Video: Al-Quran mereka 3 x ganda dari al-Quran kita...

Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”.

Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.

TONTON VIDEO BERIKUT..

 

Sila Klik Untuk Download Video

Sarikata cabaran Syeikh Uthman al-Khamis:

Syeikh Uthman Khamis mencabar Syiah agar mendatangkan satu riwayat dari imam mereka bahawa al-Quran yang ada sekarang bebas dari tahrif:

- Syiah Mendakwa, mazhab ahlul bait berpendapat al-Quran telah di-tahrif-kan...

- Semua riwayat dari ahlul bait mendakwa al-Quran telah di-tahrif-kan..

- Dr Ihsan Illahi Zahir telah mencabar Syiah agar membawa satu riwayat sahaja dari imam maksum yang mengatakan al-Quran tidak di-tahrif-kan

- Sekarang ini saya mencabar Syiah agar membawa satu sahaja riwayat sahaja dari imam maksum yang mengatakan al-Quran tidak di-tahrif-kan..

-------------------------------------------

- Siapa yang menghimpunkan al-Quran dan al-Sunnah?

- Ini al-Quran kita.. Kita dah menyatakan berulangkali, bahawa Ahlus Sunnah lah yang mengumpulkan al-Quran..

- Sanad-sanad al-Quran berada di tangan kita..

- Kitalah yang menghimpunkan sanad-sanad al-Quran..

- Para sahabat yang didakwa oleh Syiah telah murtad dan yang telah merampas jawatan khalifah dari Ali.. Mereka inilah yang menukilkan al-Quran ini..

- Syiah membawa al-Quran lain selain dari al-Quran ini yang mereka nukilkan dari imam-imam mereka..

- Al-Quran adalah yang dinukilkan dari para sahabat Nabi s.a.w.

- Kitalah yang menukilkan ke-mutawatiran al-Quran dari sisi Ahlus Sunnah

- Maka saya meminta dari mereka (Syiah) agar mendatangkan walaupun hanya satu riwayat sahaja dari imam maksum yang mengatakan tidak berlaku tahrif..

- Sehingga sekarang mereka tidak mampu mendatangkannnya..

- Dan. Mereka tidak akan mampu mendatangkannya.. Walaupun hanya satu riwayat sahaja..!

- Sedangkan ulama Syiah mengatakan terdapat beribu-ribu riwayat yg mereka buat secara dusta dari imam-imam mereka Radhiallahu Anhum bahawa berlaku tahrif di dalam al-Quran..