SJ-13-0111 : Perarakan Hari Kemerdekaan - Apa hukumnya?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0111 : Perarakan Hari Kemerdekaan - Apa hukumnya?

:salam

::?: Apakah hukumnya bagi seorang wanita untuk menyertai perarakan hari kemerdekaan (perbarisan) yang melibatkan peserta lelaki juga?

Minta tolong dijawap dalam kadar segera... VERY URGENT!!!
Saya memerlukan jawapan segera.. TOLONG!!

SJ-13-0111 : Perarakan Hari Kemerdekaan - Apa hukumnya?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr/i adelen dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Melihat kepada soalan diatas, kita boleh simpulkan bahawa terdapat 2 persoalan didalamnya :

a. Apakah boleh menyambut hari kemerdekaan?
b. Apakah hukum wanita menyertai perarakan yang bercampur diantara lelaki dan perempuan?

Terdapat dikalangan ulama' yang mengharamkan menyambut Hari Kemerdekaan dengan alasan :

a. bahawa didalam Islam cuma ada dua atau tiga Hari Raya sahaja; Eid al-Adha, Eid al-Fitr dan Hari Jumaat. Manusia tidak berhak mencipta perayaan yang baru didalam Islam
b. Perayaan2 ini biasanya meniru2 cara sambutan kaum2 kufar dan Kristian.

a. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpegang kepada alasan diatas akan tetapi menyatakan 'boleh' menyambut Hari Kemerdekaan dengan alasan ianya bukan upacara agama dan tidak meniru2 cara orang kufar. Beliau mengatakan bahawa ia cuma hari memperingati sesuatu tarikh dan bukannya perayaan.

Beliau telah menjelaskan didalam satu temuramah di Stesyen al-Jazeera didalam rancangan 'al-Syariah wal-Hayah' (ÇáÔÑíÚÉ æÇáÍíÇÉ) pada 21 July 2001 bahawa jika wujud upacara2 keagamaan didalam Eid yang baru ini, maka tidak dibenarkan. Kata beliau :

åÐå ÇáÃÚíÇÏ ÇáÚáãÇÁ äÕæÇ Úáì ßÑÇåíÉ ÇáÇÍÊÝÇá ÈãËá åÐå ÇáÃÚíÇÏ¡ æáßä ÅÐÇ ÇÍÊõÝá ÈåÇ Ïæä ÏÎæá Ýí ØÞæÓ Ãæ ÔíÁ ãä åÐÇ æãÌÇÑÇÉ ááÂÎÑíä¡ ãËá Ýí ãÕÑ ÚíÏ Ôã ÇáäÓíã¡ åæ áíÓ ÚíÏÇð ÅÓáÇãíÇð åæ íæã ãä ÃíÇã ÇáÑÈíÚ ÇÍÊÝÇáÇð ÈÇáÑÈíÚ æÇáäíÑæÒ ÃíÖÇð ÇÍÊÝÇá ÈÞÏæã ÇáÑÈíÚ áÇ ãÇäÚ ãä ÇáÇÍÊÝÇá ÈåÐÇ Úáì ÃáÇ íÏÎáå ÇáãÚäì ÇáÏíäí.
"Hari Raya - Hari Raya ini jelas dibenci oleh ulama'2 akan menyambut seperti Eid ini (sebagaimana didalam soalan asal), akan tetapi jika perayaan tersebut tanpa memasukkan perkara2 ritual / agama atau benda2 yang sedemikian dan menjaga yang lain2, seperti mana Eid Sham al-Neseen; ia bukanlah Eid Islamiyah, ia merupakan Eid menyambut kedatangan musim 'spring' dan Nowruz juga menyambut kedatangan 'spring'. Tidak ditegah menyambut upacara ini dengan andaian bahawa ia tidak memasukkan pengertian agama"

Tambah beliau lagi :-

åÐÇ áÇ äÞæá Úäå ÚíÏÇð¡ äÍä ÚäÏäÇ ÚíÏÇä ÝÞØ æáÐáß ÍÊì ÇáÂä ÊÌÏ ÇáÈáÇÏ ÇáÅÓáÇãíÉ ÊÚãá íæã æØäí æáÇ äÓãíå ÚíÏ ÇáæØä Ãæ ÚíÏ ÇáÇÓÊÞáÇá æÅäãÇ åæ íæã ÇáÇÓÊÞáÇá Ãæ Çáíæã ÇáæØäí ááÏæáÉ ÇáÝáÇäíÉ¡ ÝáÇ äÓãíå ÚíÏÇð ÅäãÇ åæ íæã ÈÓÈÈ ãÚíä ÇÓÊÞáÊ Ýíå ÇáÃãÉ Ãæ ÇäÊÕÑÊ Ýíå ÇáÏæáÉ Úáì ÃÚÏÇÆåÇ ãËá íæã ÇäÊÕÇÑ ÇáËæÑÉ ÇáÌÒÇÆÑíÉ Úáì ÝÑäÓÇ¡ áÇ ãÇäÚ ãä Ðáß áÊÐßÑ äÚãÉ Çááå æÇááå ÊÚÇáì íÞæá (ÇÐßÑæÇ äÚãÉ Çááå Úáíßã).
"Ini kita tidak mengatakan ia sebagai Eid, kita berpegang kepada 2 Eid sahaja, maka sehingga kini kita akan dapati negara2 Islam menyambut Hari Kebangsaan dan tidak menamakan dengan Eid Watan (homeland) atau hari Kemerdekaan, akan tetapi ia masih lagi tetap Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan mana2 negara, dan tidaklah kita menamakannya sebagai EID, kerana sesungguhnya ia merupakan hari rakyatnya merdeka atau pencapaian negaranya melawan mush sepertimana kemenangan revolusi Algeria keatas Perancis. Tidak ditegah dari yang sedemikian untuk memperingati nikmat2 yang dikurniakan Allah, dan Allah berfirman :"Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu "".

Sumber : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=57&version=1&template_id=105&parent_id=16
-----------

b. Persoalan penyertaan wanita didalam perarakan Hari Kemerdekaan dan sebagainya termasuk didalam bab percampuran lelaki dan wanita. Menurut Majlis Fatwa Eropah, upacara yang terdapatnya lelaki dan perempuan pada umat Islam masih dilihat sebagai sesuatu perkara yang tidak boleh dipersoalkan lagi. Majlis Fatwa Eropah mengatakan bahawa ini merupakan satu kesalahan, dimana syariah Islam tidak pernah melarang lelaki dan perempuan berada di satu tempat dengan syarat 3 perkara mesti dielakkan :-

1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak

2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara2 yang tidak baik atau perasaan mereka.

3. Sentuhan fisikal - bersentuh lelaki dan perempuan

Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut.

Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547270

Berikut adalah beberapa jawapan di al-ahkam dari Ustaz thtl :-

Quote:
Jawab:


Dalilnya:
Kaedah asas feqh:" alMasyaqqah tajlibu at taysir" (Kesukaran membawa kpd kemudahan)
Dari kaedah asas ini keluarlah kaedah sampingan: Mudharat membolehkan yg terlarang."
Ia diambil dari ayat2 alQur'an:
AQ 2: 185):" Allah mengkehendaki kemudahan bg kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu)
AQ 2: 173 (barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, tidak dosa ke atasnya.) terjemahnya
Ibn Qayyim (I'lam alMuwaqqi'en): La wajib ma'a 'ajzin, wa la haram ma'a dharurat (Tidak menjadi wajib bila lemah, tidak haram pula bila dharurat)
Syaikh alZarqa' (syarah al Qawaid alFiqhiyah/187): apabila berleluasanya haram dan sedikitnya halal, maka boleh melakukan yg perlu selagi tidak berlebihan."

Kita syaratkan silat itu berlaku di hadapan ramai pesilat dan bukannya menerima buah silat secara berdua'an dan bersunyian ditakuti menerima 'buah' yg lain. Allahu a'alam

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=7429

Quote:
Jawab:

Ma'afkan kami kerana kami tidak perasan soalan ini dari Japan. Kami sentiasa mengutamakan masalah dari luar negara yg komunitinya tidak besar dan ingin cepat membantu orang spt saudara.
Sebenarnya kami selalu menjawab isu ini dan oleh kerana isu bebasnya wanita keluar ke dalam masyarakat ini merupakan isu zaman kita, maka hujah2nya ada dibahaskan dalam kitab2 Fatwa masakini. Kitab Fatwa yg kami pilih ialah dari kalam Mujtahid yg paling top masakini iaitu Prof Dr Abdallah Yusof alQardhawi yg sekarang menetap di Qatar berusia hampir 70 tahun. Soalan saudara pernah diajukan kepada Dr alQardhawi dan Dr telah menjawabnya dgn panjang lebar dan kami pernah menurunkan fatwa itu sebelum ini.
Rumusan:
Pertemuan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam urusan kerjaya, dakwah dan ilmu adalah harus asalkan ia sentiasa di atas Niat yg baik.
Dalil: atTawbah: 71 (Dan orang2 beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yg lain)

Etika atau garispanduan yg mengawal percampuran ini:
1. Menjaga pandangan supaya tidak menjalarnya syahwat.
Dalil: anNuur: 30-31 (..hendaklah mereka menahan pandangannya)
2. Semua pihak menutup aurat terutama perempuan, tidak nipis materialnya dan tidak menampakkan bentuk badan
Dalil: anNuur: 31 (janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak); alAhzab: 59 (Hendaklah mereka menghulurkan jilbab ke seluruh tubuh mereka)

3. Memelihara adab dan susila Islam ketika bertemu dan bergaul
3.1 menjaga nada suara (Dalil alAhzab: 32," maka janganlah kamu lunak dlm berbicara")
3.2 menjaga gaya berjalan (Dalil: anNuur: 31 (janganlah kamu memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan), alQasas: 25, "..ia (anak Ayub) berjalan tersipu-sipu)
3.3 Tidak membuat body language yg manja dan seksi

4. Elakkan rangsangan spt memakai perfume dan mengenakan make-up
5. Pertemuan dalam bentuk kumpulan, tidak boleh berkhalwah
6. Pertemuan dan pergaulan adalah dalam batasan keperluan sahaja bukan berlebih-lebihan. (Hadyul Islam Fatawa Mu'asirat Jld 2) WA

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14366

:aklam, wassalam

خيرالأمين