SJ-2520: Amalan Rabitah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2520: Amalan Rabitah

:salam

Apakah hukumnya amalan rabitah (harap2 istilahnya betul) sepertimana yang diamalkan di dalam Tariqat An-Naqsabandiyyah (al-Khalidiyyah)?

:wassalam

Re: SJ-2520: Amalan Rabitah

:wassalam
Jawab:
Rabitah itu bermaksud mengikat, maknanya wirid dan zikir2 yg perlu diamalkan sentiasa utk mengikat ahli dgn pergerakan itu yakni meningkatkan kesatuan dan kecintaan pada tariqat itu terutama syaikh2nya.
Adapun wirid dan zikir yg dikarang oleh kumpulan tariqat itu dinamakan zikir dan wirid khusus, manakala pada sisi pandangan mereka, zikir dan wirid2 yg berasal dari alQur'an dan asSunnah hanya dianggap zikir dan wirid umum sahaja. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (alUbudiyah/117) membid'ahkan wirid2 khusus kaum tariqat ini. Kecuali aurad dan zikir2 itu berasal dari alQur'an dan asSunnah, maka ia tidak bid'ah. WA