SJ - 2813: Kepimpinan wanita

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2813: Kepimpinan wanita

:salam

assalamualaikum wrt wbt

maafkan saya ustaz zayed dan ustaz zain, bila saya baca hujah2 yg dikemukakan oleh ustaz zayed, pandangannya bernas tapi saya rasa ianya perlu di detailkan:

1: Hadith muslim: "Agama itu nasihat utk Allah, RasulNya, KitabNya, Imam dan kaum muslimin."

hadith ini tidak menunjukkan kepimpinan wanita

2: Ayat surah At-Taubah: ayat 71: "Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat...."(At-Taubah: ayat 71)

ayat ini pun tidak membuktikan apa2 tentang kepimpinan wanita.

3: Ayat An-nisa': "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita..." (Surah An-Nisa': ayat 34)

yg ni pun tak jelas, mungkin jika ayatnya sempurna, jelaslah.

4: Barangsiapa melihat kemungkaran -- man ra a minkum..(dan seterusnya)
(hadith ini tidak terhad kpd kaum lelaki sahaja tetapi umum utk semua)
yg ni pun sama tak jelas, dan umum.

5: Medan jihad juga tidak sunyi daripada menyaksikan keterlibatan wanita. Perkara ini jelas dlm satu riwayat Ummu Atiyyah:
"Saya telah menyertai Rasulullah dlm tujuh siri peperangan. Ketika angkatan bergerak, saya berada di barisan belakang. Tugas saya ialah menyediakan makan, merawat mereka yg cedera, serta menjaga mereka yg sakit." (Sahih Muslim)

ummu atiyyah tidak menjadi pemimpin, mengikut hadith ini.

6: teguran wanita kepada umar. umar yg pemimpin bukannya wanita tu.

jadi, saya rasa jawapan tu tidak berapa sesuai dan mungkin akan jadi ok bila didetailkan kot. walaubagaimanapun, cara ustaz zayed mengutamakan quran dan hadith dlm berhujjah amat pelu dipuji.

komen saya ini hanya berdasarkan aqal, dan berkemungkinan besar utk tersilap. jadi, sesiapa pun, silalah betulkan kesilapan saya, kerana insan memang tidak boleh lari dari kesilapan.

Re: kepimpinan wanita

Perlu difahami apa yang dimaksudkan dengan kepimpinan itu sendiri. What do you mean by women's leadership?

Apa yang dilontarkan oleh saya tempoh hari adalah merujuk kepada PERANAN wanita dalam kepimpinan. wanita mempunyai peranan.

Firman Allah SWT
"Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat...."(At-Taubah: ayat 71)

Lelaki dan perempuan sama-sama menjadi penolong di antara satu sama lain dalam arena kepimpinan.

Kejayaan tamadun awal dalam mencapai tamadun tinggi telah melahirkan para cendekiawan dan ahli falsafah yang terkemuka. Namun, arus kemajuan ini tidak melibatkan kaum wanita. Secara tradisi, peranan wanita hanyalah dalam rumahtangga sahaja. Malah mereka dianggap tidak mempunyai hak untuk bersuara, statusnya dalam kasta kedua dan mereka hanya sebagai pengikut lelaki sahaja. Tanggapan ini telah tertanam teguh dalam jiwa masyarakat sehinggalah kedatangan Islam. Sesudah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w., Islam telah mengangkat darjat kaum wanita. Mereka mendapat hak yang sewajarnya sesuai dengan risalah penciptaan wanita. Islam memperakui wanita berhak mendapat penghargaan sebagai seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Mereka juga manusia mukalaf dan berhak beribadat, beragama serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perilakunya di dunia dan akhirat. Wanita juga berhak memiliki harta, mentadbir serta menguruskannya.

Saranan bacaan:
Kepimpinan Wanita dalam Islam Kedudukannya dalam Syariah, Dr. Andek Masnah Andek Kelawa (Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Re: kepimpinan wanita

Tambahan kepada perkara di atas.

Fatwa al-qardhawi mengenai wanita dan kepimpinan:
Kepimpinan sebahagian wanita ke atas sebahagian lelaki (di luar lingkungan keluarga), TIDAK ada dalil yang melarangnya, bahkan yang hanyalah dilarang ialah kepimpinan umum (wilayah Ammah) bagi wanita ke atas keseluruhan lelaki. Ini disandarkan hadith marfu’ dlm Al-Bukhari dari Abu Bakr R.A:
“Tidak akan berjaya suatu kaum yang ditadbir urusan mereka oleh kaum wanita.”

Hadith ini merujuk kepada kepimpinan umum ke atas umat seluruhnya. Manakala sebahagian urusan lain tidak dilarang seperti kepimpinan fatwa atau ijtihad, pengajaran, periwayatan, pentadbiran dan seumpamanya. Malah Abu Hanifah membenarkan wanita menjadi qadhi.

Di dalam usul fiqh, hukum diambil di atas lafaz keumuman dalil bukan kerana di atas sebab-sebab khusus. Tetapi perkara ini tidak diijmakkan penenerimaannya. Ibnu Abbas dan Ibnu umar berpendapat bahawa mesti mengambil kira sebab turunnya ayat atau hadith disabdakan, jika tidak demikian, maka berlakulah kecelaruan dalam pemahaman dan silaplah penafsiran.

Jika hadith di atas diambil hukumnya berdasarkan lafaz umum, ia akan bertentangan dgn zahir al-quran yang menceritakan tentang pemerintahan wanita.

Al-Quran turut mencatitkan sejarah mengenai ratu Balqis sebelum menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman A.S. Pemerintahannya berdiri di atas syura yang disebut di dalam surah Al-Naml: ayat 32
“Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.”

Namun demikian, pada akhirnya Ratu Balqis di akhirnya:
Balqis berdoa: “wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan aku berserah diri memeluk islam; bersama-sama sulaiman, kepada tuhan sekalian alam.” (Surah An-Naml ayat 44)

Kita juga melihat sirah para sahabat yakni Ummul Mukminin Aisyah R.A memimpin pasukan tentera dlm perang jamal.

Di dalam tarikh at-tabari mencatatkan kata-kata aisyah R.A ketika berakhirnya perang jamal
Aisyah R.A berkata:
"Orang ramai sekalian, demi Allah, tidak terdapat apa pun di antara aku dan Ali ini, walaupun sejak dulu, melainkan satu perkara biasa yang berlaku di antara seorang perempuan dgn ahli keluarga sahaja (merujuk kepada perselisihan kecil sahaja) dan sesungguhnya Ali ini padaku, walaupun pernah aku terkilan, tetapi ia tetap orang yang terpilih."

Dalam hal ini, perlu diselaraskan dgn al-quran dan al-hadith dalam arena kepimpinan wanita. Wanita boleh jadi pimpin ke atas kaum lelaki tetapi tidak dalam arena kepimpinan tertinggi (wilayah al-kubra). Sungguhpun demikian, ia masih tertakhluk kepada syura seperti mana yang dilakukan oleh Balqis.

Oleh yang demikian, para fuqaha sepakat tentang larangan wanita dari menjawat jawatan al-wilayah al-kubra atau imamah al’uzma. Adapun selain dari itu dibenarkan. Dengan ini wanita boleh menjadi menteri, hakim, atau tugas-tugas lainnya seperti mana Umar Al-Khattab melantik As-syifa’ al-adawiyyah menjadi pegawai pasar (seluruh pasar di bawah naungannya).

Dari segi lainnya kerana wanita dilarang menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah daulah, adalah kerana wanita itu kekurangan dari segi ibadat (kerana uzur syar'ie) dan berlakunya kelemahan dek kerana menjadi ibu (Surah Luqman). Sedangkan pimpinan itu adalah kritikal untuk umat.

Rujukan:
Min Fiqh Daulah Fil Islam, Yusuf Al-Qardhawi
Tarikh Ar-Rusul, Jilid IV, Ibn Jarir At-Tabari

Re: kepimpinan wanita

:salam

Jawapan dari sdr Zayed cukup baik. Saya hanya ingin menambah sedikit shj.

Kaum wanita juga adalah kaum sepertimana yg ditaklifkan oleh Allah sebagaiamana juga kaum lelaki. Setiap perintah syara’ turut kena kpd kaum wanita meainkan terdapat nas/dalil yg menenrangkan sebaliknya.

Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 195 yg bermaksud,

“Sesetengah kamu(adalah keturunan) dari sesetengahnya yg lain.”

Dalam surah Taubah pula ayat 71, Allah berfirman,

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Rasulullah saw juga bersabda yg bermaksud,

“Sesungguhnya kaum perempuan itu saudara kandung kepada kaum lelaki.”[Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dlln]

Adapun dalam surah An-Nisa’ ayat 34 Allah berfirman,

“ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain(wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka Wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Apa yg dimaksudkan dalam ayat di atas adalah kepimpinan dalam keluarga. Wanita boleh menjadi ketua dalam bidang2 seperti guru besar, ketua jabatan dan seumpamanya. Al Imam Abu Hanifah mengharuskan penyaksian wanita dalam masalah kehakiman selain hukum hudud dan qisas. Fuqaha’ salf pula membenarkan penyaksian wanita dlm lapangan hudud dan qisas sepertimana yg diutarakan oleh Ibnn Al-Qayyim dalam bukunya At-Thurku Al-Hakimiyyah. Walaupun begitu, ini tidak bermakna kaum wanita boleh menjadi sebarang jenis ketua.

Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abi Bakrah secara marfuk yg bermaksud,

“Tidak akan berjaya sesuatu kaum yg melantik kaum wanita menguruskan urusan mereka.”

Kekuasan yg dimaksudkan di atas ialah kekuasaan umum ke atas seluruhnya iaitu dalam bentuk kepimpinan negara. Maka di situ tidak boleh wanita memegang tampuk pemerintahan. WA.

:wassalam

Rujukan

Himpunan Isu-Isu Feqah Terpilih
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Tafsir Al-Quran
Oleh Sonhadji Mohamad

Re: SJ - 2813: Kepimpinan wanita

:wassalam
JKK kepada sdr zayed dan sentuhan penyudah dari Ust Gayat kita. LULUS utk siaran di Ahkam