SJ-03-0019 air hujan dari bumbung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0019 air hujan dari bumbung

assalamualaikum..

1. apakah hukumnya air hujan dari atas bumbung terkena pada kita dengan kuantiti yang sikit atau banyak?, kerana kebiasaannya di atas bumbung terdapat tahi burung dan sebagainya.

2. dalam kehidupan seharian, seluar saya selalu terkena tapak kasut sya dan kawan saya.adakah pakaian itu perlu perlu dibasuh?bagaiman pula keadaan apabila pakaian tersentuh pada tapak kasut rakan yang baru sahaja keluar dari tandas?

SJ-03-0019 air hujan dari bumbung

:salam

1) Islam menghukum berdasarkan sesuatu yg jelas sahaja. Islam itu mudah dan hanya insan sahaja yang menyusahkan agamanya. Kebiasaan ataupun kemungkinan tidak dapat dijadikan hujah akan satu2 hukum. Maka kita kembali kpd kaedah fiqh iaitu setiap perkara itu pada asalnya suci melainkan ada dalil/bukti yg mengatakan sebaliknya. Kita juga tidak disyaratkan utk menyelidiki sesuatu dgn mendalam. Oleh itu, air yg jatuh dari bumbung itu adalah sesuatu yg dimaafkan oleh syara’. Ini dibuktikan dgn amalan Umar ra sendiri.(lihat fiqhus sunnah oleh Sayyid Sabiq)

2) Fuqaha sepakat bhw tanah jalanan adalah sesuatu yg mendapat keringanan. Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fataawa mengatakan tanah jalanan hendaklah dihukumi spt mana asalnya iaitu suci. Ia juga dimaafkan berdasarkan hadis Nabi saw yg diriwayatkan oleh As-Sunan bhw Rasulullah saw ditanya tentang wanita yg menyeret bhgn belakang pakaiannya di tempat yg kotor, kemudian dia seret ke tempat suci yg lain. MAka Rasulullah saw bersabda, "Ia disucikan oleh yg sesudahnya."(Dr Yusuf al-Qaradhawi, Fiqh at-Thaharah)

Namun, tidak ada salahnya jika kita basuh sedikit dgn air ketika ingin mengambil wudhu’. WA.

:wassalam