BEBASKAN MALAYSIA DARI NEO-AHBASH

Oleh: Al-Bakistani
Golongan takfiriyah (mengkafirkan orang) dalam perkara yang tidak jelas sememangnya wujud. Di Lubnan, wujud satu golongan yang disebut sebagai Ahbash. Pemikiran asyairah dan bermazhab Syafie, tidak menjadi sebarang masalah. Tetapi, apabila mereka mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka, ia merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku.

 

Di Malaysia, pemikiran sealiran ini semakin wujud. Golongan ini, mengulas agama bukan dengan ilmu, sebaliknya dengan sentiment kemelayuan.

"bimbang melayu hilang di Malaysia" itulah ayat yang sering kedengaran.

"peduli hapa dengan melayu nak hilang. Yang penting, Islam berjaya disebar-luaskan kepada semua bangsa di malaysia" bisik benak hatiku.

"Aku lebih rela melihat bangsa india dan cina memimpin Islam, jika mereka mampu, berbanding melihat melayu yang sudah terbukti gagal memimpin Islam di malaysia" sambung bisikan hatiku lagi.

Justeru, apabila wujud golongan yang menyatakan bahawa Islam perlu disebar-luaskan kepada bangsa selain melayu, mereka akan memberi lebel-lebel berwajah islamic kepada golongan tersebut.

"anta ni kafir, munafiq, Tak Wala’, tak Siqah" adalah perkataan biasa didengari dari mereka yang tidak sebulu.

Islam mereka, Islam lebel, bukan Islam ajaran nabi. Nabi SAW menyeru manusia dengan pelbagai gaya dan cara. Yang pastinya, semuanya berasaskan kepada ilmu dan hujjah. Adapun golongan ini, mereka berhujjah atas sentimen.

Mujur mereka ini tidak menjadi pemerintah yang menguasai Kerajaan yang mempunyai polis, tentera dan penjara. jika tidak, sudah pasti mereka lebih zalim dari kerajaan Amerika yang menangkap musuh-musuh politik, lalu disumbat dalam penjara goantonamo.

BUDAYA ILMU

« Ana masa belajar di UK dulu, ana dapat lihat banyak masjid-masjid yang asalnya adalah gereja.. » salah seorang kawan bekas pelajar di UK memberi komentar dikala isu melibatkan agama di Malaysia sedang dibicarakan.

« isy.. macam mana boleh jadi macam tu ? » soalku kepelikkan.

« syaikh… sejak isu 11 september, Bush pergi tuduh Islam ganas, menyebabkan ramai orang barat dah kaji Islam. Mereka berhujjah dengan ulama-ulama Islam di sana… bila ulama sana bagi hujjah yang baik, mereka terpegun dan ramai-ramai memeluk islam » jawabnya ringkas tetapi menarik.

"kami di Serawak pula, semenjak merdeka lagi, Kristian di sana guna kalimah Allah. Mengikut kiraan, yang ramai masuk Islam lebih ramai berbanding yang murtad. Kalau ada yang murtad, bukan kerana kalimah Allah, tapi kerana pendakwah tidak follow up" sampuk seorang kawan yang berasal dari serawak ketika berbual tentang isu kalimah Allah yang sedang diperhangatkan kini.

Menarik apabila mendengar dari mereka yang pernah duduk di barat bercerita tentang perkembangan Islam di sana. Kita yang tidak pernah sampai di bumi barat, tidak dapat merasakan perkembangan itu. Lebih-lebih lagi, kita ini hidup di bumi arab yang mundur dari banyak sudut. Jika mereka hebat segi keilmuan, tetapi ilmu mereka hanya berlegar di dalam kitab, tidak seperti barat yang dilihat mempunyai keilmuan Islam, tetapi banyak pengamalan Islam berlaku di barat.

"aku melihat Islam tanpa penganut, ketika aku sampai ke barat" kata Said Nursi, seorang pemikir islam yang tersohor.

Pemikiranku juga terimbau dengan ayat;

"kemungkinan Islam akan naik di barat, dan akan jatuh di timur" ujar Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah ketika membahaskan hadis tanda kiamat adalah apabila matahari naik di barat, jatuh di timur.

"macam mana yee.. perkembangan sebegitu menarik boleh berlaku" soalku kepada kawan yang pernah belajar di UK, kerana ingin mengetahui lebih mendalam.

"syaikh... di sana mereka mengamalkan berdebatan islam secara ilmu. Ulama di sana, bukan macam ulama Melayu di malaysia ni. Asyik-asyik lebel. Kafir sana, kafir sini.. last-last sekali, bukan orang kafir yang nak masuk Islam... orang islam sendiri meluat dengan islam.. salah ulama tu juga" jawab kawan yang pernah menuntut di UK.

Mendengar celoteh-celoteh sebegini, menyebabkan aku terfikir tentang cara yang terbaik untuk mengembangkan Islam. Sudah pasti, pemikiran Ahbash ini tidak relevan. Ini kerana, pemikiran sebegini bukan boleh mendekatkan manusia dengan Islam, sebaliknya memberi kerugian dengan menjauhkan manusia dengan islam.

Demi kemajuan dan peningkatan umat Islam, Nyah pemikiran neo-ahbash dari Malaysia.

sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

ustaz_bakistani@yahoo.com

 

- Sri Indah (B), Sg Buloh

27 Januari 2010 * 3:43 petang

http://g-82.blogspot.com/2010/01/bebaskan-malaysia-dari-neo-ahbash.html