SJ - 2776: Kopiah nampak rambut depan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2776: Kopiah nampak rambut depan

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Ada orang kata, pakai kopiah keluar jambul kat depan, sama ngan Yahudi… macam mana puak Islam di Iran, Iraq dsb tu…pun pakai macam tu juga… kalau kita buat jugak macam tu…tak niat nak menyerupai Yahudi… macam mana….

Lagi satu…ada nas ke melarang seseorang lelaki dari berambut panjang…maksud ana…bukan ler sepanjang rambut org perempuan…

Wa

Re: SJ - 2776: Kopiah nampak rambut depan

Jawab:
Kopiah atau Qalansuwah ni merupakan penutup kepala yg sentiasa di pakai oleh Nabi saw (Hr Ibn Asakir). Adapun kaum yahudi memakai 'yarmulkes' ada dua jenis kipot dan kippah yg bersaiz kecil dari kopiah dan dipakai di tengah-tengah kepala atau pada ubun-ubun. Jadi cara pemakaian kopiah kita kena dibedzakan dari yahudi iaitu kita memakai utk membuka dahi.
Adapun cara pemakaian serban syi'ah Iran dan Iraq itu adalah rekaan kaum syi'ah yg tak payahlah kita bahaskan kerana syi'ah ini ada banyak rekaan dalam agama. WA