SJ-1754: mimpi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1754: mimpi

ASSALAMU'ALAIKUM,
Saya nak minta pendapat ahli panel tentang mimpi yang saya alami. Saya bermimpi yang saya bertemu dengan satu makhluk yang cukup hodoh (seperti hantu). Makhluk itu memberitahu saya bahawasanya dia dr golongan yang dimurkai tuhan. Dia mengatakan kepada saya bahawa kamu (manusia) tidak dapat menandingi kebijaksanaan kami kerana kami lebih hebat dan berilmu dari kamu. Menurut tafsiran saya sendiri, saya telah bermimpi berdialog dgn syaitan. Makhluk itu juga menyatakan yg mereka dijadikan terlebih dahulu dan mereka sangat berilmu dan berupaya memasuki dalam darah manusia. Setahu saya terdapat hadis Nabi yang menceritakan yang syaitan masuk kedalam saluran manusia dan menggoda. Apakah pendapat ahli panel dalam hal mimpi saya ini?Benarkah ilmu kita manusia tidak dapat menandingi ilmu makhluk yang dilaknati ini?

Re: SJ-1754: mimpi

Jawab:

1. Sikap kita terhadap mimpi.
Imam Syaheed Hasan Albanna (Risalah ta'alim, Usyul ke 3): menjelaskan mimpi ada dua jenis: mimpi yg benar dan mimpi yg karut. Mimpi yg benar datangnya dari orang yg benar-benar mukmin. Ia datang dalam dua wajah: yg memerlukan tadbir dan satu lagi benar dan jelas.
Jika kita lihat dialog anda dengan makhluk itu ia merupakan suatu makhluk yg amat biasa kita dengan iaitu syaitan. Ia memang lebih dahulu diciptakan dari Adam (menurut Ibn Abbas lebih kurang 2000 tahun sebelum manusia) dan ia mampu memasuki anak Adam melalui saluran darah (alhadis) dan kita mampu pula mengusirnya (Lihat Fatwa Syaikhul Islam Jld 24/276) manusia lebih tinggi kedudukannya dari Jinn/syaitan berdasarkan dalil berikut: alBaqarah: 30-34 (Rujukan lanjut: Ibn Katheer, Bidayah wal Nihayah) Allahu a'alam