SJ-12-0034 : peraturan & syarat perkahwinan bagi suami o

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0034 : peraturan & syarat perkahwinan bagi suami o

[align=justify]

:( baru-baru ini saya mempunyai masalah kekeluargaan. adik ipar saya ingin berkahwin dengan lelaki yang lebih tua 16 tahun darinya. suaminya mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. mereka ingin kahwin secara rahsia. masaalahnya mereka ingin kahwin segera tanpa berkursus (adik ipar saya). saya ingin tahu adakah tidak perlu meminta persetujuan dengan isteri pertama?

SJ-12-0034 : peraturan & syarat perkahwinan bagi suami o

Assalamualaikum,

Perkahwinan poligami adalah perlu kebenaran dari Mahkamah Syariah.Apabila Mahkamah menerima permohonan itu,maka Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isterinya itu untuk mendengar keterangan mereka.Perkataan`hendaklah` membawa maksud wajib.Maka isteri wajib dipanggil memberi keterangan.Ini memandangkan isteri adalah oarang palin rapat dan paling mengetahui kedudukan suami.

Mahkamah boleh memberi kebenaran berpoligami jika berpuashati atas perkara berikut:

1.Bahawa perkahwinan itu `patut` dan `perlu`,memandang kepada,antara lain,hal-hal keadaan yang berikut iaitu;kemandulan,kelemahan jasmani,tidak layak dari segi jasmani untuk melakukan persetubuhan,sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan,atau gila,

2.Mempunyai kemampuan untuk menanggung segala perkara orang dibawah tanggungan nya termasuk bakal isteri.

3.Kemampuan untuk memberi layanan samarata.

4.Tidak menimbulkan kemudaratan kepada isteri atau isteri -isteri yang sedia ada.

5.Tidak merendahkan taraf kehidupan yang sedia ada yang telah dinikmati oleh isteri atau isteri - isteri

Kebenaran atau keizinan isteri samada telah diperolehi atau tidak hendaklah ditulis dalam permohonan tersebut.Biasanya Hakim akan bertanya tentang soal itu,namun ia tidak mengikat Hakim untuk memberi kebenaran tersebut samada isteri izin atau tidak

Rujukan: Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam 1987.

WA