SJ-05-0067 : Sembahyang Jumaat ketika musafir

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0067 : Sembahyang Jumaat ketika musafir

Saya dari Kuala Lumpur akan bertolak ke Johor Bahru pada hari Jumaat jam 9.00 pagi . Dijangka sampai pada 2.00 petang dengan menaiki bas ekspres . Soalan :-

1. Apakah saya boleh meninggalkan solat Jumaat ?
2. Apakah saya boleh jamak kan sahaja dalam waktu asar ?
3. Saya pernah dengar pendapat lain iaitu solat Jumaat tidak perlu dibuat apabila musafir sebelum masuk waktu sembahyang subuh . Bagaimana tentang perkara tersebut ?

Re: Sembahyang Jumaat ketika musafir

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Wahid dengan ringkas memandangkan persoalan ini telah kami jawab didalam persoalan Jama' dan Qasar.

1. Anda boleh melakukan Solat Jumaat sekira kebetulan berada berhampiran dengan masjid dan mempunyai masa yang cukup untuk bersolat atau anda boleh melakukan jama' Zohor didalam waktu Asar kerana status anda adalah musafir.
2. Boleh.
3. Musafir sebelum waktu Subuh atau selepasnya merupakan khilaf ulama'. Yang sebenarnya ialah anda bermusafir pada hari tersebut, dan dibenarkan melakukan solat Jama' dan Qasar.

Untuk melihat detail perbincangan, boleh merujuk kepada URL dibawah :-

SJ-06-0021 : Safar Hari Jumaat....
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28576

Sekian, wassalam

خيرالأمين