Assalamualaikum
Bolehkah wanita dalam haid membaca quran dgn merujuk kepada riwayat ini :
Dari Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda " tidak boleh membaca sesuatu ayat Al-Quran bagi orang junub dan tidak pula perempuan2 haid" (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
- Fiqh Syafii, jilid 1, Haji Idris Ahmad S.H-
:wassalam
ÇáÌæÇÈ
Hadith Ibn Umar itu dikeluarkan oleh Imam anNasa'iy (Sunan,# 588) dan atTermidzi (Sunan,# 121)
Hadith ini dha'iif kerana perawinya yang bernama Ismail bin 'Ayasy, ia dipercayai oleh penduduk Syam (Syria) tapi dha'if di sisi ali Hadith di Iraq dan Madinah-Mekah. (alMubarakfoori, Tuhfah alAhwadzii).
alMuhaddith al-Albani (w. 1999) (Tamam alMinnah) mengatakan hadith2 dalam bab orang junub/haidh tidak boleh membaca alQur:an semuanya tidak sah dijadikan dalil termasuk hadith Ibn Umar ini.
Prof alQardhawi (Fiqh Thaharah, Maktabah wahbah/ms 242) juga berpendapat hadith ini juga adalah dha'ef dan tidak sah dijadikan dalil.
:aklam