SJ-1828: tidak melabuhkan tudung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1828: tidak melabuhkan tudung

assalamua'laikum ustaz,
Baru-baru ini, pihak pengurusan tempat bekerja saya telah membuat peraturan baru kepada pekerja wanita, tudung yang mereka pakai mestilah dimasukkan kedalam baju atas adalah tudung yang dilabuhkan keparas dada tidak kemas.
Soalannya,
1. Apakah hukum wanita yang tidak melabuhkan tudung ke paras dada seperti saranan surah annur ayat 31?
2. Apakah tindakan kami mendiam diri adalah dikira berdosa?

Re: SJ-1828: tidak melabuhkan tudung


Jwb:
Kami perlukan maklumat lanjutan :
1. apakah tempat kerja itu merujuk pada kilang yg terdapat banyak peralatan yg berputar yg boleh menjejaskan keselamatan di mana kain yg loose boleh tertangkap oleh mesin2? Misalnya kilang tekstil.
2. Apakah bila tudung itu dimasukkan ke dalam baju dan ia ditutup pula dengan jilbab berupa jaket atau coat yg menutup dada dan bentuk badan wanita?
Jika anda memberi maklumat tsb, kita boleh menetapkan kedudukan hukumnya. WaLlahu a'alam