SJ-2546: hukum mengikat rambut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2546: hukum mengikat rambut

:salam

Soalan saya, yg kdg2 berambut panjang, apakah hukumnya mengikat rambut bagi seorang lelaki :martialar ? Utk pengetahuan ustaz, panjang rambut itu tiadalah berlebih- lebihan seperti perempuan, masih di atas paras bahu, dan tidaklah diikat sepanjang masa. Cuma, kadang kala diikat sewaktu hendak memasak ke, bersukan ke, utk mengelakkan rambut tu mengganggu pekerjaan. Saya ada terjumpa hadis dalam Sunan Abu Daud, tapi dlm English, yg mana saya tak pasti s/ada maksudnya di situ mengikat atau menjalin rambut. Kalau pastipun, tidak jelas sama ada itu di waktu sembahyang sahaja ataupun utk waktu2 lain juga. Di sini saya "paste"kan mafhum hadis tersebut...

Book 2, Number 0646:
Narrated AbuRafi':

Sa'id ibn AbuSa'id al-Maqburi reported on the authority of his father that he saw AbuRafi' the freed slave of the Prophet (peace_be_upon_him), passing by Hasan ibn Ali (Allah be pleased with them) when he was standing offering his prayer. He had tied the back knot of his hair. AbuRafi' untied it. Hasan turned to him with anger, AbuRafi' said to him: Concentrate on your prayer and do not be angry: I heard the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) say: This is the seat of the devil, referring to the back knot of the hair.

Nak rujuk yg bhasa Melayu, tak tau kat mana. kalau ada sapa2 netters ada URL utk rujukan terjemahan hadis dlm bahasa Melayu, sila kemukakan.

Harap dpt penjelasan ustaz. Jazakumullah.
:wassalam

Re: SJ-2546: hukum mengikat rambut

:wassalam

Jawab:
Buat masa ini saya belum ada kesempatan membelek kitab Sunan Abu Daud atau Sahih Sunan Abu Daud oleh alMuhaddith Albani mengenai status hadis itu. Ini kerana nak cek hadis ini perlu ketenangan dan keheningan. InsyaAllah saya akan membuatnya satu malam nanti, IA.

Adapun mengenai lelaki mengikat rambut ia adalah urusan keduniaan yg cukup dirujuk pada uruf (adat dan susila semasa); mengikut Prof Hasbi Siddiqiey (Hukum Fiqh Islam, Jld 1 Masalah no 96 Bab menjaga Rambut. Syara' hanya menyebut pentingnya menjaga dan memuliakan rambut dan merapinya atau tidak kusut masai. Itulah juga pandangan alMuhaddith Albani (Tamamul Minnah), mengurus kepala (rambut) itu dituntut syara' tapi caranya diserahkan kepada kita. '
Adapun amalan saudara mengikat rambut yg panjang itu dikembalikan kepada uruf. Apakah tanggapan uruf (adat) mengenai amalan ini? Apakah cara ini dianggap femina? atau dinisbahkan kepada kaum artis? kaum Rock? Anda sendirilah yg membuat keputusan mengenai rambut anda. WA