SJ-05-0007 : Musafir pada hari Jumaat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0007 : Musafir pada hari Jumaat

Mengikut pandangan kesemua mazhab adakah dibolehkan untuk musafir dengan sengaja pada hari Jumaat tanpa perlu menunaikan solat jumaat di dalam perjalanan dan hanya menjamakkan solat zuhur dengan asar?

Mengikut apa yang saya tahu, mengikut mazhab syafie, tidak boleh untuk musafir dengan sengaja pada hari Jumaat melainkan berhenti untuk solat jumaat di pertengahan jalan.

Minta penjelasan dari yang lebih tau..

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
re: SJ-05-0007 : Musafir pada hari Jumaat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Berkebetulan hari ini hari Jumaat, kami akan cuba menjawab soalan sdr squid yang berkaitan dengan permusafiran pada hari Jumaat dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar apa yang dikatakan oleh sdr squid bahawa Mazhab Syafie melarang melakukan perjalanan 'setelah terbit fajar' yang dijangka akan meluputkan waktu Jumaat. Imam Shawkani membahagikan kepada 5 pendapat mengenai hal ini :-

1. Pendapat yang membenarkan/ Berkata Iraqi : ini adalah pendapat kebanyakkan ulama' dari para sahabat - Umar Ibn Al-Khattab, A-Zubair bin Al-Awaam, Abu Ubaidah, dan Ibn Umar. Dari Taabi'en - Al-Hassan, Ibn Sirin dan Al-Zahiry. Dan dari Imam-Imam : Abu Hanifah, Maalik dari dari riwayat mashyur darinya, Al-'Auzaa'i, Ahmad bin Hanbal dari riwayat mashyur darinya, dari pandangan lama (qaul qadim) dari Imam Syafie, dan Ibn Qudamah telah meriwayatkan banyak lagi ulama'-ulama' lain.

2. Pendapat yang melarang - Pandangan Imam Syafie didalam pandangan barunya (Qaul Jadid) dari 2 riwayat, iaitu dari Ahmad dan Maalik.

3. Pandangan yang membenarkan musafir khususnya kerana Jihad - menurut satu riwayat dari Ahmad.

4. Pandangan yang membenarkan khususnya kepada permusafiran yang wajib (eg: pergi ke Mekah menunaikan ibadat Haji) - pilihani Ishaak Al-Maruuzi dari kalangan ulama' Syafie. Imam Al-Haramain lebih cenderung kepada pandangan ini.

5. Pandangan yang membenarkan khususnya kepada permusafiran menunaikan keta'atan dan kewajipan atau keharusan.

Ulama' khilaf mengenai musafir setelah terbit fajar, akan tetapi semua bersepakat bahawa dibenarkan bermusafir sebelum terbit fajar kecuali Al-'Abdri dari riwayat Ibrahim Al-Nakhi'e sesunggunhya berkata :

áÇ íÓÇÝÑ ÈÚÏ ÏÎæá ÇáÚÔÇÁ ãä íæã ÇáÎãíÓ ÍÊì íÕáí ÇáÌãÚÉ
"Tidak bermusafir selepas masuk Isya' di hari Khamis sehingga selesai Solat Jumaat" - Imam Al-Nawawi telah menyebut bahawa : Ini adalah doktrin yg batil dan tidak ada asalnya (æ åÐÇ ãÐåÈ ÈÇØá áÇ ÃÕá áå).

Kepada yang melarang bermusafir selepas fajar mengatakan bahawa dibenarkan musafir akan tetapi perlu berhenti melakukan solat Jumaat didalam perjalanan. Larangan ini berdasarkan salah satu hadith, dari Ibn Umar ra (marfu'):-

ãä ÓÇÝÑ íæã ÇáÌãÚÉ ÏÚÊ Úáíå ÇáãáÇÆßÉ Ãä áÇ íÕÍÈ Ýí ÓÝÑå
"Barangsiapa yang bermusafir pada hari Jumaat, Malaikat akan berdo'a keatasnya agar tidak akan menemaninya semasa permusafirnya"

Al-Shaukani mengingatkan kita bahawa hadith ini Dha'if. Begitu juga Al-Albani telah menyenaraikan hadith ini dalam kitab Silsilah Al-AHaadith Al-Dha'efah. Al-Albani menyatakan terdapat banyak riwayat-riwayat yang lain seperti riwayat Imam Muhammad bin Al-Hasan dan Al-Baihaqi (3/187) dengan sanad yang shahih meriwayatkan hadith tidak dilarang bermusafir pada hari Jumaat; dari Umar ra. berkata : "Hari Jumaat tidak ditegah dari bermusafir" (ÇáÌãÚÉ áÇ ÊãäÚ ãä ÓÝÑ), dan begitu juga riwayat Abi Syaibah dan kalangan jemaah Salaf yang lain. Berkata Al-Albani :

æ áíÓ Ýí ÇáÓäÉ ãÇ íãäÚ ãä ÇáÓÝÑ íæã ÇáÌãÚÉ ãØáÞÇð ¡ Èá Ñæí Úäå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã Ãäå ÓÇÝÑ íæã ÇáÌãÚÉ ãä Ãæá ÇáäåÇÑ ¡ æ áßäå ÖÚíÝ áÅÑÓÇáå
"Bukanlah menjadi sunnah melarang bermusafir pada hari Jumaat secara mutlak, akan tetapi riwayatnya adalah dha'ef, bahkan terdapat riwayat menunjukkan Nabi saw bermusafir pada hari Jumaat pada awal tengahari"
---------------------

Perkara penting yang perlu kira fahami disini ialah : Secara keseluruhannya ulama' Maliki, Syafie, Hanbali, Daud dan lain-lainnya TIDAK MEMBENARKAN bermusafir selepas TERGELINCIR matahari (Al-Zauwal) pada hari Jumaat. Dengan kata lain, semasa masuk waktu Solat Jumaat, permusafiran diharamkan. Cuma Abu Hanifah dan Al-'Auza'id membenarkan keatas semua Solat didalam msuafir. Al-Shawkani berkata : Apabila masuk waktu solat Jumaat, maka tiada kebenaran diberi dan wajib menghadirkan diri pada solar Jumaat melainkan takut kemudharatan keatas dirinya, iaitu akan ditinggalkan oleh yang membawa didalam permusafiran.

Ibn Qayyim juga berpandangan tidak dibenarkan musafir pada hari Jumaat sebelum menunaikannya jika sudah masuk waktu Jumaat. Berkata Ibn Utsaimin :

" æ áÇ íÌæÒ áãä ÊáÒãå ÇáÓÝÑ Ýí íæãåÇ ÈÚÏ ÇáÒæÇá " ÞÇá :" … Ãí áÇ íÌæÒ ÇáÓÝÑ Ýí íæãåÇ ÈÚÏ ÇáÒæÇá áãä ÊáÒãå ÈäÝÓå ¡ Ãæ ÈÛíÑå ¡ æ Ðáß Ãäå ÈÚÏ ÇáÒæÇá ÏÎá ÇáæÞÊ ÈÇáÇÊÝÇÞ ¡ æ ÇáÛÇáÈ Ãäå ÅÐÇ ÏÎá ÇáæÞÊ íÍÖÑ ÇáÅãÇã æ ÊõÕáì ÇáÌãÚÉ ÝíÍÑã Ãä íÓÇÝÑ " .
"Tidak boleh musafir pada waktu selepas tergelincir matahari" tambah beliau "Tidak dibenarkan mana-mana perjalanan pada waktu tergelincir matahari (hari Jumaat) keatas mereka yang diwajibkan keaatasnya (Jumaat), atau yang lain-lainnya, dan begitulah selepas tergelincir matahari dan masuk waktu dengan persetujuan semua, dan apabila masuk waktu solat, telah dihadiri Imam untuk bersolat Jumaat, maka pada waktu itu diharamkan solat"

Dalilnya larangan : Firman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöÐóÇ äõæÏöíó áöáÕøóáóÇÉö ãöäú íóæúãö ÇáúÌõãõÚóÉö ÝóÇÓúÚóæúÇ Åöáóì ÐößúÑö Çááøóåö æóÐóÑõæÇ ÇáúÈóíúÚó Ðóáößõãú ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäúÊõãú ÊóÚúáóãõæäó.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" -[Al-Juma'ah : 9].

Ayat diatas memerintahkan agar jual-beli diberhentikan, begitulah juga aktiviti lain seperti musafir, kerana jual-beli akan menghalang seseorang itu dari melakukan solat Jumaat dan begitu jugalah dengan musafir. Sesungguh tergelincir matahari menjadi sebab kepada wajib Solat Jumaat, maka menjadikan alasan-alasan lain ditangguh.

Sebagai kesimpulan, Mazhab Syafie dan beberapa pandangan dari Mazhab Hanafi melarang bermusafir selepas masuk waktu fajar, akan tetapi kebanyakkan Imam-Imam tidak termasuk Hanafi bersepakat melarang musafir apabila masuk waktu Jumaat. Menurut pandangan yang lebih ringan (lihat Al-Fiqh Al-Islami - III, bab musafir pada hari Jumaat) tiada larangan secara mutlak bermusafir pada hari Jumaat (kerana hadith larangan itu bertaraf dhaif), dan hanya waktu yang dilarang ialah ketika masuknya waktu Jumaat iaitu tergelincir matahari. Pada masa itu, segala aktiviti termasuklah jual beli dan musafir diharamkan. WA.

wassalam
==============

1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Al-Ajwibah Al-Naafi'ah 'an As 'ilati Lajnah Masjid Al-Jaami'ah. 1978.

2. Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 3. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1998.

خيرالأمين