SJ-02-0005: hukum menganggotai jamaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0005: hukum menganggotai jamaah

Assalamualaikum wrt wbt.
sy ingin bertanya pihak moderators.... apakah hukum menganggotai jamaah? adakah kita diseru utk intima' kpd mana2 jamaah dlm melaksanakan amal islami? terima kasih :razz:

SJ-02-0005: hukum menganggotai jamaah

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Saya ada menulis ttg masalah berkaitan di diskusi umum. Lihat di sini:
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26714

Sekalipun ia membahaskan di sekitar masalah menerima keahlian non muslim dalam gerakan Islam, namun ada juga di dalamnya di sekitar masalah yg ditanyakan.

Kerana di situ tulisan berkenaan bercampur dengan pelbagai reply, saya akan paste-kan tulisan berkenaan di sini:

Quote:
Secara sepintas lalu.. Beberapa persoalan:
Dari segi syarak, apa yang menghalang pengambilan non muslim sbg ahli jamaah Islam?

Apakah itu jamaah Islam?

Jamaah Islam bukan agama Islam. Jamaah Islam juga bukanlah sebuah negara Islam.

Jamaah Islam di sini juga bukanlah sebagaimana yang dimaksudkan oleh sebuah hadis sahih yang menyebut "jamaah kaum muslimin". Di mana jika keluar dari jamaah berkenaan maka dihukumkan sebagai terkeluar dari agama..

Jamaah Islam di sini hanya sebagai wasilah dakwah sahaja. Gerakan berteraskan Amar Ma'ruf Nahi munkar.

Nak masuk pun boleh, tak masuk pun boleh. Kalau mampu bertindak sendirian, bertindaklah sendirian. Kalau nak berdakwah secara ter-oraganisasi, sertailah..

Mengapa negara Islam? Negara Islam dengan diketuai oleh seorang pemimpin tertinggi wajib didirikan secara syarak. Tujuannya adalah untuk memastikan syariat Allah ditegakkan di bumi negara itu. Juga untuk menjaga 5 perkara dharuri. Menjaga segala maslahat umat Islam dan zhimmi. Matlamat dari semua itu adalah agar pengabdian kepada yang maha Esa dapat dilaksanakan dalam setiap sudut.

Dan antara tugas jamaah Islam adalah untuk membentuk satu usaha dan upaya ke arah mewujudkan dan memastikan negara Islam spt ciri2 di atas dapat ditegakkan.

Kalau kita lihat, Ahli zhimmi boleh diterima sebagai rakyat yang sah dalam sebuah negara Islam. Malah dari banyak sudut, mereka wajib diperlakukan samarata, sama adil sebagaimana yang telah diberikan kepada rakyat muslim. Malah, ulama-ulama Islam memperuntukkan satu bab yg khusus utk masalah ahli zhimmi.

Jika itulah keadaannya, dan jika negara Islam yg tertegak itu nanti juga membabitkan ahli zhimmi, mengapa usaha untuk menegakkan negara berkenaan perlu mengenepikan mereka.

Itu dari segi hukum. Namun dari segi strategi, perlulah lihat keadaan. Samada gerakan Islam sudah bersedia ataupun belum. Manfaatnya lebih banyak atau sebaliknya. Apakah ia hanya akan menyebabkan dakwah Islam menjadi kuat atau semakin lemah? Para ulama Islam setempat dan semasa hendaklah berijtihad untuk menentukannya berdasarkan situasi yg ada.

Jadi, sekalipun kita tidak setuju dengan cadangan menerima masuk non muslim, janganlah kita sampai beranggapan ia salah dari sudut syarak. Habislah.. Musnahlah.. Ia hanya membabitkan strategi dan ijtihad. Jika salah perkiraan pimpinan kita nanti, malah ia tidak menjadi satu dosa pun. Dan mudahan2 Allah mengurniakan kpd mereka pahala atas ijtihad mereka sekalipun salah.

Moga ia sbg masukan yang bermanfaat...

Quote:
Jamaah Islam dalam pengertian gerakan Islam/harakah Islam atau organisasi Islam bukanlah bermaksud al-Jamaah yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Al-Jamaah sebagaimana yang terdapat di dalam nash-nash syarak membawa dua maksud:
1. Pertama mafhum I'tiqadi. Ia dihalakan kepada dakwah dan manhaj yang dibawa oleh al-jamaah ini.

Ia bermaksud, al-Jamaah yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Inilah dakwah yang dibawa dan manhaj yang dibawa.

Keluar dari jamaah kebenaran ini boleh membawa kepada tahap murtad dan terkeluar dari agama.

Hadis2 berkaitan dengannya antaranya ialah:


ãÇ ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ æÇÈä ãÇÌå Úä ãÚÇæíÉ ÑÖí Çááå Úäå ÇáäÈíøö Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá: "ÃáÇ Åäøó ãä ÞÈáßã ãä Ãåá ÇáßÊÇÈ ÇÝÊÑÞæÇ Úáì ËäÊíä æÓÈÚíä ãáøóÉ¡ æÅäøó åÐå ÇáÃãøóÉ ÓÊÝÊÑÞ Úáì ËáÇËò æÓÈÚíä: ËäÊÇä æÓÈÚæä Ýí ÇáäÇÑ¡ ææÇÍÏÉñ Ýí ÇáÌäøóÉ¡ æåí ÇáÌãÇÚÉ"æÑæì ÇáÊÑãÐíøõ äÍæå¡ æÞÇá: ÍÏíËñ ÍÓäñ ÛÑíÈ.

ãÇ ÑæÇå ÇáÈÎÇÑíøõ æãÓáãñ Úä ÇÈä ãÓÚæÏ ÑÖí Çááå Úäå Úä ÇáäÈíøö Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá: "áÇ íÍáøõ Ïã ÇãÑÆò ãÓáãò íÔåÏ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÃäøöí ÑÓæá Çááå ÅáÇ ÈÅÍÏì ËáÇË: ÇáËíøöÈ ÇáÒÇäí¡ æÇáäÝÓ ÈÇáäÝÓ¡ æÇáÊÇÑß áÏíäå ÇáãÝÇÑÞ ááÌãÇÚÉ".

2. Kedua mafhum Siasi/politik, ia dihalakan kepada negara/daulah dan sistem politik, di mana dengannya akan terpeliharalah manhaj al-jamaah di atas serta memastikan manhaj berkenaan boleh diterapkan dalam realiti kehidupan.

Ia bermaksud, wajib kepada kita semua untuk bergabung dengan al-Ummah, taat kepada imam/pemerintah serta tidak keluar dari jamaah dan peraturan umum negara.

Keluar dari jamaah ini boleh dihukum sebagai pemberontak dan bughah.

Antara hadis2 yang berkaitan dengan mafhum kedua ini ialah:


ãÇ ÑæÇå ÇáÈÎÇÑíøõ æãÓáãñ Úä ÇÈä ÚÈÇÓ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ Úä ÇáäÈíøö Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãäøóå ÞÇá: "ãä ÑÃì ãä ÃãíÑå ÔíÆÇð íßÑåå ÝáíÕÈÑ¡ ÝÅäøóå áíÓ ÃÍÏñ íÝÇÑÞ ÇáÌãÇÚÉ ÔÈÑÇð ÝíãæÊ¡ ÅáÇ ãÇÊ ãöíÊÉð ÌÇåáíøóÉ"

ãÇ ÑæÇå ãÓáã Úä ÃÈí åÑíÑÉ Ãäøó ÇáäÈíøó Õáì Çááå Úáíå æÓáã: "ãä ÎÑÌ ãä ÇáØÇÚÉ æÝÇÑÞ ÇáÌãÇÚÉ ÝãÇÊ¡ ãÇÊ ãöíÊÉð ÌÇåáíøóÉ".

------------------
Dari dua pengertian di atas, dapatlah kita lihat betapa kedua-duanya saling berkaitan dan bahu membahu. Antara mafhum i'tiqadi dan mafhum siasi. Di mana apabila sudah wujudnya satu jamaah yang membawa serta mengibarkan dakwah dengan manhaj yang benar, maka keperluan untuk menegakkan daulah adalah satu kemestian. Kerana daulah inilah yang akan memastikan manhaj kebenaran itu terus terpelihara. Juga bagi memastikan manhaj berkenaan dapat direalisasikan dalam kehidupan.

Ciri-ciri anggota anggota al-jamaah , ialah orang-orang yang berada di atas kebenaran al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan manhaj para salafus soleh.

Kerana di sana ada juga yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah tetapi berdasarkan kepala otak sendiri. Bukan berdasarkan manhaj salafus soleh.

Manhaj kebenaran adalah manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

------------------
Baiklah jika begitu maksud al-Jamaah menurut syarak, maka bagaimana dengan kedudukan jamaah-jamaah Islam seperti ABIM, PAS, Ikhwan, Jamaat Islami, tabligh atau apa sahaja?

Pengasasan jamaah-jamaah seperti di atas tidak ada sandarannya dari nash syarak yang khusus mengenainya. Ia hanya disandarkan kepada nash-nash yang umum sahaja.

Oleh itu amatlah penting, kita membezakan pengertian antara al-Jamaah menurut syarak dengan jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini spt al-Ikhwan dsbnya.

Dan, jamaah-jamaah Islam yang ada ini bukanlah jamaah kaum muslimin atau al-Ummah sepertimana yang dimaksudkanoleh syarak. Ia dapat diberi pengertian sebagai satu perhimpunan/tajammu' yang didirikan oleh kalangan orang-orang Islam atas dasar ta'awun alal birri Wat Taqwa (bantu membantu ke arah kebaikan dan taqwa). Ia dapat meliputi parti, gerakan Islam, badan-badan islam atau kebajikan dsbnya.

Oleh itu, berdasarkan kepada pengertian al-jamaah, maka menggariskan syarat2 keahlian atau ciri2nya bagi gerakan Islam seperti ini oleh sebahagian tokoh gerakan Islam, hanyalah untuk kebaikan dan kepentingan jamaah itu sendiri. Dan ia bukanlah asas perbincangan mengenai pengertian al-Jamaah yang sedang kita bincangkan.

Seperti perkumpulan, persatuan atau badan-badan kebajikan, mereka boleh sahaja meletakkan apa sahaja ciri-ciri yang mesti ada untuk menjadi ahli. Ini adalah demi menjaga kebaikan persatuan atau pertubuhan berkenaan agar dapat mencapai matlamat yg disasarkan. Namun ia bukanlah sesuatu yang wajib secara syarak ke atas pertubuhan berkenaan.

Dan ummat Islam juga tidak diwajibkan menganggotai mana-mana pertubuhan atau persatuan atau parti Islam. Dan dalam satu2 masa umat Islam juga boleh menganggotai lebih dari satu jamaah/parti/pertubuhan Islam. Malah mereka boleh keluar dan masuk bila- bila masa sahaja.

Ini berbeza dengan al-Jamaah dalam pengertian syarak. Mana-mana manusia wajib ikut serta dan bergabung dengan aliran yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Keluar darinya bermakna sesat, malah sampai ke tahap kufur.

--------------
Akhirnya, tentang menerima keahlian non muslim bagi pertubuhan Islam atau badan-badan Islam, itu persoalan yang bukan asas. Seperti yang saya nyatakan sblm ini, boleh atau tidaknya bergantung kepada keperluan. Bukanlah boleh atau tidaknya itu sebab memang ada dasarnya dalam agama.

Untuk pembahasan yang cukup panjang, sila baca jawapan Dr Kamal al-Masri di sini:
http://al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?p=28356

Kesimpulan:
Menganggotai jamaah Islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah adalah jaiz/harus. Malah digalakkan jika banyak manfaat yang diperolehi dengan menganggotainya.

Moga bermanfaat untuk semua...

:wassalam