SJ-05-0088 : arah kiblat dan matahari terbenam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0088 : arah kiblat dan matahari terbenam

assalamualaikum
nak tanya, saya ddulu dapat petua yg kalau nak cari arah kiblat, cari arah matarhari terbenam (barat). adakah petua ini boleh digunakan kat malaysia saja atau boleh dipakai di luarnegara? sejauhmanakah kebenaran petua ni (atau dlm bahasa ringkasnya, btul ker nih?)

SJ-05-0088 : arah kiblat dan matahari terbenam

wa'alaikumussalam

Arah qiblah sebenarnya berbeza diantara satu tempat ke tempat didunia ini. Kesemua berdasarkan kedudukan negara tersebut dengan Masjidil Haram yang terletak di Arab Saudi Makkah. Firman Allah swt :-

Ýóæóáøö æóÌúåóßó ÔóØúÑó ÇáúãóÓúÌöÏö ÇáúÍóÑóÇãö æóÍóíúËõãóÇ ßõäúÊõãú ÝóæóáøõæÇ æõÌõæåóßõãú ÔóØúÑóåõ
"... Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya...." [al-Baqarah : 144]

Jika dilihat dunia sebagai satu sphera, maka kedudukan Ka'bah adalah 21° 25' 24" Utara, 39° 49' 24" Timur.

Kaedah menggunakan arah matahari terbenam ( Barat), adalah kerana Ka'bah terletak lebih kurang arah Barat dari Malaysia. Contohnya, di Indonesia, Ka'bah berada 20º-30º dari arah barat dihitung ke utara. Berikut contoh2 kedudukan beberapa negara dengan arah Ka'bah.

-Kenya berada di Selatan Ka'bah, maka Qiblah mereka kearah Utara
-Mali, qiblahnya adalah kearah Timur.
-Malaysia, Singapura, Indonesia - Kiblat adalah kearah Barat.
-Turki berada diUtara Ka'bah, maka kedudukan kiblatnya adalah kearah Selatan.

Sila baca juga artikel :

Arah Matahari Terbenam Vs Arah Kiblat
URL : http://imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=64

WA. wassalam

خيرالأمين