SJ-13-0047 : teknik botox

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0047 : teknik botox

terdapat satu kaedah baru dlm mengelakkan kesan penuaan di muka iaitu teknik "BOTOX". adakah teknik ini dibolehkan dalam islam?

SJ-13-0047 : teknik botox

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr amnifuhairah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Rawatan injeksi Botox ( ÈæÊæßÓ ) merupakan sejenis rawatan terapi keatas otot atau " therapeutic muscle-relaxing agent" yang bertindak keatas motor saraf seseorang. Sifatnya merupakan sementara. Garisan-Garisan kedut seseorang itu diakibatkan oleh otot yang dipanggil 'corrugator' dan/atau 'procerus muscles'. Apabila botulinum toxin A atau nama dagangnya Botox diinjek kedalam otot tersebut, ia akan menjadi kebas dan tegang. Kontraksi ini akan menghilangkan garis kedut. Apa yang penting didalam kajian Fiqh ialah kesannya bukanlah untuk selama-lamanya. Ia hanya berkesan dari 3 hingga 8 bulan sahaja. Tidaklah ia menyalahi hukum syariah atas sifat kesan sementara ini, kerana ia bukan menghalang proses penuaan.

Satu aspek lagi yang perlu dilihat ialah ; Apakah botox atau 'botulinum toxin A' ini merbahaya? Jika ia tidak mendatang kemudharatan, maka pada asalnya hukumnya harus. Akan tetapi jika ia memudharatkan seseorang, maka haram hukumnya.

Berikut adalah jawapan yang telah dikemukakan kepada Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi yang kami terima pagi tadi. Beliau merupakan pakar rujuk Fiqh Kerajaan Kuwait dan mufti kepada Ensaiklopedia Fiqh Kuwait.

Soalan :

ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãå Çááå æÈÑßÇÊå.
ÈÚÖ ÇáãÚáæãÇÊ Úä ÈæÊæßÓ : ÅáÇ Ãä ÃØÈÇÁ ÇáÊÌãíá áÇÍÙæÇ ãäÐ ÃæÇÆá ÇáÊÓÚíäíÇÊ Ãä ÍÞä ßãíÇÊ ÕÛíÑÉ ãä ÇáÊæßÓíä Ýí ÚÖáÇÊ ÇáÌÈíä æÈíä ÇáÚíäíä æÍæá ÇáÝã æÃíÖÇ Ýí ÚÖáÇÊ ÇáÑÞÈÉ íÄÏí Åáì Ôáá Êáß ÇáÚÖáÇÊ¡ æÈÇáÊÇáí ÇÎÊÝÇÁ ÇáÊÌÇÚíÏ ÇáÊí ÊäÊÌ Úä ÊÞáÕåÇ! ÍÊì Åä ÇÓÊÎÏÇã ÇáÈæÊæßÓ ÇäÊÔÑ Èíä äÌæã æäÌãÇÊ åæáíæÏ ßÃßËÑ Ãåã ØÑÞ ÇáÞÖÇÁ Úáì ÇáÊÌÇÚíÏ æÇáãÍÇÝÙÉ Úáì ÇáÔÈÇÈ ÇáÒÇÆÝ. íÈÏà ãÝÚæá ÇáÊæßÓíä Ýí ÅÎÝÇÁ ÊÌÚíÏÉ ÇáÊßÔíÑ ÈÚÏ ÍæÇáí 3-4 ÃíÇã æíÓÊãÑ áãÏÉ 3-5 ÃÔåÑ ÍÊì íÎÊÝí ÃËÑ ÇáãÝÚæá ãÑÉ ÃÎÑì æÈÚÏå íÊã ÍÞä ÇáÚÖáÉ ÈÇáÈæÊæßÓ ãÑÉ ÃÎÑì ÍÊì ÊÓÊãÑ ÇáÊÌÚíÏÉ Ýí ÇáÇÎÊÝÇÁ.íÓÊÎÏã ÇáÈæÊæßÓ ÃíÖÇ Ýí ÚáÇÌ ÇáÕÏÇÚ ÇáäÕÝí¡ ÍíË áÇÍÙ ÃØÈÇÁ ÇáÊÌãíá Ãä ßËíÑíä ãä ãÑÖì ÇáÕÏÇÚ ÇáäÕÝí ÊÊÍÓä ÍÇáÊåã ÈÚÏ ÍÞä ÇáÏæÇÁ ãä ÃÌá ÅÎÝÇÁ ÇáÊÌÇÚíÏ¡ ßãÇ íÓÊÎÏã Ýí ÚáÇÌ ÂáÇã ÇáÙåÑ æÊÔäÌ ÚÖáÇÊ ÇáÃØÑÇÝ.
ãÇ Íßã ÇÓÊÎÏÇã ÈæÊæßÓ ááÊøÌãíá ¿ æ ÌÒÇßã Çááå ÎíÑ ÇáÌÒÇÁ.

"Sedikt maklumat mengenai botox : Maka pakar pembedahan plastik perhatikan semenjak awal tahun 90an bahawa kuantiti yang sedikit dari Toksin ini diinjek di otot kepala/dahi diantara kedua-dua mata, disekitar mulut dan juga otot leher akan mengakibatkan kesan paralysis kepada otot, dan seseterusnya akan menghilangkan kedutan akibat kontraksi otot! Sehinggalah penggunaan botox meluas digunakan dikalangan artis-artis Hollywood sebagai salah satu cara penting menghilangkan garis-garis kedut dan mengekalkan kemudaan yang palsu. Kesan toksin bermula dengan menghilangkan garisan kedut lebih kurang 3 hingga 4 hari dan berterusan sehingga 5 bulan sehinggalah kesannya hilang semula dan melakukan injeksi kali yang seterusnya keatas otot-otot menggunakan botox sekali lagi, sehinggalah hilang kesannya. Botox juga digunakan bagi merawat penyakit migraine, dimana pakar pembedahan plastik memerhatikan kebanyakkan pesakit migrainenya yang telah baik meneruskan mengambil injeksi semata-mata ingin menghilangkan kedut, sebagaimana juga ia digunakan untuk merawat sakit tulang-belakang dan sakit otot-otot. Apa hukum menggunakan botox bagi tujuan kecantikan? JKK."

Jawapan :

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä¡ æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÎÇÊã ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä¡ æÚáì Âáå æÃÕÍÇÈå ÃÌãÚíä¡ æÇáÊÇÈÚíä¡ æãä ÊÈÚ åÏÇåã ÈÅÍÓÇä Åáì íæã ÇáÏíä¡ æÈÚÏ:
ÝÍßãå ãÑÊÈØ ÈãÏì ãÇ Ýíå ãä ÇáÖÑÑ¡ ÝÅä áã íßä Ýíå ÖÑÑ ãÇ Ýåæ ãÈÇÍ¡ æÅä æÌÏ ÇáÖÑÑ ÝÇáãäÚ íßæä ááÖÑÑ ÇáÐí Ýíå¡ æÃãÑ Ðáß ãÊÑæß áÃÑÈÇÈ ÇáÇÎÊÕÇÕ.
æÇááå ÊÚÇáì ÃÚáã.

"Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw penamat segala anbiya' dan rasul, kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.

Hukumnya lebih kearah sejauh mana kemudharatan yang ia bawa, maka jika ia tidak memudharatkan maka ia dibolehkan (mubah), dan jika didapati ia memudharatkan, maka hendaklah dikawal agar ia tidak merosakkan, dan diserahkan kerja-kerja ini kepada mereka-mereka yang pakar"

==========
Kesimpulannya : kesannya yang sementara tidak menunjukkan ia menghalang proses penuaan. Asal ia tidak bersifat kekal dan juga selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudharatkan, maka hukumnya harus. Akan tetapi, faktor kos juga boleh mengubah hukum penggunaan botox. Dari petikan artikel dibawah ini :-

æíÊã ÊßÑÇÑ ÇáÍÞä ãÇ Èíä 3-4 ãÑÇÊ Úáì ãÑæÑ ÚÇã æÇÍÏ¡ æÈÚÏåÇ ÛÇáÈÇ ãÇ íÓÊãÑ ÇáãÝÚæá áãÏÉ ÞÏ ÊÕá Åáì 18 ÔåÑÇ. ÃãÇ ÇáÃÓÚÇÑ ÝÊÊÑÇæÍ ãÇ Èíä 300 Åáì ÃßËÑ ãä 1000 ÏæáÇÑ ááÍÞäÉ ÇáæÇÍÏÉ.
"Injeksi disempurnakan diantara 3 hingga 4 kali pada tahun pertama, dan kemungkinan kesannya akan berterusan sehingga 18 bulan. Bagi harganya pula bermula dari 300 dollar hinggalah ke 1,000 dollar satu injeksi"

Seorang yang ingin kedutnya hilang perlu sekurang-kurangnya membuat rawatan 3-4 kali setahun dengan bayaran 300 - 1000 dollar sekali injek. Untuk memudahkan pengiraan kita ambil saja nilai yang terbawah :- 3 (kali injeksi) X US300.00 3.82 = RM3,438.00 setahun. Inikan satu pembaziran, dan mereka yang membazir itu adalah sahabat syaitan!. Akan tetapi, jika botox digunakan untuk menghilangkan migrane dsb, maka tidaklah timbul isu pembaziran. WA.

wassalam
===========
Rujukan :-

1. Dr Ahmad Al-Haji Al-Khurdi. ÇáÈæÊæßÓ íÎÝí ÇáÊÌÇÚíÏ/Botox menghilangkan garis kedut url : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=12516#24071

2. Dr Nadia Al-Awdhi. ÇáÓáÇÍ ÇáÈíæáæÌí íÚÇáÌ ÊÌÇÚíÏ ÇáæÌå!! /Senjata Biologi mengatasi masalah muka berkedut url : http://www.islamonline.net/arabic/science/2002/02/Article7.shtml

خيرالأمين