SJ-13-0143 :Memahami kedudukan insan sejagat-Kafir vs Muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0143 :Memahami kedudukan insan sejagat-Kafir vs Muslim

:salam

Ada saya pernah ikuti khutbah antara isi kandungnya menyebut dalam perbincangan kitab Al Ghazali antara lain menyebutkan pada zaman akhirat nanti umat islam yang fasik, berakhlak buruk serta bersikap syirik dikategorikan kepada insan yang akan diseksa lebih dahsyat daripada orang kafir yang tidak berpegangan atas sebab menghindarkan hukum Allah setelah mendapat hidayah islam. Soalan saya - dalam dunia zaman ini kita dapati disamping gerakan yahudi philantropi macam Soros dll terdapat juga gerakan yang berunsurkan kebajikan sejagat seperti di negara Scandinavia yang tidak putus membantu gerakan pembangunan sosial malah sehingga ke negara islam seperti di Iran. Mereka ini tidak lain hanya mengikut gerak hati "peace and harmony to mankind". Lazimnya gerakan/ngo mereka ini lebih aktif/efisyen/professional dalam kerja kebajikan berbanding dengan org islam sendiri. Tidak lupa juga individu non-muslim yang bermurah hati mendirikan rumah org tua/cacat/ibu tunggal dsb dengan titik peluh meraka sendiri. Ini bukan missionary work. Soalannya adakah ini maksud al Ghazali apabila mengatakan umat islam sendiri yang memburukkan keadaan dengan pertelingkahan serta perselisihan serta pengamalan amalan buruk seperti rata2 terlihat pada akhlak muslim zaman ini menyebabkan golongan muslim yang akan menerima azab yang lebih pedih.

JKK

SJ-13-0143 :Memahami kedudukan insan sejagat-Kafir vs Muslim

:wassalam

alJawab:

Dalam membahaskan golongan manakah yang lebih teruk siksaan di Akhirat: apakah ummat Muhammad SAW yang derhaka atau orang kafir yg melakukan kebajikan?

Jawabnya: kelebihan tetap milik umat Muhammad saw yg beriman kepada Risalahnya walaupun mereka derhaka, melakukan pelbagai dosa kecuali pelaku syirik berbanding dengan orang kafir yang enggan mempercayai langsung akan Islam yang dibawa olehnya walaupun mereka mengerjakan pelbagai kebaikan.

Dalilnya: al Mukmin : 50

alMulk: 09 ( Mereka (orang kafir) menjawab," benar ada. sesungguhnya telah datang kpd kami seorang pemberi peringatan , maka kami mendustakannya dan kami katakan," Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar."

namun orang kafir dijamin:

" Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul." AQT 17: 15

" dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan" AQT Fathir: 24

Manakala orang Islam, walaupun derhaka,

HR Muslim dari Abi Sa'iid alKhudri RA, juga Jabir RA

Bahawa orang yg yg ada iman sebesar biji sawi, akhirnya selepas dibakar dengan api Neraka, akhirnyadngan rahmat Allat atau syafa'at Nabi saw akan masuk syurga.

sekian