SJ-05-0112 : Tambahan ttg solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0112 : Tambahan ttg solat

:salam

Sedikit tambahan persoalan tentang solat

1) Adakah boleh seseorg yang solat jama' dan qasar solat berimam dengan imam solat fardhu sahaja?contohnya jama' dan qasar zhor dan asar dan maghrib dgn isya'.Dan adakah boleh ma'mum yang solat fardhu biasa berimamkan imam yang solat jama' dan qasar?

2) Bolehkah solat sunnat tahajjud dilakukan tanpa tidur?adakah jika kita solat tahajjud tanpa tidur, kita xkan mendapat kelebihanya dan hanya sama spt solat sunat lain? apakah hikmah yg sebenarnya solat tahajjud dilakukan setelah bangkit dari tidur?adakah sama fadhilatnya solat tahajjud dan solat taubat jika kita solat tahajjud xpa tidur kerana kedua2 solat adalah solat meminta pengampunan dr Allah

Saya harap, ustaz dpt berikan jawapan kpd saya..bukan saya ingin perbanyakkan khilaf dlm soal feqh ini..tetapi solat adalah wajib dlm kehidupan...keyakinan kita pntg agar kita tahu samaada betul ke apa yg kita lakukan selama ini..bukan terlalu bertaqlid semata-mata..Islam itu mudah, thabat wa murun..

SJ-05-0112 : Tambahan ttg solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan auni_shafiqah dengan kadar kemampuan yang anda, Insyaallah.

1a - Seorang yang bermusafir berimamkan Imam yang bersolat penuh.

Didalam situasi ini, hendaklah ma'mum tersebut melakukan solat penuh (masih boleh jama' tetapi tidak qasar) sebagaimana Imam melakukan. Ini merupakan pandangan Ibn Abbas ra. dan Ibn Umar ra. Telah diriwayatkan bahawa Musa ibn Salamah al-Hadhali berkata :

ÓÃáÊ ÇÈä ÚÈÇÓ ßíÝ ÃÕáí ÅÐÇ ßäÊ ÈãßÉ ÅÐÇ áã ÃõÕá ãÚ ÇáÅãÇã ÝÞÇá ÑßÚÊíä ÓäÉ ÃÈí ÇáÞÇÓã Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
"Aku telah bertanya dengan Ibnu 'Abbas : 'bagaimana harus saya solat semasa di Makkah dan aku tidak bersolat bersama Imam?' Dia berkata :'Dua rakaat, dan ini merupakan cara/sunnah Abu al-Qaasim :saw". [Hadith Riwayat Muslim #688].

Dari riwayat Naafi', katanya :

ÅÐÇ Õáì ãÚ ÇáÅãÇã Õáì ÃÑÈÚÇð æÅÐÇ ÕáÇøåÇ æÍÏå Õáì ÑßÚÊíä .
"Apabila Ibn Umar bersama Imam dia akan bersolat 4 rakaat, dan jika dia bersolat berseorangan, dia akan bersolat 2 rakaat" [hadith Riwayat Muslim #694]

1b. Orang yang bermukim berimamkan Imam yang musafir.

Didalam situasi ini, Imam yang bermusafir boleh melakukan solat secara Qasar (2 rakaat). Apabila selesai solat, Imam digalakkan menyebut : "sempurnakan Solat kamu, sesungguhnya aku adalah orang yang bermusafir" (ÃÊãæÇ ÕáÇÊßã¡ ÝÅäí ãÓÇÝÑ). Maknanya, Imam akan bersolat 2 rakaat, dan Ma'mum akan bersolat 4 rakaat. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji - Jilid 1, Daar al-Qalam, 2000. ms 188].

Kesimpulan :

- Jika seorang musafir bersolat seorang diri, dia boleh melakukan Jama' dan Qasar
- Jika seorang musafir solat di belakang Imam bermukim, dia hendaklah solat pernuh (tidak qasar) mengikut Imam dan menjama' solat yang lagi satu.
- Jika ma'mum bermukim dan Imam seorang musafir, maka Imam dibolehkan solat secara Qasar, dan ma'mum boleh menambah rakaat setelah selesai Imam memberi salam.

-------------
Solat tahajjud.

a. Bolehkan solat tahujjud dilakukan tanpa tidur?

Jawapan : sudah tentu boleh. Waktunya adalah selepas selesai solat 'Isya sehingga sebelum terbitnya fajar. Contohnya, didalam Solat Tarawih atau dikenali dengan Solat Qiam Ramadhan (tahajjud) dilakukan selepas solat Isya', sebelum tidur.

b. Apakah berbeza solat tahajjud sebelum tidor atau selepas tidor?

Jawapan : Tentu sekali berbeza. Allah swt Maha Mengetahui akan hamba2nya. Allah akan memberi ganjaran kepada hamba2nya diatas kesukaran yang dia hadapi. Berkata Ibn Qayyim rh :-

æÚáì ÞÏÑ äíÉ ÇáÚÈÏ æåãÊå æãÑÇÏå æÑÛÈÊå íßæä ÊæÝíÞå ÓÈÍÇäå æÅÚÇäÊå ¡ ÝÇáãÚæäÉ ãä Çááå ÊäÒá Úáì ÇáÚÈÇÏ Úáì ÞÏÑ åããåã æäíÇÊåã æÑÛÈÊåã æÑåÈÊåã ¡ æÇáÎÐáÇä íäÒá Úáíåã Úáì ÍÓÈ Ðáß .
"Kadar seseorang itu dibantu dan ditolong oleh Allah bergantung kepada kadar niat, dorongan, tujuan dan harapan. Pertolongan dari Allah datang kepada manusia sesuai dengan dorongan, niat, harapan dan perasaan takut mereka. Dan kegagalan juga datang cara begitu juga"

Nabi :saw bersabda :

ÚÌÈ ÑÈäÇ ãä ÑÌáíä : ÑÌá ËÇÑ Úä æØÇÆå æáÍÇÝå ãä Èíä Ãåáå æÍÈå Åáì ÕáÇÊå ÝíÞæá Çááå Ìá æÚáÇ : ÃíÇ ãáÇÆßÊí ÇäÙÑ Åáì ÚÈÏí ËÇÑ ãä ÝÑÇÔå ææØÇÆå ãä Èíä ÍÈå æÃåáå Åáì ÕáÇÊå ÑÛÈÉ ÝíãÇ ÚäÏí ¡ æÔÝÞÉ ããÇ ÚäÏí
"Tuhan kita menyukai 2 jenis lelaki : lelaki yang meninggalkan katil dan selimut, dan meninggalkan isteri dan kekasihnya, untuk pergi bersolat. Allah berkata : Wahai MalaikatKu, Lihatlah keatas hambaKu. Dia telah meninggalkan katil dan selimut, dan meninggalkan kekasihnya dan isterinya untuk bersolat, harapan adalah disisiku, dan tanpa merasa takut disisiKu" [Hadith Riwayat Ahmad sebagai hasan didalam Sahih al-Targhib, #258].

Dari 'Amr ibn 'Absah bahawa Nabi :saw bersabda :-

ÃÞÑÈ ãÇ íßæä ÇáÑÈ ãä ÇáÚÈÏ Ýí ÌæÝ Çááíá ÇáÂÎÑ ¡ ÝÅä ÇÓÊØÚÊ Ãä Êßæä ããä íÐßÑ Çááå Ýí Êáß ÇáÓÇÚÉ Ýßä
"Paling dekat Tuhan dengan hambanya adalah pada jauh malam, maka sesungguhnya jika anda boleh menjadi diantara mereka yang memperingati Allah pada masa tersebut, maka lakukanlah" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi dan al-Nasaa'i].

Kesimpulan : tiada larangan untuk melakukan solat tahajjud sebelum tidur. Akan tetapi, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi :saw, para2 sahabat dan ulama2, mereka tidur dahulu dan bangun pada jauh malam bermunajjad kepada Allah swt sehingga waktu sahur. WA.

wassalam

خيرالأمين