Asm,
Terima kasih terlebih dahulu kerana sudi menbaca permasalahan saya ini. Sykt saya ingin menerbitkan satu CD software mengenai senarai bahasa pasar/slang orang Melayu. Rujukan saya adalah buku-buku keluaran penerbit lain. Adakah salah jika saya memasukkan senarai tersebut dgn menyusunnya semula (ubah sedikit makna, penyampaian) ke dalam CD saya itu? Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang keliru,
Amin
Wsm,
Jawab:
Oleh kerana ini urusan yg melibatkan copyright (hakcipta), maka syarikat anda perlu menghubungi penerbit terbabit untuk mendapatkan keizinan. Ia dapat mengelakkan karya anda dari di saman atas kesalahan menciplak. Sila rujuk kepada kementerian Perdagangan dalam negeri dan HEP (TS Muhyiddin Yassin) utk garispanduan. WaLlahu a'alam