SJ-12-0104 : Hukum zihar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0104 : Hukum zihar

:salam

saya ada satu persoalan....

Adakah jatuh zihar apabila si suami berkata kepada isterinya dengan situasi ni..

Si suami melihat wajah isteri, dan melihat di bawah dagu,nampak mcm isi lebih(gemuk sikit)..lalu si suami berkata...macam ibu dinda jer (sambil menyentuh bawah dagu siisterinya)...

apakah hukumnya....

Dan adakah ibu mentua tak dikira hukum zihar ini...dalam kitab furuk masail..

saya petik dari satu artikel...
Perlu diingat bahawa anak perempuan tiri, menantuperempuan atau ibu mertua tidak akan jatuh zihar jikaisteri disamakan dengan mereka sebab muhramnya datangkemudian.

utk baca penuh sila pergi ke http://geocities.com/demimasa1/ikmal13.html

SJ-12-0104 : Hukum zihar

:wassalam

Kata-kata menyerupai dagu isteri dgn ibu mertua (ibu isteri) bukanlah zihar tapi puji-pujian lagipun si anak memanglah mewarisi baka dari ibubabapanya. (Fiqh ala madzhaahib arba'ah: 4/501)

Adapun ibu mertua bukan sasaran zihar adalah pendapat Jumhur, tapi di sisi madzhab Syafi'iy dan Hanafi ia termasuk semua mahram termasuk mahram yg tsabit secara perkahwinan (semenda). [Lihat Muhammad Bakar Ismail, Fiqh alWadih, Daar alManar, Cairo, 1990. ms 147] WA