LENGKAP! Bacaan Terjemahan Sahih al-Bukhari (Bab Puasa) Maulana Asri

LENGKAP! Bacaan Terjemahan Sahih al-Bukhari (Bab Puasa) Maulana Asri

Deskripsi: 

Bacaan lengkap terjemahan Sahih al-Bukhari bab puasa yang memakan masa hampir 3 jam. Mengandungi 94 bab (Puasa + Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf). Ia dihimpunkan dan disunting dari 11 sessi kuliah. Bermula dari 02/08/2005 hingga 11/10/2005.

Note:

  • Bab: 22, 23 & 24 tiada. Bab: 41, hadis ke-2 tidak diterjemah 
  • Download AUDIO. Format [MP3] atau [OGG]
  • Syarahan penuh untuk kitab Puasa Sahih al-Bukhari boleh ditonton di channel youtube.com

Indeks Kitab Puasa Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf Sahih al-Bukhari:

Kitab: Puasa

  • 00:00:05 1. Bab: Kewajipan berpuasa Ramadhan
  • 00:04:13 2. Bab: Kelebihan berpuasa
  • 00:06:04 3. Bab: Puasa itu penghapus dosa
  • 00:08:23 4. Ar-Rayyan untuk orang-orang yang berpuasa
  • 00:10:49 5. Adakah boleh dikatakan: Ramadhan atau bulan Ramadhan dan orang yang berpendapat semuanya dibenarkan
  • 00:11:33 5.b. Bab: Melihat anak bulan
  • 00:13:47 6. Bab: Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan, mengharapkan pahala atau dengan niat
  • 00:15:59 7. Bab: Keadaan paling pemurah Nabi s.a.w. ialah pada bulan Ramadhan
  • 00:17:18 8. Bab: Orang yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan amalan dengan dusta ketika berpuasa
  • 00:17:48 9. Bab: Adakah seseorang itu boleh berkata: Saya berpuasa kalau dia dimaki
  • 00:19:42 10. Bab: Berpuasa bagi orang yang takut atas dirinya terlanjur dalam perkara maksiat
  • 00:21:06 11. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Apabila kamu nampak anak bulan hendaklah kamu berpuasa dan apabila kamu melihatnya juga, hendaklah kamu berbuka
  • 00:25:00 12: Bab: Dua bulan hariraya tidak kurang kedua-duanya
  • 00:25:56 13. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Kami tidak tahu menulis dan tidak tahu mengira
  • 00:26:26 14. Bab: Ramadhan tidak mendahului dengan puasa satu hari atau dua hari
  • 00:26:57 15. Bab: Firman Allah: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa Yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu
  • 00:29:41 16. Bab: Firman Allah Taala: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)
  • 00:32:17 17. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Janganlah menegah kamu dari sahur kamu oleh azan Bilal
  • 00:33:11 18. Bab: Melewatkan (Sebahagian naskhah: Menyegerakan) bersahur
  • 00:37:15 19. Bab: Berapa jarak antara sahur dan sembahyang Subuh
  • 00:38:00 20. Bab: Keberkatan bersahur dengan tidak diwajibkan
  • 00:38:58 21. Bab: Apabila seseorang itu berniat puasa pada waktu siang
  • *22. Bab: Orang yang berpuasa dalam keadaan junub pada waktu subuh (tiada)
  • *23. Bab: Bercumbu bagi orang yang berpuasa (tiada)
  • *24. Bab: Mencium bagi orang yang berpuasa (tiada)
  • 00:40:10 25. Bab: Mandi orang yang berpuasa
  • 00:43:37 26. Bab: Orang yang berpuasa apabila makan atau minum dalam keadaan terlupa
  • 00:45:11 27. Bab: Berus gigi yang basah dan kering untuk orang yang berpuasa
  • 00:47:38 28. Bab: Sabda Nabi s.a.w.: Apabila seseorang berwudhuk maka hendaklah dia menghisap air ke hidungnya. Nabi tidak membezakan antara yang berpuasa dan yang tidak
  • 00:50:29 29. Bab: Apabila seseorang itu berjimak pada bulan Ramadhan
  • 00:52:52 30. Bab: Bila seseorang itu berjimak pada bulan Ramadhan dan dia tidak ada sesuatupun, lalu dia diberi sedekah, maka hendaklah dia kaffarahkan perbuatannya itu
  • 00:55:29 31. Bab: Orang yang berjimak pada bulan Ramadhan, adakah dia boleh ambil dari kaffarah untuk diberi makan kepada ahli keluarganya apabila mereka sangat memerlukan
  • 00:59:15 32. Bab: Berbekam dan muntah untuk orang yang berpuasa
  • 01:01:44 33. Bab: Berpuasa dan berbuka ketika bermusafir
  • 01:04:40 34. Bab: Apabila seseorang itu berpuasa beberapa hari dari bulan Ramadhan kemudian bermusafir
  • 01:05:20 35. Bab:
  • 01:06:02 36. Bab: Sabda Nabi s.a.w. kepada orang yang ditudung, dan keadaan cuaca terlalu panas: Bukan termasuk kebaikan berpuasa dalam perjalanan
  • 01:07:04 37. Bab: Tidak saling mencela para sahabat Nabi s.a.w. sesama mereka samada mereka berpuasa atau berbuka
  • 01:07:39 38. Bab: Orang yang berbuka/tidak berpuasa dalam perjalanan supaya dilihat oleh orang
  • 01:08:36 39. Bab: Mereka yang tidak mampu berpuasa wajib membayar fidyah
  • 01:10:20 40. Bab: Bilakah diqadha' Ramadhan?
  • 01:12:58 41. Bab: Perempuan yang haidh meninggalkan puasa dan sembahyang (Hadis ke2 tak diterjemahkan)
  • 01:14:15  42. Bab: Orang mati yang ada meninggalkan puasa
  • 01:17:30 43. Bab: Bila orang yang berpuasa itu boleh berbuka?
  • 01:20:18 44. Bab: Seseorang yang berpuasa itu berbuka dengan apa yang mudah kepadanya dengan air dan selainnya
  • 01:20:47 45. Bab: Menyegerakan berbuka puasa
  • 01:21:40 46. Bab: Apabila seseorang berbuka pada bulan Ramadhan kemudian terbit matahari
  • 01:22:30 47. Bab: Puasa kanak-kanak
  • 01:24:16 48. Bab: Puasa wishol (menyambung puasa), dan orang yang berkata tiada puasa pada waktu malam
  • 01:27:42 49. Bab: Celaan terhadap orang yang banyak menyambung puasa
  • 01:30:10 50. Bab: Menyambung puasa hingga ke waktu sahur
  • 01:30:48 51. Bab: Orang yang bersumpah kepada saudaranya agar dia berbuka dalam puasa sunat, dan dia berpendapat tidak perlu qadha' atasnya, jika itu lebih sesuai untuknya
  • 01:33:40 52. Bab: Puasa Sya'ban
  • 01:35:44 53. Bab: Apa yang disebutkan daripada puasa Nabi s.a.w. dan berbuka puasanya
  • 01:38:44 54. Bab: Hak tetamu dalam hal puasa
  • 01:39:23 55. Bab: Hak tubuh badan dalam hal puasa
  • 01:43:26 56. Bab: Puasa sepanjang tahun
  • 01:45:24 57. Bab: Hak keluarga dalam hal berpuasa
  • 01:48:19 58. Bab: Berpuasa sehari dan berbuka sehari
  • 01:49:17 59. Bab: Puasa Nabi Daud a.s.
  • 01:53:06 60. Bab: Puasa hari putih, iaitu hari ketiga belas, empat belas dan lima belas setiap bulan
  • 01:53:51 61. Bab: Orang yang menziarahi satu kaum dan dia tidak berbuka di sisi mereka
  • 01:56:50 62. Bab: Berpuasa pada akhir bulan
  • 01:58:20 63. Bab: Berpuasa pada hari Jumaat, dan bila dia berpagi-pagi dalam keadaan dia berpuasa hari Jumaat, maka hendaklah dia berbuka
  • 02:00:21 64. Bab: Adakah seseorang boleh mengkhususkan mana-mana hari untuk berpuasa?
  • 02:01:18 65. Bab: Berpuasa pada hari Arafah
  • 02:02:52 66. Bab: Berpuasa pada hariraya "idul Fitri
  • 02:04:40 67. Bab: Berpuasa pada hariraya Korban
  • 02:06:52 68. Bab: Berpuasa pada hari Tasyriq
  • 02:08:11 69. Bab: Berpuasa pada hari 'Asyura'

------------------------

Kitab: Sembahyang Tarawih

  • 02:12:01 1. Bab: Kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang malam bulan Ramadhan

----------------------------

Kitab: Kelebihan Lailatul Qadr

  • 02:20:34 1. Bab: kelebihan Lailatul Qadr
  • 02:23:28 2. Bab: Carilah Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir
  • 02:27:10 3. Bab: Mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam akhir Ramadhan
  • 02:33:54 4. Bab: Diangkat pengetahuan tentang Lailatul Qadar kerana pertengkaran manusia
  • 02:34:57 5. Bab: Amalan sepuluh akhir dari bulan Ramadhan

-----------------------

Kitab: I'tikaf

  • 02:36:06 1. Bab: I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan i'tikaf dalam semua masjid-masjid
  • 02:39:02 2. Bab: Perempuan yang haidh boleh menyisir rambut orang yang sedang beri'tikaf
  • 02:40:08 3. Bab: Orang yang beri'tikaf tidak boleh masuk rumat melainkan kerana hajat
  • 02:40:50 4. Bab: Membasuh kepala orang yang sedang beri'tikaf
  • 02:41:26 5. Bab: Beri'tikaf pada waktu malam
  • 02:41:46 6. Bab: I'tikaf perempuan
  • 02:42:52 7. Bab: Khemah-khemah di dalam masjid
  • 02:43:46 8. Bolehkah seseorang yang sedang beri'tikaf itu keluar kerana hajatnya ke pintu masjid?
  • 02:45:44 9. Bab: I'tikaf dan Keluar Nabi s.a.w. pada pagi sepuluh Ramadhan
  • 02:47:52 10. Bab: I'tikaf perempuan mustahadhah
  • 02:48:46 11. Bab: Perempuan menziarahi suaminya yang sedang beri'tikaf
  • 02:50:34 12. Bab: Bolehkah seseorang yang sedang beri'tikaf membela dirinya?
  • 02:52:01 13. Bab: Orang yang keluar dari i'tikafnya pada waktu pagi
  • 02:53:40 14. Bab: Beri'tikaf pada bulan Syawal
  • 02:55:12 15. Bab: Orang yang tidak berpendapat mesti berpuasa apabila mahu beri'tikaf
  • 02:55:38 16. Bab: Bila seseorang itu bernazar semasa jahiliah kemudian memeluk Islam
  • 02:56:10 17. I'tikaf pada sepuluh pertengahan Ramadhan
  • 02:56:37 18. Bab: Orang yang mahu beri'tikaf kemudian timbul dalam fikirannya untuk keluar
  •  02:58:19 19. Bab: Orang yang beri'tikaf memasukkan kepalanya ke dalam rumah untuk dibasuh

 

Info Audio Video: 
Bacaan lengkap terjemahan Sahih al-Bukhari bab puasa yang memakan masa hampir 3 jam. Mengandungi 94 bab (Puasa + Tarawih + Lailatul Qadr + I'tikaf). Ia dihimpunkan dan disunting dari 11 sessi kuliah. Bermula dari 02/08/2005 hingga 11/10/2005.

Kategori: