Al-Hadis

[Penting!] Maulana Asri: Pesanan Ulama Hadis, Jangan Ambil Ilmu Dari 4 Golongan.. Siapakah Mereka

Info Audio Video: 
Apakah Abu Talib Mati Islam atau Kafir? Apakah wujud ahli fatrah? Siapakah ali fatrah? Kedudukan hadis-hadis dalam kitab Hayatus Sahabah. Kedudukan hadis-hadis dalam kitab fadha'il a'mal.
Kitab-kitab Tasauf tidak sunyi dari hadis-hadis yang lemah dan palsu. Pujian kepada para ulama hadis dunia Arab modern kerana usaha mereka mentakhrij kitab-kitab. Ulama Hadis berpesan jangan ambil ilmu dari empat golongan. Siapakah mereka?
Sessi soaljawab mukadimah-sm-200414

Serius Nak Belajar Hadis? Sistem Apakah Yang Diperlukan? Peralatan Apa Yang Mesti Ada?

Info Audio Video: 
Maulana Muhammad Asri menjelaskan, umat ini memerlukan sistem pengajian hadis tradisional yang sistematik. Manakala individu yang yang mahu menuntut ilmu Hadis secara serius perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu-ilmu alat terlebih dahulu.
Antara ilmu alat yang diperlukan ialah ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Arudh dan sebagainya.
Petikan dari wacana yang bertajuk "Pengajian Hadis Bersistematik : Kesan Baiknya Terhadap Ummat", yang telah berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf pada 30 Mac 2014.

[VIDEO] Dr MAZA Menerangkan Tentang Telaga Barahut.. Benarkah Hikayat Mengenainya?

Info Audio Video: 
Dr MAZA menjelaskan tentang: Kisah seru arwah di telaga zam zam dan telaga Barahut. Benarkah roh orang kafir dan munafiq ditempatkan di telaga Barahut? Benarkah roh orang Islam di telaga zamzam? Atau di mana?

Dr Radzi Osman: Latarbelakang Penyebaran Hadis Palsu, Barzanji, Burdah, Ya Hanana, Sufi dll.

Info Audio Video: 
Dr Radzi Osman menerangkan antara penyebar hadis palsu sepanjang sejarah ialah para penjual ubat, para penceramah. Beliau memberi contoh unsur melampau yang terdapat di dalam Kitab Barzanji dan Burdah. Peranan golongan sufi dalam penyebaran hadis palsu

Apa Itu Isra'iliyyat.. Apa Pula Hadis Palsu.. Apakah Hukum Menyebarkannya?

Info Audio Video: 
Hal yang sangat penting diberi perhatian kerana ramai para penceramah dan tukang cerita yang menjaja hadis palsu atau cerita Isra'iliyyat untuk melariskan ceramahnya.
Dr Abdul Basit Abdur Rahman membawa kita berkenalan dengan apa itu itu Isra'iliyyat dan apa itu Hadis Palsu. Bolehkah kita menyebarkannya?

Tahukah Anda Apa itu Kamus Hadis? Apa Jenisnya & Kegunaannya? Apa Kamus Yang Terbaik?

Info Audio Video: 
Selama ini kita tahu pelbagai jenis kamus bahasa. Ataua kamus istilah. Tahukah anda, di sana ada kamus Hadis. Apa itu kamus Hadis? Apa jenis-jenisnya? Apa kegunaannya? Bagaimana menggunakannya? Apa kamus Hadis yang terbaik?

Mari Belajar Cara Mengira Zikir Dengan Tangan Tanpa Biji Tasbih

Info Audio Video: 
Kelebihan berzikir, adab zikir waktu senja dan belajar cara mengira zikir dengan tangan tanpa menggunakan biji tasbih

Ustaz Hasrizal Membongkar Ke Akar Umbi Punca Kewujudan Anti Hadis

Info Audio Video: 
Ramai yang berpuas hati dengan penjelasan selama 20 minit lebih oleh Ustaz Hasrizal tentang apa punca sebenarnya kemunculan golongan anti hadis.
Mengapa muncul golongan seperti Sister in Islam.. Mengapa agaknya karya-karya Yasmin Ahmad banyak mengkritik agamawan? Mengapa pula Kasim Ahmad muncul menolak Hadis?

Dr Abdul Basit: Sila Betulkan Ucapan Jazakallahu Khaira

Info Audio Video: 
Bagaimana ucapan jazakallahu khaira? Bila ia diucapkan? Bagaimana jika menulis simbol/ringkasan JKK sebagai ganti ucapan berkenaan? Bolehkah?
Ramai yang tersilap mengucapkannya dengan ucapan Jazakallah tanpa disempurnakan dengan perkataan Khaira

Pages

Subscribe to Al-Hadis