Bab Dua: Isu Martabat Tujuh

  • Syaikh Ahmad Khatib menafikan bahawa Martabat Tujuh itu ada kaitan dengan Imam Ghazali dan beliau menyelar mereka yang melibatkan diri dengan Martabat Tujuh ini dengan mengatakan bahawa, "mereka melibatkan diri daripada golongan orang jahil, segalanya menyalahi Syari'at Nabi dan menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba, dan tiada ia daripada kalam Imam Ghazali, ghalibnya kufur dengan Allah Ta'ala... dan tiada pula daripada perkataan orang alim, tetapi ia daripada perbuatan orang jahil yang melihat ia akan perkataan ahli Wahdat al-Wujud..."