Fatwa: Hukum Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Primary tabs

Fatwa negeri Melaka
Tarikh Keputusan: 11 Sep, 2008
Keputusan:
Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak Celcom Mobile Sdn. Bhd. hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka sebagai amil atau agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh tertentu yang dibenarkan oleh pihak Majlis.


Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 19 Nov, 2009
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/04; PUNM. 700-02/37
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (NEGERI MELAKA) 2002



Fatwa negeri Pahang
Tarikh Keputusan: 13 Jul, 2010
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersidang pada 5-6 Julai 2010 telah membincangkan hukum zakat fitrah melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan mesyuarat bersetuju memutuskan hukum zakat fitrah melalui sistem pesana ringkas (sms) ini boleh digunakan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan



Fatwa negeri Terengganu
Tarikh Keputusan: 20 Sep, 2006
Keputusan:
Mesyuarat membuat keputusan bahawa: Pembayaran zakat fitrah melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hendaklah dikaji semula supaya kaedah pengeluaran zakat itu mengikut hukum syarak. Perkara-perkara yang perlu dikaji semula ialah :
i. Kadar yang menjadi wang zakat dikeluarkan daripada wang pengeluar zakat tidak melalui proses pengeluar berhutang dahulu kepada syarikat pengendali SMS.

ii. Syarikat perkhidmatan SMS mengenakan caj kos perkhidmatan kepada pengguna yang merupakan bayaran tambahan kepada pengeluar zakat. Caj kos ini hendaklah dihapuskan.

iii. Disyorkan supaya syarikat yang mengendalikan penerimaan bayaran zakat melalui SMS diberi upah secara ' الجعالة ' (Janji hadiah) bukannya ditetapkan kadar perolehannya sebanyak 1/8, 1/16 atau sebagainya.'

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan