Kita Tertanya-tanya; Sufi Mesir Sokong Mursi Atau Syafiq Sebagai Presiden?

Terjemahan: zain-ys dari: egynews.net


Majoriti Sufi Iskandariah Mendokong Syafiq Sebagai Presiden Mesir
Kumpulan sufi Iskandariah yang mencecah jumlah 1.2 juta orang mengisytiharkan dokongan majoriti kalangan mereka terhadap Ahmad Syafiq untuk pusingan ulangan pilihanraya presiden yang ditetapkan pada 16 & 17 Jun 2012 ini.

`
Rabu lalu, Fadhilah Syeikh Jabir Qasim wakil masyaikh (ketua) sufi di Iskandariah menyatakan bahawa dia akan mendokong kelompok Syafiq pada pilihanraya presiden. Asas dokongan mereka ialah kerana Syafiq lebih berkemampuan untuk mempraktikkan demokrasi dan menegakkan negara madani (sivil) yang menyamaratakan antara golongan qibti dan kaum muslimin sebagaimana yang telah diserukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Beliau menambah, bahawa kaum sufi percaya terhadap prinsip kebebasan memilih dan mengundi terhadap calon yang sesuai sebagai presiden republik ini oleh orang yang berkelayakan. Di Iskandariah, kelompok Syafiq telah memperoleh sebanyak 212 ribu undian pada pusingan pertama pilihanraya presiden, dan majoritinya adalah dari undian kaum sufi.

Fadhilatus Syeikh Jabir Qasim berkata, ikatan rakyat Mesir yang terdiri dari kaum Qibti dan kaum muslimin dalam satu muktamar telah berikrar untuk mendokong Syafiq.


Petikan asal:
غالبية صوفيي الإسكندرية يؤيدون شفيق رئيسا لمصر
أعلن صوفيو الإسكندرية الذين يبلغ عددهم حوالى 1.2مليون شخص عن تأييد غالبيتهم للفريق أحمد شفيق فى مرحلة الإعادة فى انتخابات الرئاسة المقررة يومى 16 و17 يونيو 2012.

وصرح وكيل المشيخة الصوفية بالإسكندرية فضيلة الشيخ جابر قاسم الأربعاء بانه سيؤيد الفريق شفيق فى انتخابات الرئاسة، مرجعا سبب تأييده إلى أنه يعتبر الأقدر على تطبيق الديمقراطية وتحقيق مبدأ الوطنية وإقامة الدولة المدنية التى تساوى بين الأقباط والمسلمين والتى نادى بها الرسول صلى الله عليه وسلم.

وأضاف أن الصوفية تؤمن بمبدأ حرية الاختيار والتصويت للشخص المناسب كرئيس للجمهورية من جانب أى فرد ينتمى إليها , منوها بأن الفريق شفيق حصد 212 ألف صوت
فى المرحلة الأولى من الانتخابات فى الإسكندرية ويمثل الصوفية أغلب تلك الأصوات.

وقال فضيلة الشيخ جابر قاسم إن الرابطة المصرية التى تتألف من الأقباط والمسلمين وتهدف إلى إقرار المواطنة كانت قد عقدت مؤتمرا بالإسكندرية تحت شعار (فى حب مصر) أكد فيه الصوفية تأييدهم لشفيق.

Sumber: egynews.net