Kedah Bakal Warta Fatwa Anti 'Intan Payung'

Menurut akhbar Sinar Harian; MB Kedah mengatakan di Kedah ajaran Syiah mula merebak dan sudah sampai masanya untuk diwartakan fatwa anti Syiah. Manakala pada 1 Julai 2013, akhbar yang sama melaporkan tentang PAS dan Syiah[LINK]:

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Berikut ini adalah petikan dari sinar harian tentang cadangan MB Kedah tentang cadangan pewartaan fatwa anti Syiah:

Kedah bakal warta fatwa anti Syiah

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

“Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

“Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, pendekatan itu wajar dilaksanakan selagi ia masih boleh dikawal.

“Walaupun begitu, sudah timbul masalah apabila berlaku kematian, kadang-kadang jenazah itu diambil pihak tertentu untuk diuruskan mengikut cara Syiah.

“Ia bertentangan dengan amalan kebiasaan kita sebagai Ahli Sunnah. Jadi, ini antara perkara yang sedang berlaku dan akan kita cuba elakkan daripada merebak,” katanya.

Mukhriz menambah, keputusan mengenai hanya akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan bersama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat.

“Sekarang ini kita tidak boleh menguatkuasakan fatwa itu kerana ia belum diwartakan di peringkat negeri.

“Pada peringkat awal, mungkin kita mahu perbetulkan akidah mereka terlebih dahulu sebelum kita ambil tindakan lebih serius,” katanya.

Terdahulu, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

 

 

Kategori Berita: