SJ - 3019: [G] Solat Sunat

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3019: [G] Solat Sunat

:salam

Ana nak tanya beberapa soalan mengenai solat sunat:

1) adakah solat sunat Hajat warid dari nabi s.a.w.?? :boxing
2) apakah solat2 sunat yg benar2 warid dari nabi s.a.w. atau yg benar2 berdasarkan dalil yg soheh?? :necoraman

Harap dapat penjelasan...

:wassalam :duel2

Re: Solat Sunat

:salam

Utk soalan satu sila lihat URL berikut. Kami telah telah membahaskan isu ini dgn panjang lebar.

Salah al-haajah??????????

Manakala utk soalan 2 juga boleh dicari dalam archive. Cuma mungkin tidak hanya masuk dalam satu soalan SJ sahaja. Byk juga kalau nak senaraikan solat sunat yg sabit dari Nabi saw. Salah satu URL nya ialah:

Solat Sunat

solat sunat lain mungkin akan diberikan oleh panel. Kalau saya sempat saya akan masukkan. WA.

:wassalam

nadzir (not verified)
Re: Solat Sunat

sebagaimana dipost oleh Aznan

d. Dari 'Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kpd Rasulullah SAW seorang yg buta matanya seraya berkata, Ya Rasulallah! Doakan kpd Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya. Rasulullah SAW bersabda, jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya(bersabar) lebih baik bagi kamu. Leiaki itu menjawab,

Doakanlah! Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu' dengan elok lalu bersolat dua raka'at dan berdoa dgn doa ini, Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi'hu fiya

(Hadith Hassan Sahih Gharib) [al-Tirmizi: Kitab ad-Da'awat 'an rasulillah, fi du'aa' ad-dho'iif, Ibn Majah: Kitab Iqamah
as-Solah wa as-Sunnah fiha]

Hadith inilah merupakan hadith yg paling sohih dim menjadikan hujjah sebagai pensyari'atan solat hajat. Akan tetapi do'anya tentulah tidak sesuai diamalkan kerana ia bersangkutan dgn tawassul kpd Nabi pada masa hidupnya.

Adapun sekarang, Rasulullah SAW telah pun wafat. Maka tidak boleh lagi bertawassul melalui baginda.

Jika dilihat dari hadith2 di atas, baik yang dha'if ataupun yang sahih, ia dilakukan sendiri oleh tuan empunya hajat. Rasulullah SAW, walaupun pada ketika itu masih hidup dan ada bersama lelaki yg buta itu, akan tetapi baginda tetap tidak mendirikan solat itu bersama-sama dengannya malah baginda menyuruh si buta itu sendiri sembahyang untuk
memohon hajatnya kepada Allah secara langsung. Cuma do'anya sahaja bertawassulkan kpd Rasulullah SAW (ketika hidup) sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulullah SAW sendiri.

Solaat ini di dalam mazhab Syafl'iyy diletakkan di bawah solat naafil (sunnat) yang didirikan secara individu. Solat nafil yang didirikan secara berjama'ah adalah seperti Solat 'lid al-fitr dan Solaat 'Id al-Adha (solat raya), solat Istisqo' (solat minta hujan) serta solat gerhana. Solaat al-haajah ini tidak diletakkan di bawah solat nafil yang dilakukan secara berjama'ah dan seelok-eloknya ia dilakukan secara individu.

Soalan saya adakah tidak dari sunah solat hajat secara individu walaupun hadith di atas hadith hasan sahih gharib. Saya mushkil kerana Shiekh al-'Uthaimin berhujjah bahawa hadith gharib fihi maqal maka tidak boleh dijadikan landas syariat. Sila beri komen

Re: Solat Sunat

:wassalam
Tahqeeq

Persoalan asal dari sdr 'Abdullah telah dijawab oleh dua link yg disediakan oleh Ust G kita (JKK).
Oleh kerana sdr Abdullah bertanyakan soalan 'WARID' atau Wurud, peristiwa semisal Asbab Nuzul Ayat2 AlQur:an, maka Hadis Uthman bin Hunaif itu dapat dijadikan nas waridnya.

Menjawab Kopanskov (nama orang Balkan ni), kenapa alMuhaddith Syaikh Salih alUthameen dari KSA menolaknya, kerana keGharibannya. Gharib ni maksudnya ganjil atau pelik. Sanadnya sahih, tapi matannya (content Hadis) pelik kerana mengandungi Tawassul dan ulama' salafiyah (KSA) tidak gemar dgn topik tawassul kerana ia boleh mengelirukan org awam.
Buktinya benar, solat Hajat hari ini sudah blown out of propotion di Malaysia. Ia menjadi solat sunat yg amat mu'akkad dan paling popular di kalangan massa. Sedangkan fuqaha' muktabar tidak memasukkan solat ini dalam kitab2 mereka. Ia termasuk solat sunat yg matruk (ditinggalkan). Solat gerhana itu solat hajat, solat istikharah itu solat Hajat, solat minta Hujan pun solat Hajat. Tapi solat Hajat versi Malaysia ni adalah Ghareeb sekali. WA