SJ - 2961 : Bertunang dengan Orang Bukan ISLAM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2961 : Bertunang dengan Orang Bukan ISLAM

Adakah dibolehkan seseorang yang masih belum memasuki atau menganuti agama Islam bertunang dengan pasangannya yang sememang nya beragama Islam.
Walaubagaimanapun... org yang bukan Islam tadi memang berniat untuk menganuti Islam dan telahpun mengamalkan cara hidup Islam termasuk berkhatan, berpuasa...cuma masih belum ada kesempatan untuk ke Perkim...so boleh tak kalau bertunang dahulu baru masuk Islam?...

:confused:
sutraputih

Re: SJ - 2961 : Bertunang dengan Orang Bukan ISLAM

Jawab:
Oleh kerana Ustaz PDKR masih mengalami gangguan talian internet, thtl menjawab soalan yg dah lapuk ini. Kami memohon berbanyak kema'afan atas kelewatan ini. segala kesulitan amat dikesali.

Hukumnya tidak boleh berdasarkan Kaedah Kulliyah Fiqih: "Man Ista'jala Syai-an Qabla awanihi 'Uu qiba bihirmanih" = "Sesiapa yg menyegera mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya dihalang memperolehinya." Ia juga berkaitan dgn Kaedah Usyuliyah 'aamah: Sadd adzDzara'i' = Menyekat jalan2 kerosakan. (Ali Ahmad anNadvi, Qawaid Fiqhiyah/245)
Pencegahan ini termasuk dalam skop Siasah Syari'ah yg mencakupi dlm urusan mencegah sesuatu kejahatan atau sebagai penutup jalan bagi kemungkinan terjadi atau berlakunya kejahatan. Hikmah dari larangan ini ialah mencegah dari berlaku khianat dan zalim terhadap manusia dan menjaga hak manusia itu sendiri. (Ibid/420)
Imam alBilqini menetapkan," sesiapa yg berusaha mendapatkan sesuatu sebelum masanya, tidak utk mencari kemaslahatan dalam penetapannya akan menerima akibat sebaliknya iaitu terhalang memperolehinya." (alSyuyuti, asybah wanNazair/331)
Juga," sesiapa yg bersegera dari apa yg ditetapkan syara', ia diberi ganjaran ditolak atau tidak dapat."
Cth :
a. seorang yg membunuh pewaris tanpa alasan, maka bahagian pesakanya akan tertegah.
b. seorang yg solat sebelum waktunya, maka solat itu tidak sah
c. seorang yg berbuka sebelum terbenam matahari, maka batallah puasanya.

Maka seseorang yg bertunang sebelum bakal tunang itu menjadi muslim, maka ia tertolak. Sebab ia masih musyrik Macam2 boleh terjadi..lakukan lagkah demi langkah, jangan tergesa-gesa.
Dalilnya: "janganlah kamu kahwinkan perempuan2 yg beriman dgn lelaki yg musyrik sebelum mereka beriman .." AQ 2: 221
WA
:salam