Al-Syama'il: Bab 40. Ibadah Rasulullah s.aw. (27 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

40

Ibadah Rasulullah s.aw. (27 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي عِبَادَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

262

1. Mughirah bin Syu’bah berkata:

Rasulullah mendirikan solat sampai kedua-dua kaki Baginda bengkak. Ada yang menegur Baginda, “Mengapakah kamu menyusahkan dirimu sebegitu rupa, padahal Allah sudah mengampunkan kamu daripada segala dosa yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah menjawab, “Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur kepada-Nya?” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى انْتَفَخَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ: أَتَتَكَلَّفُ هَذَا وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: «أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا»

263

2. Abu Hurairah berkata:

Rasulullah pernah bersolat sampai kedua-dua kaki Baginda bengkak. Ada yang bertanya kepada Baginda, “Mengapakah kamu melakukan hal ini, padahal sudah tertulis bahawa Allah mengampunkan segala dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Jawab Rasulullah, “Adakah aku tidak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي حَتَّى تَرِمَ قَدَمَاهُ قَالَ: فَقِيلَ لَهُ: أَتَفْعَلُ هَذَا وَقَدْ جَاءَكَ أَنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: «أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا»

264

3. Abu Hurairah berkata:

Rasulullah pernah mendirikan solat sampai kedua-dua kaki Baginda bengkak. Lalu, ada yang bertanya kepada Baginda, “Wahai Rasulullah! Mengapakah kamu melakukan hal ini, padahal Allah sudah mengampunkan segala dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah menjawab, “Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُومُ يُصَلِّي حَتَّى تَنْتَفِخَ قَدَمَاهُ فَيُقَالُ لَهُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَفْعَلُ هَذَا وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: «أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا»

265

4. Aswad bin Yazid berkata:

Aku bertanya kepada Aisyah mengenai solat malam Rasulullah. Aisyah menjawab, “Rasulullah tidur pada awal malam, kemudian Baginda bangun mendirikan solat malam dan ibadah yang lain. Apabila mendekati waktu sahur, Baginda mendirikan solat witir. Sesudah itu, Baginda kembali ke tempat tidur. Sekiranya Rasulullah berhajat ke atas isteri Baginda, Baginda akan mendatangi sang isteri. Ketika mendengar seruan azan, Baginda akan bangun dengan segera. Jika Baginda bangun dalam keadaan berjunub, Baginda akan mandi dahulu. Jika tidak, cukup sekadar mengambil wuduk lalu keluar ke tempat solat.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Nasa’i)

عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاللَّيْلِ؟ فَقَالَتْ: «كَانَ يَنَامُ أَوَّلَ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ، فَإِذَا كَانَ مِنَ السَّحَرِ أَوْتَرَ، ثُمَّ أَتَى فِرَاشَهُ، فَإِذَا كَانَ لَهُ حَاجَةٌ أَلَمَّ بِأَهْلِهِ، فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ وَثَبَ، فَإِنْ كَانَ جُنُبًا أَفَاضَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَاءِ، وَإِلَّا تَوَضَّأَ وَخَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ»

266

5. Ibnu Abbas bercerita, beliau pernah bermalam di rumah makciknya yang juga merupakan isteri Rasulullah, iaitu Maimunah. Menurut Ibnu Abbas:

Aku tidur pada sisi lebar bantal, manakala Rasulullah dan isterinya berbaring pada sisi panjang bantal itu. Rasulullah tidur sehingga tengah malam, kurang sedikit atau lewat sedikit dari tengah malam. Kemudian, Baginda bangun dan membersihkan wajahnya daripada bekas tidur dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali Imran. Selepas itu, Baginda mengambil wuduk dengan air yang ada di dalam bekas yang tersedia lalu mendirikan solat.

 

Aku pun berdiri di sebelah kiri Rasulullah hendak bersolat bersama-sama. Tiba-tiba, Rasulullah meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku lalu menarik telinga kananku (supaya aku berdiri di sebelah kanan Baginda). Rasulullah solat dua rakaat, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi. (Perawi bernama Ma’an berkata, “Dua rakaat sebanyak enam kali). Sesudah itu, Rasulullah solat witir lalu berbaring semula sehingga muazin datang. Apabila azan dilaungkan, Baginda solat dua rakaat yang ringkas lalu keluar dari rumah dan pergi mendirikan solat Subuh. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ بَاتَ عِنْدَ مَيْمُونَةَ وَهِيَ خَالَتُهُ قَالَ: «فَاضْطَجَعْتُ فِي عَرْضِ الْوِسَادَةِ، وَاضْطَجَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طُولِهَا، فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا انْتَصَفَ اللَّيْلُ أَوْ قَبْلَهُ بِقَلِيلٍ أَوْ بَعْدَهُ بِقَلِيلٍ، فَاسْتَيْقَظَ [ص:225] رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ، ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الْآيَاتِ الْخَوَاتِيمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى شَنٍّ مُعَلَّقٍ فَتَوَضَّأَ مِنْهَا، فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي» قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ: " فَقُمْتُ إِلَى جَنْبِهِ فَوَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى رَأْسِي ثُمَّ أَخَذَ بِأُذُنِي الْيُمْنَى فَفَتَلَهَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ - قَالَ مَعْنٌ: سِتَّ مَرَّاتٍ - ثُمَّ أَوْتَرَ، ثُمَّ اضْطَجَعَ حَتَّى جَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ فَقَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ، ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى الصُّبْحَ "

267

6. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah mengerjakan solat malam sebanyak tiga belas rakaat. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً»

268

7. Aisyah berkata:

Jika Rasulullah tidak dapat mengerjakan solat malam disebabkan tertidur ataupun terlalu mengantuk, Baginda akan bersolat dua belas rakaat pada waktu siang. (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا لَمْ يُصَلِّ بِاللَّيْلِ مَنَعَهُ مِنْ ذَلِكَ النَّوْمُ، أَوْ غَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ صَلَّى مِنَ النَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً»

269

8. Abu Hurairah meriwayatkan:

Rasulullah berpesan, “Jika ada antara kamu semua yang bangun pada waktu malam hendak solat, mulakanlah solat dengan dua rakaat yang ringkas.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنَ اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلَاتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ»

270

9. Zaid bin Khalid al-Juhani berkata:

Aku memerhatikan Rasulullah mengerjakan solat malam. Ketika itu, aku tidur di ambang pintu rumah Baginda atau di hadapan khemah Baginda. Rasulullah memulakan dengan solat dua rakaat yang ringkas. la diikuti dengan solat dua rakaat yang sangat panjang dan lama seolah-olah enam rakaat. Selepas itu, Baginda dirikan pula solat dua rakaat yang ringkas daripada solat yang sebelumnya, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat dan kemudian solat witir. Kesemuanya berjumlah tiga belas rakaat. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: لَأَرْمُقَنَّ صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَتَوَسَّدْتُ عَتَبَتَهُ، أَوْ فُسْطَاطَهُ «فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ طَوِيلَتَيْنِ، طَوِيلَتَيْنِ، طَوِيلَتَيْنِ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دَونَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دُونَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دُونَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُمَا دُونَ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا، ثُمَّ أَوْتَرَ فَذَلِكَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً»

271

10. Abi Salamah bertanya kepada Aisyah, “Bagaimanakah solat malam Rasulullah pada bulan Ramadhan?” Aisyah menjawab:

Rasulullah tidak menambah (jumlah rakaat solat sunat) sama ada pada bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan lain, melebihi sebelas rakaat. Secara terperinci, Baginda solat empat rakaat, janganlah kamu bertanya akan bagus dan panjang solat ini. Kemudian, Baginda solat lagi empat rakaat, jangan lagi bertanya akan bagus dan panjang solat ini. Sesudah itu, Baginda solat witir sebanyak tiga rakaat.

Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir?”

Rasulullah menjawab, “Wahai Aisyah! Yang tidur hanyalah mataku. Namun hatiku tidak tidur.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah)

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ، كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ؟ فَقَالَتْ: مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَزِيدَ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعًا لَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا لَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا، قَالَتْ عَائِشَةُ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ؟ فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ، إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي»

272

11. Aisyah meriwayatkan:

Rasulullah mendirikan solat malam sebanyak sebelas rakaat, termasuk satu rakaat solat witir. Apabila selesai bersolat, Baginda akan berbaring mengiring ke kanan. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ، فَإِذَا فَرَغَ مِنْهَا اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ»

273

12. Ibnu Abi Umar telah menceritakan kepada kami, Ma’n telah mengkhabarkan kepada kami, dari Malik, dari Ibnu Syihab dengan hadis seumpamanya. (Pindah sanad) Qutaibah telah menceritakan kepada kami, dari Malik, dari Ibnu Syihab dengan hadis yang serupa.

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ: حَدَّثَنَا مَعْنٌ، عَنْ مَالِكٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، نَحْوَهُ (ح) وَحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، نَحْوَهُ

274

13. Aisyah berkata:

Rasulullah mendirikan solat malam sebanyak sembilan rakaat. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ»

275

14. Mahmud bin Ghailan telah menceritakan kepada kami, Yahya bin Adam telah menceritakan kepada kami, Sufyan al-Tsaury telah menceritakan kepada kami, dari al-A’masy akan hadis yang seumpamanya.

حدثنا محمود بن غيلان ثنا يحيى بن آدم ثنا سفيان الثوري عن الأعمش نحوه

276

15. Hudzaifah bin al-Yaman meriwayatkan:

Hudzaifah pernah bersolat malam bersama Rasulullah. Kata Hudzaifah, “Rasulullah memulakan solat dengan membaca Allahu akbar dzul malakuti wal jabaruti wal kibriya’i wal ‘azhamah (Allah maha besar, Pemilik kerajaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan).

 

Sesudah itu, Rasulullah membaca surah al-Baqarah lalu rukuk. Rukuk Baginda lama, hampir sama lamanya dengan berdiri. Semasa rukuk, Baginda membaca Subhana rabbiyal ‘azhimi, subhana rabbiyal ‘azhimi (Maha Suci Allah, Tuhanku yang maha agung. Maha Suci Allah, Tuhanku yang maha agung). Sesudah itu, Baginda mengangkat kepalanya dan berdiri. Baginda berdiri lama, hampir sama dengan lamanya rukuk.`Semasa i’tidal, Rasulullah membaca li rabbiyal hamd, li rabbiyal hamd (Seluruh pujian untuk Tuhanku, seluruh pujian untuk Tuhanku). Sesudah itu, Baginda bersujud. Sujud Baginda lama, hampir sama lamanya dengan Baginda i’tidal. Semasa sujud, Rasulullah membaca Subhana rabbiyal a’la, subhana rabbiyal a’la (Maha suci Tuhanku yang maha tinggi. Maha suci Tuhanku yang maha tinggi). Sesudah itu, Baginda duduk antara dua sujud. Lama duduk Baginda hampir sama dengan lamanya sujud Baginda. Semasa duduk antara dua sujud, Rasulullah membaca Rabbigh firli, rabbigh firli (Wahai Tuhanku, ampunkanlah aku! Wahai Tuhanku, ampunkanlah aku!). Baginda membaca surah al-Baqarah, surah Ali Imran, surah an-Nisa, surah al-Ma’idah dan surah al-An’am.

 

Syu’bah ragu sama ada surah al-Ma’idah ataupun surah al-An’am. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ، أَنَّهُ صَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ اللَّيْلِ قَالَ [ص:230]: فَلَمَّا دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ: «اللَّهُ أَكْبَرُ ذُو الْمَلَكُوتِ وَالْجَبَرُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ» قَالَ: ثُمَّ قَرَأَ الْبَقَرَةَ، ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعَهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ وَكَانَ يَقُولُ: «سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ، سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ» ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَكَانَ قِيَامُهُ نَحْوًا مِنْ رُكُوعِهِ، وَكَانَ يَقُولُ: «لِرَبِّيَ الْحَمْدُ، لِرَبِّيَ الْحَمْدُ» ثُمَّ سَجَدَ فَكَانَ سُجُودُهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ، وَكَانَ يَقُولُ: «سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى، سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى» ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ، فَكَانَ مَا بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ نَحْوًا مِنَ السُّجُودِ، وَكَانَ يَقُولُ: «رَبِّ اغْفِرْ لِي، رَبِّ اغْفِرْ لِي» حَتَّى قَرَأَ الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ وَالنِّسَاءَ وَالْمَائِدَةَ أَوِ الْأَنْعَامَ «شُعْبَةُ الَّذِي شَكَّ فِي الْمَائِدَةِ وَالْأَنْعَامِ» قَالَ أَبُو عِيسَى: " وَأَبُو حَمْزَةَ اسْمُهُ: طَلْحَةُ بْنُ زَيْدٍ، وَأَبُو حَمْزَةَ الضُّبَعِيُّ اسْمُهُ: نَصْرُ بْنُ عِمْرَانَ "

277

16. Aisyah berkata:

Rasulullah bangun solat malam dengan hanya membaca satu ayat Quran. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِآيَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ لَيْلَةً»

278

17. Abdullah ibnu Mas’ud berkata:

Pada suatu malam, aku solat bersama Rasulullah. Baginda berdiri begitu lama, sehingga terlintas niat yang tidak baik dalam hatiku.

 

Abdullah ditanya apakah niat buruknya itu? Beliau menjawab, “Aku mahu duduk dan meninggalkan Rasulullah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: «صَلَّيْتُ لَيْلَةً مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ قَائِمًا حَتَّى هَمَمْتُ بِأَمْرِ سُوءٍ» قِيلَ لَهُ: وَمَا هَمَمْتَ بِهِ؟ قَالَ: «هَمَمْتُ أَنْ أَقْعُدَ وَأَدَعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

279

18. Sufian bin Waki’ telah menceritakan kepada kami, Jarir telah menceritakan kepada kami, dari al-A’masy dengan hadis yang sama.

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ قَالَ: حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الْأَعْمَشِ، نَحْوَهُ

280

19. Aisyah meriwayatkan:

Rasulullah pernah solat dalam keadaan duduk termasuk ketika membaca surah dalam solat. Apabila bacaan surah tinggal sekitar tiga puluh sehingga empat puluh ayat, Baginda berdiri dan meneruskan bacaan, lalu rukuk dan sujud. Pada rakaat kedua, Baginda melakukan hal yang sama. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَائِشَةَ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي جَالِسًا فَيَقْرَأُ وَهُوَ جَالِسٌ، فَإِذَا بَقِيَ مِنْ قِرَاءَتِهِ قَدْرُ مَا يَكُونُ ثَلَاثِينَ أَوْ أَرْبَعِينَ آيَةً، قَامَ فَقَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ، ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ، ثُمَّ صَنَعَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ ذَلِكَ»

281

20. Abdullah bin Syaqiq berkata, Aku bertanya kepada Aisyah mengenai solat sunat Rasulullah. Aisyah menjawab:

Rasulullah pernah solat malam dalam keadaan berdiri yang lama. Baginda juga pernah solat malam dalam keadaan duduk yang lama. Jika Baginda membaca surah dalam keadaan berdiri, Baginda akan rukuk dan sujud dan berdiri semula. Jika Baginda membaca surah dalam keadaan duduk, Baginda rukuk dan sujud dan duduk semula. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ: سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ تَطَوُّعِهِ، فَقَالَتْ: «كَانَ يُصَلِّي لَيْلًا طَوِيلًا قَائِمًا، وَلَيْلًا طَوِيلًا قَاعِدًا، فَإِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَائِمٌ، وَإِذَا قَرَأَ وَهُوَ جَالِسٌ رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ جَالِسٌ»

282

21. Hafshah berkata:

Rasulullah pernah solat sunat sambil duduk. Baginda membaca surah dengan tartil sehingga bacaan itu menjadi panjang daripada surah lain yang lebih panjang (yang dibaca tanpa tartil). (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad)

عَنْ حَفْصَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي سُبْحَتِهِ قَاعِدًا وَيَقْرَأُ بِالسُّورَةِ وَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ أَطْوَلَ مِنْهَا»

283

22. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak wafat sehingga sebahagian besar solat Baginda dikerjakan dalam keadaan duduk. (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad)

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي عُثْمَانُ بْنُ أَبِي سُلَيْمَانَ، أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَخْبَرَهُ أَنَّ عَائِشَةَ، أَخْبَرَتْهُ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَمُتْ حَتَّى كَانَ أَكْثَرُ صَلَاتِهِ وَهُوَ جَالِسٌ»

284

23.  Ibnu Umar berkata:

Aku pernah solat sunat bersama Rasulullah dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Maghrib di rumah Baginda dan dua rakaat selepas lsyak di rumah Baginda juga. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: «صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ»

285

24. Hafshah berkata:

Rasulullah mendirikan solat sunat dua rakaat ketika fajar terbit dan azan berkumandang. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: حَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ حِينَ يَطْلُعُ الْفَجْرُ وَيُنَادِي الْمُنَادِي» قَالَ أَيُّوبُ: " وَأُرَاهُ قَالَ: خَفِيفَتَيْنِ "

286

25. Ibnu Umar berkata:

Daripada Rasulullah, aku menjaga lapan rakaat solat sunat. Dua rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas solat Maghrib dan dua rakaat selepas solat Isyak.

Ibnu Umar berkata, “Hafshah memberitahu kepadaku mengenai dua rakaat solat sunat fajar, tetapi aku tidak pernah melihat Rasulullah mendirikannya” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ahmad)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: " حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ: رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ " قَالَ ابْنُ عُمَرَ: «وَحَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ بِرَكْعَتَيِ الْغَدَاةِ، وَلَمْ أَكُنْ أَرَاهُمَا مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

287

26. Abdullah bin Syaqiq pernah bertanya kepada Aisyah mengenai solat sunat Rasulullah. Aisyah menjawab:

Rasulullah solat sunat dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas lsyak dan dua rakaat sebelum Subuh. (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ: سَأَلتُ عَائِشَةَ، عَنْ صَلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: «كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ، وَبَعْدَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ، وَبَعْدَ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ، وَقَبْلَ الْفَجْرِ ثِنْتَيْنِ»

288

27. Ashim bin Dhamrah bertanya kepada Ali mengenai solat Rasulullah pada waktu siang:

Ali menjawab, “Kamu semua tidak akan mampu melakukannya.”

 

Kami berkata, “Seandainya ada antara kami yang mampu, dia pasti melakukannya.” Dengan itu, Ali memberitahu, “Apabila matahari dari arah timur mencapai jarak yang sama dengan jaraknya dari arah barat pada waktu Asar, Baginda akan mendirikan solat Dhuha. Apabila matahari dari arah timur mencapai jarak yang sama dengan jaraknya dari arah barat pada waktu Zuhur, Baginda mendirikan solat sunat empat rakaat. Rasulullah solat sunat empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat selepasnya. Baginda solat sunat empat rakaat sebelum Asar, Baginda memisahkan setiap dua rakaat dengan memberi salam kepada para malaikat, para nabi dan seluruh orang mukmin dan muslim yang mengikuti mereka. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah)

عَاصِم بْنَ ضَمْرَةَ يَقُولُ: سَأَلْنَا عَلِيًّا، عَنْ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ النَّهَارِ، فَقَالَ: إِنَّكُمْ لَا تُطِيقُونَ ذَلِكَ قَالَ: فَقُلْنَا: مِنْ أَطَاقَ ذَلِكَ مِنَّا صَلَّى، فَقَالَ: «كَانَ إِذَا كَانَتِ الشَّمْسُ مِنْ هَاهُنَا كَهَيْئَتِهَا مِنْ هَاهُنَا عِنْدَ الْعَصْرِ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، وَإِذَا [ص:236] كَانَتِ الشَّمْسُ مِنْ هَهُنَا كَهَيْئَتِهَا مِنْ هَاهُنَا عِنْدَ الظُّهْرِ صَلَّى أَرْبَعًا، وَيُصَلِّي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا، وَبَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ، وَقَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا، يَفْصِلُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ بِالتَّسْلِيمِ عَلَى الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِينَ وَالنَّبِيِّينَ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014