SJ-13-0055 : Adab bersalaman tangan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0055 : Adab bersalaman tangan

Assalammualaikum...

Saya ingin mengemukakan soalan yang menjadi kemusykilan saya sekarang...tentang adab bersalaman tangan semasa tetamu datang ke rumah atau saya sendiri yg menjadi tetamu...

Soalan saya:
1) Dgn ibubapa semestinya saya mencium tangan apabila bersalam...
adakah dgn bapa/mak saudara perlu juga...kerana selama ini kalau dgn bapa/mak saudara saya sekadar bersalaman tangan dan menunduk sedikit kepala tanpa mencium tangan...

2) Dgn org yg tiada pertalian keluarga - Org yg lebih tua...(pakcik/makcik)...
Lelaki - selama ini saya hanya sekadar bersalaman dan menundukkan sedikit kepala tanda menghormatinya.
Perempuan - saya tak pernah bersalaman tangan, sekadar menundukkan kepala sedikit tanda menghormatinya sambil menegurnya.

Berkaitan dgn soalan 2...
Bagaimanakah adab bersalam apabila saya mengunjungi ke rumah bakal tunang saya. Adab bersalaman dgn kedua ibubapanya...
adakah saya hanya perlu bersalaman dgn bapanya sahaja atau kedua2nya sekali...mestikah saya mencium tangan ketika bersalaman dgn bapanya atau kedua2nya sepertimana bersalaman dgn ibubapa sendiri?

Saya minta jasa baik para Panel al-ahkam menjawab persoalan saya ini. Persoalan ini selalu mengganggu fikiran saya, saya sering rasa bersalah selepas bersalaman dgn org yg lebih tua dari saya. Peristiwa lalu...saya bersalaman dengan bapa angkat saya...semasa bersalaman tu, saya ingin mencium tangannya tetapi dgn pantas dia menarik tangannya. Peristiwa itu membuatkan saya sangsi adakah perlu saya mencium tangan apabila bersalam dgn org yg lebih tua...

Re: SJ-13-0055 : Adab bersalaman tangan

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr fadli_kdh dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Perbicaraan sekitar isu bersalam telah banyak dibincangkan didalam al-ahkam, samada didalam soal-jawab fiqh ataupun dibahagian artikel. Secara umumnya, amalan bersalam ini sunnah didalam situasi tersendiri. Ulama' khilaf didalam hukum bersalam selepas selasai solat, ada yang membolehkan dan ada yang mengharamkan.

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai isu diatas, ada eloknya sdr fadli_kdh merujuk kepada artikel dibawah yang mengenai hukum berjabat tangan yang ditulis oleh Ustaz ZainYS (empunya al-ahkam.net):-

HUKUM BERJABAT TANGAN. oleh zain ys (Jun 1998)
url : http://al-ahkam.com.my/forum/showthreaded.php?Cat=&Board=artikel&Number=9903&page=&view=&sb=5&o=&vc=1

Bagi menjawab persoalan diatas, kami memaparkan kembali beberapa jawapan dari Ustaz thtl dan Ustaz Zayed yang diambil dari arkib laman web lama al-ahkam dan moga-moga dapat menjawab soalan sdr.

-----------------------
Soalan : 1-Apakah ada sunnah mengenai cium tangan apabila bersalam atau tak lebih daripada adat orang Melayu sahaja?

Jawapan Ust Zayed :

Mencium tangan adalah perbuatan normal tab’ie manusia. Even mat saleh pun ada cium tangan. Begitu juga kalangan bangsa arab mahupun bangsa melayu. Namun demikian, perbuatan ini tidak bertentangan dgn sunnah S.A.W selama mana ia bebas dari fitnah (i.e: cium tangan pompuan bukan muhrim)

Dari Zarra Ibn Amir dan adalah salah seorang delegasi Abd Al-Qays, dia berkata, “Kami turun dari unta dgn pantas kami pergi ke arah Rasulullah S.A.W utk mencium tangan dan kaki Nabi S.A.W.” (Riwayat Abu Daud and Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad)

Jawapan Ust Thtl :

Kita tahqeeq sedikit jawapan sdr Zayed kita (JKK bg pihak al-Ahkam):
1. Bab mencium tangan.
Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan oleh sdr zayed. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar

SJ - 2851: [ZYD] Cium tangan-zakat-Oral seks-sikap menantu
sumber : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=17070&page=17&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
----------------

Soalan :

Ana pernah mendengar apabila kita bersalam kita dilarang menundukkan badan. komen sikit(metode ilmiah)

Jawapan Ustaz Zayed:

terdapat kekeliruan pada soalan.

Scenario 1: Salam sambil menundukkan badan
1. Kalau sekiranya orang yang kita salam itu berada dalam keadaan duduk dan kita dalam keadaan berdiri, maka tiada kesalahan.
2. Sekiranya orang kita salam/berjabat tangan ibubapa/orang yg soleh dan mencium tangannya, maka diboleh menundukkan.

Scenario 2: Memberi hormat dgn cara menundukkan badan/membongkok tanpa ada berjabat tangan
Imam An-Nawawi Rh berkata: Cara ini sangat dimakruhkan sebagaimana yang disebut dlm riwayat,

Dari Anas bin Malik R.A, bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, apabila ada di antara kami bertemu saudara atau kawan, bolehkah ia membongkok dirinya terhadapnya sebagai tanda hormat?" Rasulullah S.A.W menjawab: "tidak"
Orang itu bertanya lagi: "Boleh dia dipeluk dan dicium?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "tidak."
Orang itu bertanya lagi: "Bolehkah memegang tangan lalu menjabat tangannya?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "Benar."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi berstatus Hassan).

Rujukan:
Al-Fatwa, Imam An-Nawawi Rh

SU - 00182: [Z] adab salam
sumber : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=ulangan&Number=19550&page=&view=&sb=5&o=&vc=1

-----------

خيرالأمين