SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN

Assalamu'alaikum,

1.Adakah Allah SWT menceritakan tentang perbuatan manusia menggunakan sihir seperti santau angin,santau makanan dlm Al-Quran?Jika ada saya minta Ustaz sertakan surah tersebut.

2.Sejauh manakah kebenaran seseorang manusia itu dapat memudaratkan manusia lain menggunakan sihir seperti meminta jin ataupun syaitan melemahkan tubuh badan(anggota badan) ataupun rasukan?Jika ada saya minta Ustaz sertakan dalil dr Al-Quran.

Terima Kasih.

Re: SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN

æ Úáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

1 – Santau merupakan salah-satu rupa sihir yang masyhur di kalangan masyarakat kita , samalah seperti “ tuju-tuju “ , “ santet “ , “ pelesit “ , “ jurus “ dan sebagainya. Sihir itu sendiri merupakan salah-satu rupa gangguan syaitan. Sihir juga telah disebut sendiri di dalam Al-Quran Al-Karim dan memang diakui akan kewujudannya , di antara dalilnya daripada Al-Quran Al-Karim ialah Ayat 102 , Surah Al-Baqarah :

æóÇÊøóÈóÚõæÇú ãóÇ ÊóÊúáõæÇú ÇáÔøóíóÇØöíäõ Úóáóì ãõáúßö ÓõáóíúãóÇäó æóãóÇ ßóÝóÑó ÓõáóíúãóÇäõ æóáóÜßöäøó ÇáÔøóíúÇØöíäó ßóÝóÑõæÇú íõÚóáøöãõæäó ÇáäøóÇÓó ÇáÓøöÍúÑó æóãóÇ ÃõäÒöáó Úóáóì Çáúãóáóßóíúäö ÈöÈóÇÈöáó åóÇÑõæÊó æóãóÇÑõæÊó æóãóÇ íõÚóáøöãóÇäö ãöäú ÃóÍóÏò ÍóÊøóì íóÞõæáÇó ÅöäøóãóÇ äóÍúäõ ÝöÊúäóÉñ ÝóáÇó ÊóßúÝõÑú ÝóíóÊóÚóáøóãõæäó ãöäúåõãóÇ ãóÇ íõÝóÑøöÞõæäó Èöåö Èóíúäó ÇáúãóÑúÁö æóÒóæúÌöåö æóãóÇ åõã ÈöÖóÂÑøöíäó Èöåö ãöäú ÃóÍóÏò ÅöáÇøó ÈöÅöÐúäö Çááøåö æóíóÊóÚóáøóãõæäó ãóÇ íóÖõÑøõåõãú æóáÇó íóäÝóÚõåõãú æóáóÞóÏú ÚóáöãõæÇú áóãóäö ÇÔúÊóÑóÇåõ ãóÇ áóåõ Ýöí ÇáÂÎöÑóÉö ãöäú ÎóáÇóÞò æóáóÈöÆúÓó ãóÇ ÔóÑóæúÇú Èöåö ÃóäÝõÓóåõãú áóæú ßóÇäõæÇú íóÚúáóãõæäó

Ertinya : “ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui “.

Sihir juga diakui kewujudannya melalui Hadist-Hadist Sahih daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kalau ianya tiada ( sebagaimana yang diengkari oleh golongan yang mengaku sebagai golongan yang bertamadun dan moden ) , maka bagaimanakah boleh disebut cara-cara mengatasinya oleh Baginda Rasulullah s.a.w !?.

Di antara amalan-amalan yang dipertunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w untuk “ memagar diri “ daripada bahaya sihir ( dan santau ) ialah dengan memakan 7 biji tamar ‘ajwah ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh ) , dengan cara berwudhuk sebelum tidur ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam At-Tobraniy rh ) , sentiasa melakukan solat berjemaah ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh ) , melakukan ibadah sunat di malam hari iaitu Qiyammullail ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukari & Imam Muslim rh ) , membaca doa perlindungan sebelum memasuki tandas ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim rh ) , dengan cara memagar isteri di malam pertama perkahwinan ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh dan Al-Albaniy rh ) , Membaca Ayat Al-Kursi ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh daripada Saidina Abu Hurairah r.a ) dan Membaca 3 Qul ( Qul HuwalLah . Qul A’uduzu Birabbil Falaq & Qul A’udzu Birabbin Nas ) , Ayat Al-Kursi , 3 ayat terakhir Surah Al-Baqarah ( Lillahi Ma Fissamawati Wal Ardh… ) lalu diusap kedua-dua tangan dan diusapkan pula ke seluruh tubuh sebanyak 3 kali sebelum tidur ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukari rh daripada Saidatina A’isyah r.a ).

2 – Ya ! memang benar jin dan syaitan mampu menyakiti manusia ( dengan izin Allah Ta’ala ) sebagaimana pisau dan senjata tajam juga mampu menyakiti manusia ( jika diizinkan oleh Allah Ta’ala ) . Syeikh Abu Bakar Al-Jazairy (rh) menyatakan :

“ Sebenarnya gangguan jin ke atas manusia merupakan sesuatu yang memang berlaku dan tidak dapat dimungkiri , kerana sudah terbukti dengan dalil pendengaran dan peristiwa yang nyata. Akal pun turut sama tidak boleh menyatakan bahawa itu adalah mustahil , bahkan sebenarnya akal turut sama membenarkannya dan mengakuinya “.

“ Kalaulah tiadak ada penjagaan Para Malaikat r.a yang ditugaskan oleh Allah Ta’ala , nescaya tiada manusia pun yang selamat daripada gangguan jin dan syaitan , kerana manusia tidak mampu melihat mereka dan kerana kemampuan mereka untuk berubah bentuk dengan cepat , ataupun kerana jasad mereka yang halus yang tidak boleh kita rasakan “.

Selanjutnya Syeikh Al-Jazairy (rh ) menyatakan :

“ Ada sebuah hadis yang sahih yang menceritakan bahawa ada seorang anak muda daripada kalangan Kaum Ansar yang telah membunuh seekor jin yang menyamar sebagai seekor ular hinggakan ia mati . Kemudian datanglah jin-jin lain di saat itu juga membalas dendam dengan membunuhnya , hinggakan Saidina Abu Sa’id Al-Khudry (r.a) menyatakan : “ Tidak diketahui , yang mana satukah lebih cepat membunuh , anak muda itukah ataupun ular itu ? “.

*******************************

Dan sudah tentu , jin dan syaitan ini bukannya dapat menyakiti semua manusia , sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta’ala yang menceritakan dialog-Nya dengan Iblis ( la ) melalui Surah Al-Hijr , ayat 39 - 42 :

ÞóÇáó ÑóÈøö Èöãó ÃóÛúæóíúÊóäöí áÃõÒóíøöäóäøó áóåõãú Ýöí ÇáÃóÑúÖö æóáÃõÛúæöíóäøóåõãú ÃóÌúãóÚöíäó
ÅöáÇøó ÚöÈóÇÏóßó ãöäúåõãõ ÇáúãõÎúáóÕöíä
ÞóÇáó åóÐóÇ ÕöÑóÇØñ Úóáóíøó ãõÓúÊóÞöíãñ
Åöäøó ÚöÈóÇÏöí áóíúÓó áóßó Úóáóíúåöãú ÓõáúØóÇäñ ÅöáÇøó ãóäö ÇÊøóÈóÚóßó ãöäó ÇáúÛóÇæöíäó
ó
Ertinya : “Iblis berkata : "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Allah berfirman : "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya) . Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.

Allah Ta’ala juga menyifatkan tipu- daya syaitan itu sebagai lemah :

Åöäøó ßóíúÏó ÇáÔøóíúØóÇäö ßóÇäó ÖóÚöíÝðÇ

Ertinya : “ ….Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu adalah lemah “ ~ Surah An-Nisa’ , ayat 76 .

Selain itu juga , Allah Ta’ala turut sama menjelaskan siapakah gerangannya yang akan dirasuki oleh syaitan dan diganggu oleh syaitan dan kuncu-kuncunya . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah An-Nahl , ayat 100 :

ÅöäøóãóÇ ÓõáúØóÇäõåõ Úóáóì ÇáøóÐöíäó íóÊóæóáøóæúäóåõ æóÇáøóÐöíäó åõã Èöåö ãõÔúÑößõæäó

Ertinya : “ Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas orang-orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan ke atas orang-orang yang menyekutukan Allah “.

*******************************

BOLEHKAH JIN @ SYAITAN MEMASUKI TUBUH MANUSIA ? :

Topik ini menjadi perdebatan hangat di kalangan ulama’ hingga melahirkan 2 kelompok ,iaitu Pertama : Yang menyatakan ianya boleh berlaku , dan kelompok kedua pula tidak mungkin boleh berlaku ( Pandangan Al-Jubaie – seorang ‘alim di dalam Mazhab Muktazilah , Imam Ar-Razi (rh) dan juga Ustaz A. Qadir Hassan , anak Almarhum Ustaz A. Hassan Bandung , pendiri PERSIS Bangil , Indonesia ).

Kami lebih cenderung kepada ulama’ daripada kelompok pertama yang menyatakan bahawa memang jin dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia , sekiranya diizinkan oleh Allah Ta’ala .

Di antara dalil-dalilnya ialah :

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , Ayat 275 :

ÇáøóÐöíäó íóÃúßõáõæäó ÇáÑøöÈóÇ áÇó íóÞõæãõæäó ÅöáÇøó ßóãóÇ íóÞõæãõ ÇáøóÐöí íóÊóÎóÈøóØõåõ ÇáÔøóíúØóÇäõ ãöäó ÇáúãóÓøö Ðóáößó ÈöÃóäøóåõãú ÞóÇáõæÇú ÅöäøóãóÇ ÇáúÈóíúÚõ ãöËúáõ ÇáÑøöÈóÇ æóÃóÍóáøó Çááøåõ ÇáúÈóíúÚó æóÍóÑøóãó ÇáÑøöÈóÇ Ýóãóä ÌóÇÁåõ ãóæúÚöÙóÉñ ãøöä ÑøóÈøöåö ÝóÇäÊóåóìó Ýóáóåõ ãóÇ ÓóáóÝó æóÃóãúÑõåõ Åöáóì Çááøåö æóãóäú ÚóÇÏó ÝóÃõæúáóÜÆößó ÃóÕúÍóÇÈõ ÇáäøóÇÑö åõãú ÝöíåóÇ ÎóÇáöÏõæäó

Ertinya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan (dirasuk) syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila . Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya “ .

Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukari ( Kitab Al-Adab , 5751 ) :

Åöäøó ÇáÔøóíúØóÇäó íóÌúÑöí ãöäö ÇÈúäö ÂÏóãó ãóÈúáóÛó ÇáÏøóã.....ö…..
Ertinya : “ Sesungguhnya syaitan berjalan-jalan pada tubuh manusia pada peredaran darah “.

Dan banyak lagi dalil yang menunjukkan bahawa sememangnya syaitan dan jin mampu memasuki dan seterusnya merasuk manusia . Dan kami kira , tidak perlulah kami menyatakan dalil-dalilnya secara panjang-lebar kerana kitab-kitab yang menerangkannya sudah mudah didapati di pasaran.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1-MERAWAT KEMASUKAN JIN & HISTERIA ~ Syeikh Abdussalam Bali
( Cetakan Pustaka Ilmi , Malaysia ).

2- BERINTERAKSI DENGAN JIN ~ ‘Allamah Dr. Umar Sulaiman Al-Asqar
( Cetakan : Pustaka Syuhadak , Kuala Lumpur ).

3- SJ - 1745 : BERUBAT DENGAN JIN MUSLIM :
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7673&page=16&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

4- KESESATAN DI DALAM PERBOMOHAN : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm

5- FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT : http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html

6- GARIS PANDUAN BERSILAT MENURUT ISLAM : http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm

7- GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm

8- SJ-1905: Tangkal Pendinding Azimat http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8221&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

9- Risalah tentang "SIHIR & PERDUKUNAN"
http://www.alsofwah.or.id/html/sihir.html

10 - Amalan sihir (ilmu hitam) dan kesan terkena sihir
http://gerakkilat.tripod.com/Latihan/kesansihir/kesansihir.htm

11 - Celaru mengenai sihir, jin dan amalan syaitan - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin
http://venus.igalaksi.com/warisan/agama02f1.htm

12 - SIHIR
http://www.pesantrenvirtual.com/tanya/225.shtml

13 -SIHIR & PENJAGAAN DIRI
http://www.pesantrenvirtual.com/tanya/021.shtml

14 - SIHIR ADALAH SYIRIK - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin
http://www.geocities.com/zek_my/news2/ut612.html

15 - Minta bantuan jin untuk cari kebenaran
http://members.tripod.com/skypin/agama/aga120.html

16 - Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu?
http://www.harmonisers.net/vibration/artikel/dkapr01.html

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

15 / Sya’aban / 1423 H
22 / OKtober / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah