MULTAQA AHLI HADIS: Adakah Qunut dlm witir Tsabit kepada Nabi SAW?

Asslamualaikum,

Atas permintaan dan cadangan syaikh Abu Umair, dibawah ni ana ringkaskan point2 dari perbincangan panjang Multaqa Ahli Hadis (www.ahlalhdeeth.com) sejak pada tahun 2005 dahulu:

1- Masalah adakah Sunnah membaca doa qunut dalam solat witir (samada dlm bulan ramadhan atau selain ramadhan)

Perihal membaca doa Qunut pada solat witir ini tiada contoh dari Nabi SAW, tiada contoh samada dari perbuatan Nabi atau dari perkataan Nabi.

akan tetapi ia tsabit dari SEBAHAGIAN Sahabat yang mengamalkan doa Qunut dalam solat witir. Dan Qunut witir ini para Sahabat tidak lakukan pada semua witir, tetapi hanya pada selepas pertengahan ramadhan.

kata Imam Ahmad: "tidak sahih dalam hal (membaca qunut dlm solat witir dari Nabi SAW) walaupun sedikit"

juga berkata Imam Malik:  hal ini (yakni Qunut pada solat witir dlm qiam) tidak dilakukan manusia (yakni ahli madinah).."

juga kata Imam Malik lagi: "Tidak ada dalil sahih yang boleh digunakan sebagai sandaran bagi orang yang mengkhususkan qunut dalam solat tarawih pada bulan Ramadhan, baik pada awal maupun akhir Ramadhan, atau pada shalat witir.”

Dan Qunut witir ini para Sahabat tidak lakukan pada semua witir, tetapi HANYA pada selepas pertengahan ramadhan.

demikian juga amalan Imam Ahmad, pernah ditanya kepada Imam Ahmad, adakah beliau melakukan Qunut pada Witir?, jawab imam Ahmad:
-aku tidak berqunut MELAINKAN pada baki pertengahan Ramadhan, akan tetapi jika aku bersolat dibelakang imam yang berqunut, maka aku ikut berqunut..."

adapun hadis riwayat daripada Hasan bin Ali tntg Nabi SAW ajarkan lafaz doa Qunut yang menyatakan dibaca pada setiap solat witir, iaitu hadis yg berbunyi:
mengajar kpd ku oleh Nabi SAW kalimat (doa) yg perlu dibaca dlm Qunut Witir: "Allahummah dini fiman hadait....."

 

menurut Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan,hadis diatas sanadnya Jayyid akan tetapi matan yg benar adalah tanpa lafaz "Qunut Witir", dan tambahan lafaz "Qunut Witir" itu adalah Syadz dan Tidak Sahih

kesimpulan berkenaan hal ini:

kata syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan (ana ringkaskan): "membaca Qunut dalam solat witir (samada dlm bulan Ramadhan atau lainnya) adalah tidak tsabit dari Nabi SAW, tidak tsabit samada dari perbuatan Baginda SAW atau dari perkataan Baginda SAW...akan tetapi ia tsabit dari amalan sebahagian Sahabat yang mengamalkannya pada pertengahan akhir Ramadhan (antaranya ia adalah amalan Ubai bin Kaab, Abdullah Ibn Umar).."

2- Masalah adakah Sunnah untuk mengangkat Tangan apabila membaca Doa Qunut dalam solat witir/qiam al-layl?

Kata Syaikh al-Muhaddith Abdul Aziz Torifi: 

"dan dalam hal mengangkat tangan pada Qunut witir adanya hadis dari Abdullah bin Masud dan Abu Hurairah dan Abdullah ibn Abbas dan KESEMUA nya adalah Dhaif, diriwayatkan oleh Khatib al-Baghdadi dalam Kitab al-Tarikh daripada Imam Abu Hatim yakni Imam Nuqqad Hadis katanya : "telah bertanya/berkata kepadaku Abu Zurah (ana ringkaskan dlm format dialog antara Abu Hatim dan Abu Zurah dibawah):

Abu Zurah: "adakah engkau (Abu Hatim) mengangkat tangan pada Qunut solat witir?
Abu Hatim: " tidak, erm adakah engkau mengangkat tangan?"
Abu Zurah: "ya"
Abu Hatim: "dengan (mazhab/dalil) apa yg engkau ikut?"
Abu Zurah: "aku menuruti (berdalilkan) hadis Abdullah ibn Masud"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Laith bin Abi Salim (dan dia bermasalah)"
Abu Zurah: "kalau begitu aku turuti hadis Abu Hurairah pula"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Abd ibn Lahiah (dan dia bermasalah), mazhab/dalil apa lagi yg engkau nak ikut?"
Abu Zurah: "kalau begitu aku turuti hadis Abdullah Ibn Abbas pula"
Abu Hatim: "sesungguhnya pada hadis itu ada perawi namanya Aufa (dan dia bermasalah)"
Abu Zurah: terdiam

mendengar jawapan2 Abu Hatim itu, Abu Zurah terdiam dengan tanda setuju bahawa tidak tsabit walau satupun dalil bahawa mengangkat tangan pada Qunut witir, tiada dalil yg tsabit dari Nabi dan tiada juga yg tsabit dari sahabat. Akan tetapi dalam hal Qunut Nazilah ianya adalah tsabit dari para sahabat iaitu dari Umar al-Khattab dan Abdullah ibn Abbas sesungguhnya mereka semua mengangkat tangan dalam Qunut Nazilah, dan telah tsabit akan hadis dalam Kitab al-Musannaf Abdullah ibn Abi Syaibah iaitu dari hadis Khalas bin Amru dari Abdullah bin Abbas bahawa mengangkat tangan pada qunut solat subuh (yakni Qunut Nazilah)..."

walaubagaimanapun, kata syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

dan dalam hal mengangkat tangan semasa qunut (yakni Qunut Witir) ada tegahan/larangan dari Imam al-Awzaie dan Jamaah (majoriti) Ahli Ilmu, sehingga adanya athar dari Imam Zuhri menyebut: "tidak sama sekali mengangkat tangan pada witir dalam Ramadhan: - riwayat Abd Razzaq (122/3) dengan sanad Sahih. Akan tetapi telah bermazhab(berpendapat) oleh sebahagian kelompok (tho-ifah) Ahli Ilmu bolehnya (mustahab) mengangkat tangan kerana asal doa itu adalah dengan mengangkat tangan..."

Wallah-hu-alam, Allah yg Maha Mengetahui
Abu_Ismail

-------- rujukan:

1- Risalah al-Ahkam fi Qiam al-Layl, Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan (Muhaddith Saudi Arabia/KSA), diambil dari thread Multaqa Ahli Hadis: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=42028&highlight=%C7%CD%DF%C7%E3+%DE%ED%C7%E3+%C7%E1%E1%ED%E1

2- Fatwa Syaikh Abdul Aziz at-Torifi (Muhaddith Saudi Arabia/KSA),Ahadith Dhafuha as-Syaikh Abdul Aziz at-Torifi fi as-Siyam wa fawaid ukhra, diambil dari thread Multaqa Ahli Hadis: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showpost.php?p=668521&postcount=1