SJ-13-0119 : Anak yang melukis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0119 : Anak yang melukis

Assalamualaikum,
Anak saya yang 6 tahun dan 9 tahun sangat pandai melukis. Macam-macam yang dia lukis termasuklah pokok-pokok dan binatang- binatang. Mereka sangat berminat. Soalnya apakah pandangan ustaz tentang perkara ini? Kalau tak silap saya ada larangan tentang melukis? Dan perlukah saya melarang mereka melukis?

Jazakallahu Khairan kasira.
Terima kasih kerana membantu.

SJ-13-0119 : Anak yang melukis

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr umripros dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Melukis objek boleh dibahagikan kepada 2 [Fataawa Noor ‘ala al-Darb, oleh Sheikh Ibn Baaz rh] :-

a. Melukis benda2 yang tidak mempunyai roh; seperti pokok, bukit, sungai, taman, bangunan dan sebagainya. Ulama' mengatakan bahawa tidak ada larangan didalam melukis objek2 ini.

b. Melukis benda2 yang mempunyai roh; seperti manusia, haiwan, burung dsb. Ulama' mengatakan bahawa melukis objek2 yang mempunyai roh adalah haram. Disini kami paparkan fatwa yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa'imah mengenai dalil2 yang mengharamkan :

" ÊÕæíÑ ÐæÇÊ ÇáÃÑæÇÍ ÍÑÇã ãØáÞÇ º áÚãæã ÇáÃÍÇÏíË ÇáÊí æÑÏÊ Ýí Ðáß ¡ æãäåÇ Þæá ÇáÑÓæá Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : ( Åä ÇáÐíä íÕäÚæä åÐå ÇáÕæÑ íÚÐÈæä íæã ÇáÞíÇãÉ ¡ æíÞÇá áåã ÃÍíæÇ ãÇ ÎáÞÊã ) . ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí (5951) æãÓáã (2108) . æÞæáå Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó: ( Åä ÃÔÏ ÇáäÇÓ ÚÐÇÈÇ íæã ÇáÞíÇãÉ ÇáãÕæÑæä ) ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí (5950) æãÓáã (2109) .
"Membuat/Melukis gambar benda2 yang berRoh adalah haram secara mutlak, kerana umum maksud beberapa hadith yang diriwayatkan berkenaan dengannya. Contohnya, Rasulullah :saw bersabda :

'Mereka yang membuat gambar2 ini akan diazab pada hari Kiamat, dan akan dikatakan kepada mereka : Berilah mereka hidup kepada apa yang ada ciptakan' [hadith Riwayat al-Bukhari #5951, Muslim #2108].

'Azab yang paling dasyat keatas manusia pada hari Kiamat ialah keatas pembuat2 gambar' [Hadith Riwayat al-Bukhaari #5950, Muslim #2109] "- [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 1/684].

Syeikh Ibn Utsaimin rh pernah ditanya mengenai pandangan beliau terhadap pelajar yang dikehendaki melukis bagi tujuan pembelajaran. jawab beliau :-

"áÇ íÌæÒ Ãä ÊÕæøÑ åÐå ÇáÍíæÇäÇÊ áÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÚä ÇáãÕæøÑíä æÞÇá: (ÃÔÏ ÇáäÇÓ ÚÐÇÈÇð íæã ÇáÞíÇãÉ ÇáãÕæÑæä) . æåÐÇ íÏá Úáì Ãä ÇáÊÕæíÑ ãä ßÈÇÆÑ ãä ßÈÇÆÑ ÇáÐäæÈ ¡ áÃä ÇááÚä áÇ íßæä ÅáÇ Úáì ßÈíÑÉ ¡ æÇáæÚíÏ ÈÔÏÉ ÇáÚÐÇÈ áÇ íßæä ÅáÇ Úáì ßÈíÑÉ¡ æáßä ãä Çáããßä Ãä ÊÕæÑ ÃÌÒÇÁ ãä ÇáÌÓã ßÇáíÏ æÇáÑÌá æãÇ ÃÔÈå Ðáß¡ áÃä åÐå ÇáÃÌÒÇÁ áÇ ÊÍáøåÇ ÇáÍíÇÉ¡ æÙÇåÑ ÇáäÕæÕ Ãä ÇáÐí íÍÑã ãÇ íãßä Ãä ÊÍáøå ÇáÍíÇÉ áÞæáå Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍÇÏíË : (ßáøÝ Ãä íäÝÎ ÝíåÇ ÇáÑæÍ æáíÓ ÈäÇÝÎ)" ÇåÜ .
"ÝÊÇæì ÇÈä ÚËíãíä" (2/272) .

"Tidak dibenarkan membuat gambar binatang2 ini kerana Nabi :saw melaknati pembuat2 gambar dan bersabda : 'Azab yang paling dasyat keatas manusia pada hari Kiamat ialah keatas pembuat2 gambar'. Ini menunjukkan bahawa membuat gambar adalah berdosa besar, kerana laknat hanya dikenakan kepada dosa2 besar, dan amaran azab yang dasyat hanya dikenakan kepada dosa2 besar.

Akan tetapi, diperbolehkan melukis sebahagian dari anggotanya, seperti tangan atau kaki, dsb, kerana bahagian2 ini tidak boleh hidup dengan sendirinya, dan zahir nas tersebut menunjukkan larangan dikenakan keatas perkara2 yang hidup (dengan sendiri), kerana Nabi :saw bersabda didalam sebuah hadith :'Dia (pembuat gambar) diberitahu agar memberi nyawa/hidup kepadanya dan dia tidak mampu melakukan demikian'". - [Fataawa Ibn Utsamin, 2/272]

Didalam fatwa lain beliau berkata :

æÅÐÇ ÇÈÊáí ÇáØÇáÈ æáÇ ÈÏ ÝáíÕæÑ ÍíæÇäÇð áíÓ áå ÑÃÓ
'Jika pelajar disuruh untuk melukis dan tidak ada opsyen lain, maka boleh melukis haiwan tanpa kepala" [Fataawa Ibn Utsaimin, 2/272].

Melukis gambar bernyawa seperti rupa manusia hanya dibenarkan bagi tugas-tugas yang benar2 memerlukan seperti melukis suspect2 penjenayah dsb.

Kesimpulannya, melukis objek2 yang tidak bernyawa tidaklah dilarang didalam Islam; seperti melukis bangunan KLCC, pokok, gunung dsb, akan tetapi melukis objek2 yang bernyawa adalah haram disisi Islam. WA.

wassalam

خيرالأمين