Soaljawab Islam

SJ-12-0147 : Tempoh Iddah & Keluar Rumah

Dari kawan:
Assalamu`alaikum wbt

Saya difahamkan adalah haram kepada isteri yang kematian suami keluar dari rumahnya dalam tempoh Idahnya. Apakah larangan ini termasuk melarang untuk berpindah, contohnya seorang ibu tua yang tinggal berseorangan di kampung setelah kematian suami ingin berpindah ke bandar, tinggal bersama anaknya. Adakah dibenarkan berpindah dalam waktu Idah atau hanya dibenarkan selepas tempoh idah?

Sekian...

SJ-11-0096 : hukum aqad dalam transaksi kewangan - part 2

susulan:

SJ-11-0092 : hukum aqad dalam transaksi kewangan

kenapakah aqad perkahwinan wajib, sedangkan aqad jual beli tidak? hanya adat? adakah kedua2nya adat...?

thanx. wassalam

SJ-04-0041 : Tidak mengambil wudhu ketika azan berkumandang?

Assalamu alaikum...

Saya selalu terlihat ramai di kalangan muslim yang menangguhkan pengambilan wudhu sehingga azan berhenti. Apabila azan berkumandang, mereka berdiri menghormati azan. Apabila habis azan barulah mereka memulakan wudhu.

Saya tidak pernah diajar begini. Maka, diharap ustadz dapat memberi panduan samada ia memang disyariatkan ataupun tidak?

waAllahu ta'ala a'lam.

SJ-13-0218 : Mcm ne nak naik rumah baru

Salam..

Saya ader sedikit persoalan..ader tak cara yang mengikut sunnah jika kita nak naik lumah baru..Ader kebanyakan dari umat Islam, bila nak naik lumah, mereka wat sedikit kenduri dan solat hajat..Adakah itu menepati sunnah..dan kalu tak apa alternatifnya..

SJ-11-0097 : Software pirate utk bisnes

:salam:

SJ-06-0035 : Mahu belajar solat Jama' dan Qasar

Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.

Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.

SJ-05-0167 : Lagi Solat Sunat...

:salam
Ana nak tanya soalan..apa lagi solat sunat yang Nabi S.A.W tak buat tapi kita buat? Kalau ahli2 panel kita boleh kemukakan hadis dari NABI saw lagi baik..terima kasih..

wa..

:wassalam

SJ-16-0003 : HUkum menukar nazar

:salam kepada semua
Ana ada kemusykilan. Seorang telah bernazar selepas solat hajat untuk melakukan solat sebanyak 1000 rakaat sekiranya dia mendapat hajatnya dalam masa tiga minggu. Hajatnya tidak tercapai dalam masa yang diinginkan maka dia solat hajat sekali lagi dan menukar nazar untuk solat 100 rakaat. boleh ke dia berbuat begitu. Sekian :wassalam

SJ-04-0042 : Wuduk Yang Sempurna

:salam

Ust,

Boleh ust jelaskan kepada saya cara-cara untuk berwuduk dengan sempurna... ::?:

SJ-13-0221 : Agama Yahudi

:salam

Saya tak tahu kat mana nak post soalan ni. Harap terima.

1- Siapakah tuhan orang yahudi ?
2- Perjanjian apakah yang telah memecahkan kerajaan islam seperti negara2 arab sekarang ?

Harap tolong bagi link untuk kedua2 jawapan jika ada.

JKK.

:wassalam

SJ-13-0219 : Hukum mengasingkan diri.

:salam

SJ-12-0145 : Kaedah akad nikah dengan janda

"Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, sedang perawan dimintai izin tentang urusan dirinya, dan izinnya itu ialah diamnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dari hadis ni yg ana faham janda tak perlukan wali untuk akad nikah, maknanya boleh akad nikah ngan janda tanpa ada wali la maksudnyer yer. Ana berada di luar negara,

Soalan:camna kaedah yg betul utk akad nikah dgn janda.

SJ-05-0166 : Selawat di dalam khutbah jumaat

Saya tak boleh nak reply jawapan thtl tu...[Lihat SJ-05-0165]

Jadi saya nak tanya ustaz Zain, Mazlee, hasrizal dll

Sah tak sembahyang jumaat pentaqlid mazhab yg empat sembahyang dimasjid yg selawat dikira bukan rukun khutbah? Ini bukan tanya main2 atau nak memainkan sentimen sebab saya adalah bermazhab syafie. Mohon bantuan!

SJ-07-0055 : bacaan zikir diantara takbir solat raya

:salam

di masjid2 dan surau2 yang menjalankan solat sunat raya(puasa/haji), sebelum solat didirikan biasanya imam akan bangun dan beri taklimat tentang cara melaksanakan solat sunat ini. yang biasa saya dengar dari taklimat imam menyatakan sunat membaca zikir "subhanallah walhamdulillah walailaha illALLAH HUWALLAHU akbar" diantara takbir2 di dalam solat raya. adakah ini warid daripada amalan Rasulullah s.a.w dan salafussoleh?

SJ-04-0040 : wudhuk..

:salam

Dari Miqdaam ibn Ma'di Yakrib ra : berkata :