar mani atau pun tidak). Diari Abu Hurairah ra., Nabi :saw bersabda :-

 إِذَا جَلَس بَيْن شُعَبِها الْأَربَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا فَقَدْ وَجَبَ الْغَسْلُ
"Apabila seorang lelaki duduk diantara 4 anggota (lengan dan kaki isterinya) dan menyetubuhinya. maka wajib mandi". Hadith Riwayat al-Bukhari. Tambahan didalam hadith Muslim -(وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ) "walaupun tidak mengeluarkannya".

2. Keluarnya mani (dari lelaki atau wanita). Ini terjadi apabila berada didalam keadaan klimaks dan sedikit ketegangan kepada anggota badan. Dari Abu Sa'id al-Khuri ra. bahawa Nabi :saw bersabda : 

 إِنَّمَا المَاءُ مِنَ المَاءِ 
"Air adalah untuk air" [Hadith Riwayat Muslim]. Maksudnya apabila keluar air mani, hendaklah mandi wajib menggunakan air juga. 

Didalam persoalan diatas, seseorang itu tidak sampai klimaks dan tidak mengeluarkan mani, maka tidak perlu diulang mandi wajib lagi sekali. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين