Kenali Dr Muhammad Afifi al-Akiti : pensyarah Melayu di Oxford

Primary tabs

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.[5]

 

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.[6][7]

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[8]

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.[10]

Pautan luar

Pautan video

Pautan berita

Rujukan

  1. Introduction to Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians
  2. Defending the Transgressed (2005), p. 7.
  3. "KFAS Fellow Appointed", OCIS News, no. 49 (Winter 2008), p. 2.
  4. "Examinations and Boards: Appointment (Humanities Division)", Oxford University Gazette, vol. 139, no. 4876 (19 March 2009), p. 833.
  5. Safhras Khan, 'Pensyarah: Muslim perlu berfikiran global dan seimbang', Berita Harian Singapura (22 April 2009).
  6. DPhil Abstract of M. Afifi al-Akiti, The Madnun of al-Ghazali: A Critical Edition of the Unpublished Major Madnun with Discussion of His Restricted, Philosophical Corpus
  7. Dissertations on al-Ghazali
  8. OCIS Fellows' Profiles, Dr Afifi al-Akiti
  9. The Muslim News, no. 238 (27 February 2009)
  10. Utusan Malaysia (3 July 2010)

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Afifi_al-Akiti