SJ - 3115 : [G] Solat pembuka witir

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3115 : [G] Solat pembuka witir

:salam
Ust..ana ada merima satu email dr seorang sahabat berkenaan dgn solat pembuka witir. Emailnya adalah seperti dibawah:
---------------------------------------------------------------------
Saya ada mendengar ceramah daripada Ustat Ismail kamus yang membincangkan isu nie. Menurut beliau :-

1- Memang benar witir 2 X satu malam tidak boleh malah haram... tapi harus di ingat solat witir boleh dilakukan 3, 5, 7 dan 9 rakaat bergantung kepada kemampuan seseorang itu tetapi tidak boleh dilakukan dalam bil yang genap.

2- Witir yang dimaksud 2X satu malam merujuk kepada, solat itu dilakukan 2X iaitu 3 rakaat + 3 rakaan = 6 rakaat ini sudah tentu tidak boleh kerana bil witirnya genap.

3-mememang benar dengan apa yang dihuraikan oleh ustaz pertama, iaitu sekiranya setelah kita witir 3 rakaat pada terawikhnya, Dan pada malamnya kita ingin bersembahyang tahjud maka kita boleh bersembahyang witir 1 rakaat bagi membolehkan witir itu genap (3 rakaat +1 rakaat=4 rakaat) maka disini kita belom lagi menutup witir tersebut. jadi bolehlah kita bersembahyang tahjud dan Etc.. selepas itu sekiranya kita ingin menutup kembali witir maka bolehlah kita bersembahyang witir 1 rakaat atau 3 rakaat lagi. maka disini witir kita adalah (4+1 = 5 @ 4+3=7 rakaat) maka telah tertutuplah witir kia.

sekiranya saudara perlukan penjelasan dan pasti akan kesahihan... bolehlah merujuk kepada guru ugama yang mutlak....

---------------------------------------------------------------------

Utk pengetahuan Ust...email ini adalah komen dr jawapan yg Ust Kamin berikan berkenaan dgn solat pembuka witir. Harap ust dpt menolong ana dlm menghuraikan masalah ini.Sekian :wassalam

Re: Solat pembuka witir

:salam

Saya pernah menjelaskan isu witir ini. Sebenarnya mmg terdapat perbezaan pendpt dikalangan ulama' mengenai kaedah berwitir. Namun mereka ijma' mengatakan tidak ada dua witir dalam satu berdasarkan hadis berikut:

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

Saya lampirkan perbezaan pendpt mengenai perkara ini sepertimana yg pernah saya terangkan.

-----------
1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]

3. Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

4. Dari Aisyah ra, “Bahawa Rasulullah saw mengucap salam sampai kita dapat mendengarnya, lalu bersembahyang 2 rakaat lagi sehabis bersalam tadi sambil duduk.”[HR Muslim. Albani juga mengatakan hadis ini sahih]

5. Said bin Musayyab menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar berbahas soal witir di depan Nabi saw. Abu Bakar berkata; “Aku bersembahyang sesudahnya aku berwitir. Apabila aku bangun aku bersembahyang genap2 sebelum subuh.” Umar pula berkata; “Aku tidur sesudah sembahayng genap, kemudian aku berwitir di akhir sahur.” Nabi berkata kpd Abu Bakar, “telah berhati2 yang ini” Dan kpd Umar pula, “kuat yang ini.”[HR Abu Sulaiman al-Haqaby]

Berdasarkan hadis pertama, jumhur ulama’ telah mengatakan bahawa hanya satu witir sahaja yg boleh dilakukan dalam satu malam. Adapun mengenai mengerjakan witir di awal waktu dan kemudianya melakukan lagi solat sunat selepasnya, terdapat perbedaan pendapat mengenainya di kalangan ulama. Secara umumnya terdapat dua kaedah sekiranya ingin melakukan solat sunat selepas dikerjakan solat witir iaitu:

1) Menggenapkan witir yang awal itu dgn melakukan satu rakaat dgn tujuan merosakkan witir yg awal itu. Kemudiannya dilakukan solat sunat serperti biasa dan diakhiri dgn witir yg baru. Ini merupakan pendapat Utsman, Sa’ad bin Malik, Ibn Umar, Ibn Abbas, Usamah ibn Zaid dan Urwah Ibn Zubair. Mereka berdalilkan hadis yg ke-2 di atas.
2) Witir yg dilakukan di awal waktu tidak perlu dirosakkan. Memadai witir tersebut dan tidak perlu diulangi lagi witir walaupun jika ingin melakukan solat sunat selepasnya. Pendapat ini dipegang oleh Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali dan Aisyah ra. Manakala dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ahmad, Syafi’I, dan lain2 lagi.

Saya memilih pendapat yang kedua. Hadis 3,4 dan 5 menunjukkan bahawa boleh melakukan solat sunat walaupun telah dilakukan solat witir. Menurut Imam Nawawi, 2 rakaat yg dilakukan oleh Rasulullah saw selepas witir dalam keadaan duduk adalah bertujuan utk menerangkan keharusan dan tidaklah menjelaskan bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan. Ulama’ dan Muhaqqiqin dr kalangan ahli usul, kalimah ‘Kaana’ tidaklah semestinya membawa maksud sentiasa berlaku.

Persoalan yang seterusnya, yang manakah lebih afdhal, di awal dan di akhir malam. Kebanyakan ilmuwan memilih di akhir malam. Ibn Hajar al-Asqallani berkata bahawa witirnya Rasulullah saw di awal waktu adalah krn halangan utk bangun di akhir malam; Beliau berwitir di pertengahan malam bila beliau terbangun di waktu itu; seterusnya beliau melewatkan utk bangun di akhir malam ialah disebabkan waktu afdhalnya; sedang bersembahyang pada seluruh masa itu sebg menunjukkan keharusannya. Ibn Nasr mengatakan hadis ke-2 di atas menunjukkan hukum sunat bukannya wajib. WA.

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=18193&Forum=UBB8&Words=witir&Match=Entire%20Phrase&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=18080&Search=true#Post18193

sekian.

:wassalam

Re: SJ - 3115 : [G] Solat pembuka witir

Assalamu'alaikum

Terima kasih Ustaz Gayat diatas respon diatas. Didalam fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah Arab Saudi (no# 1835) mengenai soalan perlukan melakukan witir selepas melakukan witir selepas Isya' selepas selesai Solat Malam, katanya :-

[="#0000ff" size="3"]ÇáÓäÉ áãä ÃæÊÑ Ýí Ãæá Çááíá æÞÇã ãä ÂÎÑå Ãä íÕáí ãÇ ÊíÓÑ áå ÔÝÚÇ Ïæä æÊÑ¡ áãÇ ËÈÊ Úä ÇáäÈí ÚäÏ ãÓáã Ãäå Õáì ÑßÚÊíä ÈÚÏ ÇáæÊÑ¡ æáãÇ Ñæì ÇáÅãÇã ÃÍãÏ æ Ãåá ÇáÓää ÅáÇ ÇÈä ãÇÌå Úä ØáÞ Èä Úáí Ãä ÇáäÈí ÞÇá: «áÇ æÊÑÇä Ýí áíáÉ».
"Sunnah untuk sesiapa yang berwitir diawal malam dan bersolat diakhirnya bagi apa yang mudah dilakukan tanpa witir (selepasnya), kerana telah thabit dari Nabi saw bersolat 2 rakaat selepas witir, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahli sunan keculai Ibn Majah, dari Talq bin Ali bahawa Nabi saw bersabda : 'Tiada 2 witir didalam satu malam'"

Dikalangan mereka yang berpegang bahawa tidak perlu membatalkan witir adalah (fatwa no: 5310) :

[="#0000ff" size="3"]æããä ÞÇá ÈÚÏã äÞÖ ÇáæÊÑ æÃäå áÇíæÊÑ ÅáÇ ãÑÉ æÇÍÏÉ ãä ÇáÕÍÇÈÉ ÃÈæÈßÑ ÇáÕÏíÞ æÚãÇÑ Èä íÇÓÑ æÑÇÝÚ Èä ÎÏíÌ æÚÇÆÐ Èä ÚãÑæ ÇáãÒäí æØáÞ Èä Úáí æÃÈæåÑíÑÉ æÚÇÆÔÉ¡ ÑæÇå ÇÈä ÃÈí ÔíÈÉ Ýí ÇáãÕäÝ Úä ÓÚÏ Èä ÃÈí æÞÇÕ¡ æÇÈä ÚãÑ æÇÈä ÚÈÇÓ ÑÖí Çááå Úäåã ÃÌãÚíä¡ æããä ÞÇá Èå ãä ÇáÊÇÈÚíä ÓÚíÏ Èä ÇáãÓíÈ æÚáÞãÉ æÇáÔÚÈí æÅÈÑÇåíã ÇáäÎÚí æÓÚíÏ Èä ÌÈíÑ æãßÍæá æÇáÍÓä ÇáÈÕÑí¡ Ñæì Ðáß ÇÈä ÃÈí ÔíÈÉ Úäåã Ýí ÇáãÕäÝ ÃíÖÇ¡ æÞÇá Èå ãä ÇáÊÇÈÚíä ÃíÖÇ ØÇæÓ æÃÈæãÌáÒ æãä ÇáÃÆãÉ ÓÝíÇä ÇáËæÑí æãÇáß æÇÈä ÇáãÈÇÑß æÃÍãÏ¡ Ñæì Ðáß ÇáÊÑãÐí Úäåã Ýí Óääå¡ æÞÇá Åäå ÃÕÍ ¡ æÑæÇå ÇáÚÑÇÞí Úä ÇáÃæÒÇÚí æÇáÔÇÝÚí æÃÈí ËæÑ æÍßÇå ÇáÞÇÖí ÚíÇÖ Úä ßÇÝÉ Ãåá ÇáÝÊíÇ¡ æáÇ äÚáã ÏáíáÇ ËÇÈÊÇ Úä ÇáÑÓæá íÎÇáÝ ãÇÓÈÞ .
"Dan dari mereka yang berkata tidak perlu dibatalkan witir, kerana sesungguhnya hanya ada satu witir sahaja didalam satu malam, dikalangan sahabat adalah Abu Bakar, Ammar bin Yassir, Rafi’ bin Khudaij, Abu Hurairah, Talq bin Ali, Abu Hurairah, riwayat dari Sa'ad bin Abi Waqas, dan Ibn Umar dan Ibn Abbas.Dikalangan Tabi’in ialah Said bin Musayyab, Al-Qamah, Asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhaiy, Said bin Jubir, Makhul dan Hasan al-Basri. Ini juga merupakan pendapat Malik, Ibnu Mubarak, Ahmad, dan riwayat Tirmudzi dari mereka didalam sunannya, dan berkata sesungguhnya ini lebih benar, dan Al-Iraqi meriwayatkannya dari Al-Awzaahi, Syafie, Abi Thur, Qaadhi Iyad dan dari keseluruhan ahli agama, dan tidak diketahui dalil yang menunjukkan Rasulullah saw tidak menyetujui apa yang berlaku sebelum ini"

Untuk memudahkan kita, fatwa diatas menjelaskan bahawa jumhur berpegang kepada tidak ada witir didalam satu malam. Jika kita ingin melakukan solat selepas witir, contohnya Qiam Al-Lail, adalah dibenarkan melakukannya tanpa perlu mengulangi witir kembali. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Tirmudzi, inilah pandangan yang paling benar. Dan pada kami, inilah pandangan yang paling mudah untuk difahami dan disepakati ramai ulama'. Wallahu'alam.

wassalam.
==========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

خيرالأمين