[Memang HOT!] Jawapan Mantap URD Atas Ustaz Adlan Tentang Sifat Solat

Primary tabs

Berikut ini adalah jawapan dari Ustaz Rasul Dahri terhadap artikel Ustaz Adlan mengenai masalah bersedekap di dada ketika solat. Dan artikel Ustaz Adlan yang mengkritik tulisan Ustaz Rasul Dahri boleh dibaca di link ini.. :

Pada hadis tersebut pada cetakan pertama dan di cetakan kedua ditulis pada nota kakinya: "Disebut oleh al-Bukhari dalam sahihnya. Di dalam al-Muwatta'. H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syeikh, Tirmizi menghasankan salah satu hadis ini".

Sebenarnya apa yang saya tulis di nota kakinya dengan ayat: "Disebut oleh al-Bukhari" adalah dengan maksud: "Didapati maknanya (secara makna) di dalam hadis riwayat al-Bukhari sebagiamana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Albani di dalam kitabnya Sifat Solat Nabi dan bukan bermaksud hadis riwayat al-Bukhari, kerana tidak ada di dalam riwayat al-Bukhari hadis seumpama itu.

Dalam tulisan Syeikh al-Albani yang saya ringkaskan di nota kakinya tertulis: "H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syeikh, Turmizi menghasankan salah satu sanad hadis ini. Secara makna hadis ini disebut di dalam al-Muwatta' dan al-Bukhari dalam Sahihnya. (Menurut al-Albani lagi): Saya telah menjelaskan secara rinci sanad-sanad hadis ini dalam Kitab Ahkamu al-Janaiz halaman 118.

(Dan seterusnya al-Albani menjelaskan): Peringatan: Mensedekapkan tangan di dada adalah perbuatan yang benar menurut sunnah. Yang bertentangan dengan cara itu adalah lemah dan tidak mempunyai dasar riwayat.

Cara-cara yang sesuai sunnah ia dilakukan oleh Imam Ishaq bin Rahawaih, Imam Marwazai dalam Kitab Masaail, halaman 222 berkata:

"Imam Ishaq meriwayatkan hadis secara mutawatir kepada kami:: Beliau mengankat kedua tangannya ketika berdoa qunut dan melakukan qunut sebelum rukuk. Beliau mensedekapkan tangannya berdekatan dengan teteknya". Pendapat semacam ini juga dikemukakan oleh Qadhi 'Iyadh al-Maliki dalam bab Mustahabatu As-Solat pada kitab al-Ilm hlm. 15 cetakan Rabath. Ujarnya: Dia meletakkan tangan kanan pada peunggung tangan kiri di dada. Pendapat yang semacam ini pula diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam kitab Masail hlm. 62: "Saya melihat bapaku (Ahmad) dalam solatnya mensedekapkan tangannya di atas pusatnya". Baca al-Irwa' hadis 349.

Syeikh Nasruddin al-Albani menyatakan: Secara makna hadis ini disebut di dalam al-Muwatta' dan al-Bukhari dalam Sahihnya. Kenyataan ini dapat kita lihat di dalam kitab Sifat Solat Nabi ole al-Albani. Maka bagi para pembaca yang inginn meraad, memberi komentar atau membantah diharapkan mampu merujuk kepada kitab asalnya (Sifat Solat Nabi) oleh Syeikh Muhammad Nasruddin al-Albani, wallahu a'lam.

 


Berikut ini pula jawapan Ustaz Rasul Dahri terhadap artikel ustaz Adlan tentang tidak ada beza solat antara lelaki dan wanita. Dan artikel ustaz Adlan boleh dibaca di link ini..:

Perhatian!: Tiada perbezaan antara cara bersolat seorang lelaki dengan seorang wanita kerana keumuman hadis Rasululah yangt diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad:

"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat".

Membeza-bezakan cara solat lelaki dan wanita adalah sesuatu yang terlarang dan bid'ah. Tiada dalil dari sunnah yang mencontohkannya kerana Rasulullah bersabda:

"Apa yang dikerjakan oleh wanita dalam solat, adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh lelaki".

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanadnya yang sahih 1/75.

Diriwayatkan dari Ummul Darda bahawa:

"Sesungguhnya (Ummu Darda) duduk dalam solatnya sebagaimana duduknya lelaki, padahal dia adalah seorang perempuan yang ahli fiqh".

Menurut al-Albani: "Hadis yang menyebut bahawa ketika sujud wanita harus merapatkan tangannya ke rusuknya sehingga berbeza dengan lelaki adalah hadis mursal, tidak boleh dijadikan hujah. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud dalam al-Marasil 87/177 dari Yazid in Hubaib. Hadis ini telah dijelaskan dalam kitab ad-Dhaifah no.2652".

[Petikan buku terbaru Ustaz Rasul Dahri  'Bertaqwalah Kepada Allah! Perbaikilah Solat Safar Anda! Dengan Mencontohi Solat Jamak & Qasar Rasulullah (salallahu alaihi wasallam)' - m.s. 7-11. penerbit- syarikat ummul qura sdn bhd. Cetakan pertama februari 2011.]