:salam
Saya pernah diberitahu oleh seorg ustaz bahawa denda perpustakaan ditempat saya adalah riba. ini adalah kerana criteria2nya yg sama dgn faedah bank. faedah bank terhasil dari pinjaman wang dari bank dan faedah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. begitu juga dgn denda lewat pulangkan buku perpustakaan, terhasil dari pinjaman buku dan denda ini meningkat dari semasa ke semasa. cthnya kalau lewat 20 hari darab 20sen = RM4, tapi kalau 40 hari jumlah ini akan meningkat kepada RM8. sifatnya memang tidak syak lagi, sebiji mcm faedah bank. kalaulah betul mcm tu, library kena cari jln lain nak denda budak2 lewat ni. memang banyak lagi alternatif lain kalau kita cari. persoalannya betulke macam tu?
:wassalam
Jawab:
Riba atau interest hanya berlaku dalam industri perbankan dan pinjaman kewangan spt chetty dan along. Adapun penalti atau dam atau denda kerana lewat memulangkan buku library itu tidaklah riba kerana library bukanlah institusi yg melibatkan pinjaman kewangan. Tujuan denda itu ialah utk mendisplinkan peminjam kerana buku2 itu akan dipinjam oleh orang lain pulak. Denda ini digunakan dengan meluas oleh semua institusi spt majlis perbandaran, pejabat tanah, JPJ, dll di mana mereka mendenda pelanggan jika melanggar syarat2 tertentu. WA