Assamualaikum,
Diharap ini bukan soalan ulangan kerana saya telah mencarinya di arkib tetapi tidak memjumpainya.Adakah bismillah 6 yang selalu dibaca oleh pengamal perubatan Islam untuk mengubati orang yang terkena sihir terdapat didalam hadis? Bagaimanakah cara untuk mengamalnya sekiranya seseorang itu terkena sihir ataupun untuk mengubati orang yang terkena sihir?
Wassalam.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan intifada_72 ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Pertamanya, mungkin boleh saya tanya, bagaimanakah rupa ayat bismillah 6 ini? Bila ada kelapangan bolehlah mesejkan kepada saya. Disini saya berjumpa dengan Bismillah 5 didalam Kitab Mujarrobat[1].
Do'a yang sahih datang dari Hadith Nabi saw yang bermula dengan bismillah memang banyak. Dan Insyallah, saya kira kita pun banyak mengamalkannya. Contohnya seperti do'a membuka pakaian (Riwayat Ibnu Sunni dari Anas), do'a keluar rumah (Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari Anas), doa' masuk tandas (Riwayat Bukhari & Muslim dari Anas), do'a semasa terlupa nak baca bismillah semasa makan(Riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dari A'isyah), doa' masuk masjid (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Nassai dari Abu Usayyad), Do'a ketika menghadapi kesukaran hidup (Riwayat Al-Khatib dari Anas), Doa berlaku kemalangan (Riwayat Ibnu Sunni dari Ali r.a), Do'a masuk pasar (Riwayat Al-Hakim dari Buraida), Do'a menyembelih binatang, Do'a sebelum berjima' (Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Abbas) dan lain-lain.
Memang terdapat beberapa do'a yang di gunakan khas bagi tujuan pengubatan atau apa yang dikenali sebagai JAMPI atau AL-RUQYAH [="#800000" size="5"](ÇáÑÞíÉ). Biasanya ia digunakan didalam amalan harian atau pun digunakan semasa mengubat pesakit. Diantara amalan-amalan ini, memang ada diantaranya bemula dengan bismillah. Contoh do'a perlindungan dan pengubatan yang diambil dari hadith Nabi saw yang bermula dengan Bismillah ialah :
"Bersabda Nabi saw : Sesiapa ketika petang membaca :
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Fatwanya yang bertajuk "Hukum sihir dan pembomohan dan cara menanggalkannya" [3] [="#800000" size="3"](Íßã ÇáÓÍÑ æÇáßåÇäÉ æãÇ íÊÚáÞ ÈåÇ ), ayat ini dicadangkan sebagai amalan pagi dan petang, iaitu dibaca sebanyak 3 kali sebagaimana didalam Hadith.
Satu lagi do'a yang selalui digunakan ialah do'a Malaikat Jibril ketika merawat Nabi saw dengan ruqyahnya :
Menurut Bin Baaz, do'a ini dibaca sebanyak 3 kali dihadapan pesakit dan diikuti oleh bacaan surah "Qul Huwa Allaah Ahad" dan al-Mi’wadhatayn.
Bagaimana kaedah membacanya?
Ada dua kaedah membaca do'a ini.
1. Menjadi amalan yang dilakukan selepas solat
2. Dibaca di hadapan orang yang dirasuk/pesakit, keatas Air atau minyak.
Bagi cara no:2 ini, Sheikh Bin Baaz berkata :
Menurut Bin Baaz kaedah yang paling baik ialah membacakan ayat tersebut kepada pesakit dan meniupkan keatasnya.
Bagaimana pula dengan Bismillah 6 atau 5?
Memang tidak dapat dinafikan, jampi/do'a/Ruqyah yang biasa digunakan seperti Bismillah 5 sebahagiannya mengandungi do'a yang terkandung didalam Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dari Uthman r.a. yang saya sebutkan diatas. Walaubagaimana pun, syarat Ruqyah didalam Islam agak simple, seperti juga do'a.
Mana-mana ayat yang menyebut nama Allah swt, dan tidak mengandungi unsur-unsur syirik, boleh digunakan sebagai bacaan ruqyah.
----------
Kesimpulannya, memang terdapat beberapa ayat-ayat yang bermula dengan Bismillah yang digunakan bagi tujuan perlindungan dan juga rawatan terkena sihir. Walaubagaimana pun, apa-apa ayat yang tidak mengandungi unsur syrik dan memohon kepada kesembuhan dari Allah, adalah dibolehkan (walaupun bukan dari hadith Nabi saw) termasuklah pelbagai jenis bacaan Bismillah. Untuk maklumat umum, fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz ini meliputi amalan-amalan yang dapat menghindari kita daripada bencana sihir dan juga cara-cara melakukan rawatan terhadap orang terkena sihir.
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan :
1] Mujarrobat : Madiinatul Asroor - II. . Jakarta : M.A. Jaya, 1980. ms 162.
2] Zainal Abidin Zuhro. Zikir dan do'a : berpandukan Al-Quran dan hadis. (cetakan ke 2). Kuala Lumpur : Pustaka Antara, 1990.
3] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz. Majmu Fataawa Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz ibn Baaz - II. Riyad : Dar Al-Watan, 1997. ms 645 - 661.
خيرالأمين
:wassalam
Saya ingin memberi jawapan yg berbeda dari Syaikh Kamin berdasarkan kajian saya. Perbedaan di kalangan ahli fiqh ini adalah biasa, sebagaimana Muhaddith Albani ada berbedza fatwa dgn ahli fatwa Salafiya di Arab Saudi dalam beberapa masalah.
1. Mengenai kitab Mujarobat yg popular di Indonesia. Mujarobat bermaksud teruji atau 'Tested" dan dalam sudut peristilahan bermaksud petua2 itu sudah diuji dan boleh diamalkan. Seorang ahli Fatwa yg masyhur di Indonesia, M Quraish Shihab (Fatawa M Quraish Shibah Jld 4/189) menilai kitab Mujarobat sebagai batil dan kandungannya bercanggah dgn ilmu dan akal. Kandungan kitab Mujaribat bertitik tolak atas khasiat nombor-nombor dan huruf-huruf. Faham ini asalnya diambil dari Yunani dan dikembangkan oleh Yahudi dan dinamakan ilmu " alHisab alJummal". Misalnya di Medinah, pendita Yahudi memberi nilai pada Alif Lam Mim (huruf potong pembuka surah): Alif diberi nilai 1, Lam diberi nilai 30 dan Mim diberi nilaian 40, Jumlahnya 70. Rabbai Yahudi mentakweelkan kekuasaan Muhammad hanyalah bertahan dalam lingkungan 70 tahun sahaja. Ulama' Sunni yg mempercayai khasiat nombor dan huruf2 ialah alImam alGhazali (almunqid min adDhalal). alGhazali percaya ada rahsia nombor2 dalam Islam, misalnya kenapa Subuh : 2 raka'at, Zuhur: 4 raka'at dan Maghrib 3 raka'at. Mesti ada rahsia 2-4-3 ini. begitu juga bacaan wirid2 3 kali, 10 kali dan 33 kali.
M Quraish Shihab berpendapat : Ilmu mengenai khasiat nombor dan huruf2 ini tertolak dan tiada asalnya dalam AQ dan asSunnah.
Kita dapat tiadalah kaum yg paling taksub dgn nombor2 ini melainkan kaum antihadis pimpinan Rashad Khalifa dgn memberi nilaian 19 kepada BismiLlah dan kemudian dikenali dgn kod 19.
itulah sedikit kelainan pendapat saya mengenai kepercayaan BismiLlah 6 ini. WA
Assalamu'alaikum
Terima kasih kepada Sheikh THTL yang memberi teguran mengenai penggunaan Kitab Mujarrobat itu. Memang buku tersebut mengandungi ilmu-llmu yang banyak berdasarkan pernomboran dan pengiraan abjad, termasuklah penggunaan wafak yang boleh membawa kepada tergelincirnya aqidah seseorang yang mengamalkan. Dan tujuan referencing terhadap buku tersebut tidak sekali-kali membenarkan pengunaan dan pandangan yang ada didalam buku tersebut, cuma ia digunakan untuk mencari bentuk rupa Bismillah 5 sebagai paparan atau contoh kepada jawapan SJ diaats. Biasanya, amalan-amalan yang sebegini rupa boleh didapati dibuku-buku tersebut, tanpa memikirkan implikasinya. Objektif jawapan diatas tertumpu kepada Fatwa Bin Baaz yang menyentuh berkenaan dengan ruqyah dan penggunaannya.
Mungkin (pada pandangan pribadi saya) pernomboran 5 didalam Bismillah 5 menunjukkan kepada pola-pola ayat yang bermula dengan bismillah. Sebab itu agaknya dinamakan Bismillah 5 kerana terdapat 5 kali bismillah disebut disini. Seolah-olah penamaan Bismillah 5 itu serupa dengan penamaan ayat 3 Qul, dari segi Naming atau Penamaan sahaja, dan bukan amalannya. Tapi kalau kaedahnya pembacaannya mengatakan baca 3X atau 4X dapat memberi kesan atas sesuatu, sudah tentu ini merupakan amalan yang wajib kita tolak kerana ia merupakan sesuatu yang bid'ah yang tidak didasarkan oleh mana-mana Nas yang sahih!
Saya secara pribadi tidak menolak langsung pandangan yang dikemukan oleh Sheikh THTL mengenai kebatilan buku Mujarrobat. Minta ma'af banyak-banyak kepada penjaring diatas pengunaan Kitab Mujarrobat sebagai rujukan. Buku ini hendaklah tidak dijadi bahan rujukan kepada amalan harian kita. Sesungguhnya disana memang banyak kitab-kitab lain yang boleh kita jadikan bahan rujukan (seperti Al-Azkar, Imam Nawawi) mengenai Kitab Perubatan khususnya yang dikarang oleh Ibnu Qayyim sendiri.
wallahu 'alam
wassalam
خيرالأمين
:wassalam
AlhamduliLlah, biasalah dalam tulisan yg ringkas ni kita mudah tersilap tulis dan yg membaca pula tersilap faham. Sama-samalah kita berma'afan. WA