Sokong 100% - Untuk Menjadi Seorang Asya'irah Tak Perlu Jadi AHBASH

Primary tabs

Al-Harari

Petikan dari status FB Ustaz Aizam:

Menjadi seorang Asy'ari (berpegang kpd manhaj Asya'irah) tidak memerlukan kita menjadi al-Ahbash. Sy mengaji & menadah kitab-kitab Asya'irah & Syafi'iyyah ketika di peringkat BA. Tesis MA sy juga mempertahankan habis-habisan mazhab Asya'irah-Maturidiyyah drpd tuduhan Irja' dlm masalah iman. Bahkan penyelia PhD sy pada ketika ini juga seorang Prof. Madya dlm bidang aqidah yg sgt komited mempertahankan aqidah Asya'irah.

Selama berkursus 3 bln di Universiti al-Azhar juga kami ditarbiyah oleh para masyayikh Asya'irah termasuk Syeikhul Azhar sendiri. Malah ketika berdialog dgn penganut Syiah di Johor, sy berhujjah menjawab tohmahan Syiah terhadap Asya'irah.

Terbukti, untuk menjadi Asya'irah, kita tidak perlu menjadi al-Ahbash. Satu firqah yg pernah sy kenali di Jordan sebagai gol. yg gemar melaga-lagakan sesama pelajar & pensyarah di universiti.

Masih terngiang-ngiang di telinga, pesanan ulama besar Asya'irah masakini, al-marhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti ketika kami bertanya kpd beliau tntg Syeikh Abdullah al-Harari & al-Ahbash. Sy benar-benar terkejut kecaman keras beliau terhadap al-Harari. Namun cukup sy nukilkan antara lain jawapan beliau,"Jgn melayani mereka, pulaukan mereka dan jangan hadiri pengajian mereka!" (Di rumah Syeikh al-Buti,Damsyiq,21 Okt. 2010,rakaman penuh dlm simpanan)

Keratan akhbar berikut adalah beberapa point yg sy sediakan utk KP Jakim bg menjawab persoalan aqidah ASWJ di Malaysia tanpa perlu menjadi al-Ahbash @ yg seumpama dengannya

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan