SJ-1643: Uzur dan keliru....

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1643: Uzur dan keliru....

Asalammualaikum...
Ustaz... Ibu telah berusia 83 tahun...dia tidak berdaya lagi hendak solat berdiri...lututnya sakit... Saya ajar Ibu solat sambil duduk...Ibu tidak boleh ingat bacaan dan rakaat2 solat duduk.. Ibu keliru.. untuk pengetahuan ustaz..Ibu pernah jatuh sakit sampai keperingat lupa ingatan.. Sebelum sakit ibu mengajar mengaji dan boleh membaca Quran... tapi sekarang tidak boleh lagi.... Ibu hanya hafal ayat2 yang pendek..itupun ingat2 lupa...

Apakah langkah2 yang perlu saya ajar supaya Ibu boleh mengerjakan solat.... adakah nas-nas yang membolehkan seseorang yang pelupa, kadangkala ingat dan kadangkala lupa dan tidak berdaya tidak payah mengerjakan
solat atau bagaimana.... JAZAKALLAH...

Re: SJ-1643: Uzur dan keliru....

Jawab:

Pertama: kewajiban Solat tidak gugur dari seseorang yg mukallaf kecuali tertidur, hilang akal dan kanak-kanak (belum baligh) HR Ibn Majah dan anNasa'iyy.
Nas-nas dlm masalah ini (secara langsung) tidak ada kerana diliputi oleh nas-nas solat tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan baik sakit, safar atau dalam keadaan takut dan terkepung oleh musuh.
Kitab-kitab feqah membahaskan apakah mereka yg sekejap lupa dan sekejap ingat itu wajib solat? Jumhur berpendapat orang seperti ini wajib solat ketika mereka ingat (merujuk hadis Ibn Majah dan anNasa'iy) di atas, tapi apakah mereka perlu mengqadha' solat yg luput semasa hilang ingatan, Ini ada banyak pendapat fuqaha'. Syafi'iy berpendapat wajib qadha'. (perbahasan detail lihat Fiqh Islami oleh Dr Wahbah Jld 1)

Tugas anda sebagai anak, selain menjaga makan-minum-nafkah, maka hendaklah juga memastikan/membantu ibu dalam urusan ibadahnya, membantu dalam berwudhu' dan menunjuk ajar semasa dia solat. Jika kita lihat kekurangan, boleh ditegur semasa dia sedang solat atau solat secara berjama'ah dengan ahli keluarga. Mengenai syarat sah dengan membaca surah alFatihah, itu bukanlah muktamad. Menurut Hanafi, boleh membaca surah lain yg terdaya dihafalnya (alMabsut, 1/19) dan salah satu pendapat Hanbaliah (alMughny, 1/557) Allahu a'alam