Syeikh Dr. Al Buti Terbunuh Dalam Letupan Bom Berani Mati

Ramadan al-Bouti Today is dead

+18 Terrorist explosion in Al-Iman Mosque in Damascus 21/3/2013

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al Buti seorang tokoh Sunni Syiria terbunuh dalam letupan berani mati ketika mengajar di masjid al-Iman di kawan Mazra'ah, Damsyik. Menurut informasi al-Arabiya yang memetik sumber dari stesyen rasmi TV Syiria, seramai 42 orang turut terbunuh manakala 84 yang lain mengalami kecederaan.

Syeikh al-Buti lahir pada tahun 1929 merupakan seorang yang alim dalam ilmu-ilmu Islam. Beliau merupakan pakar rujuk umat Islam bertaraf antarabangsa. Beliau memulakan pengajiannya di Damsyik kemudian melanjutkan pelajarannya di al-Azhar, Kaherah, Mesir dan memperolehi Phd dari kuliah syariah. Beliau telah menghasilkan sebanyak lebih dari 23 karya tulis dalam pelbagai bidang. Antara yang masyhur ialah kitab Feqh Sirah.

Syeikh Dr al-Buti dikatakan sebagai seorang ulama yang pro rejim Basyar al-Asad. Wallahu A'lam.

 

Sumber berita: Al-Jazeera Al-ArabiyaSky.com

Kategori Berita: