SJ-1848: Pengembaraan ke alam kubur...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1848: Pengembaraan ke alam kubur...

assalamualaikum...

yg berbahagia ustaz,

apakah pendapat ustaz mengenai "pengembaraan ke alam kubur' seperti yang di lakukan oleh organisasi Rufaqa'? adakah ianya bertentangan dengan ajaran Islam? dan kenapa pula tidak diarahkan supaya 'pameran hantu-hantu sedunia' itu ditutup?

Re: SJ-1848: Pengembaraan ke alam kubur...


Jawab:
Isu Rufaqa'/Arqam adalah isu JAKIM. Bahkan Pengarah JAKIM mendapat kedudukan sekarang kerana isu Arqam. Rufaqa' adalah Arqam dan Arqam adalah Rufaqa'. Asya'ariya dan Abuya masih belum selesai dan Kubur Virtual yg diujudkan di Rawang Country Homes itu masih membawa mesej Arqam. Ia sudah resmi diarah tutup oleh JAKIM. Tamatlah isunya di situ.
Adapun Isu Pamiran Hantu di Muzium Negara. Juga sudah habis tempohnya dan ia dibuat atas lesen Muzium yakni mempamirkan budaya percayakan Hantu oleh seluruh bangsa2 di dunia. Objektif muzium itu ialah maklumat mengenai budaya yg ujud dalam semua budaya yakni takutkan HANTU. Jika tujuan Muzium membuat pamiran Hantu untuk mengukuhkan kepercayaan masyarakat kepada hantu dan beriman tentang adanya Hantu yg boleh memudharatkan manusia yg setanding dgn kuasa Allah, maka ia wajar dibantah. Jika sekadar informasi, tiada salahnya.
WaLlahu a'alam