SJ - 1933 : KENDURI - DI ANTARA SYARIAH DAN BID'AHNYA ( SAMB

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1933 : KENDURI - DI ANTARA SYARIAH DAN BID'AHNYA ( SAMB

Assalamualaikum....

Setelah membaca jawapan yang ustaz beri saya lihat ada sesetengah adat melayu yg tak penah dibuat pada zaman nabi ustaz menyokong nyer dibuat : contoh sj 1930 (tentang kenduri masuk rumah baru). Oleh itu saya ingin bertanya macam manakah kita ingin menilai sesuatu perkara itu adakah sesuai dibuat atau tak jika ia tidak dibuat pada zaman nabi ?

Wassalam

Re: SJ - 1933 : KENDURI - DI ANTARA SYARIAH DAN BID'AHNYA (

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudari tersebut , dan nampaknya soalan ini adalah berdasarkan SJ-1930 : KENDURI MASUK RUMAH BARU . Baiklah , sebelum kita pergi lebih jauh menyelami permasalahan yang saudara ajukan itu , marilah kita bersama-sama memerhatikan dengan sebaik-baiknya apakah yang dimaksudkan dengan Bid’ah itu sendiri .

BID’AH : DEFINASINYA MENURUT IMAM ASY-SYATIBI (RH) :

( I ) Takrif Yang Tidak Mengkategorikan Adat itu termasuk di dalam maksud Bid’ah , tetapi hanya mengkhususkan Ibadat sahaja :

ØÑíÞÉ Ýí ÇáÏíä ãÎÊÑÚÉ ÊÖÇåí ÇáÔÑÚíÉ íÞÕÏ ÈÇáÓáæß ÚáíåÇ ÇáãÈÇáÛÉ Ýí ÇáÊÚÈÏ ááå ÓÈÍÇäå

Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan @ cara yang diada-adakan di dalam agama yang menyerupai hukum syariat , tujuan dikerjakannya ialah untuk berlebih-lebihan di dalam mengabdikan diri ( ibadat ) kepada Allah Yang Maha Sucilah Dia .

( II ) Takrif Yang Turut Mengkategorikan Bid’ah itu termasuk juga di dalam perkara-perkara adat , bukan semata-mata di dalam ibadah semata-mata :

ØÑíÞÉ Ýí ÇáÏíä ãÎÊÑÚÉ ÊÖÇåí ÇáÔÑÚíÉ íÞÕÏ ÈÇáÓáæß ÚáíåÇ ãÇ íÞÕÏ ÈÇáØÑíÞÉ ÇáÔÑÚíÉ

Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan @ cara yang diada-adakan di dalam agama yang menyerupai hukum syariat , tujuan dikerjakannya ialah sama dengan tujuan dikerjakan sesuatu hukum syariah itu .

KESIMPULAN RINGKAS :

Bid’ah ialah satu rekaan baru di dalam perlaksanaan hukum-hukum syariah , sama ada ianya melibatkan permasalahan ibadah semata-mata , mahupun ianya termasuk juga di dalam permasalahan adat kebiasaan manusia .

Urusan adat ialah urusan kebiasaan , yang mana kalau manusia tidak diberikan panduan agama sekalipun , nescaya dia akan melakukan kebiasaan tersebut , contohnya : Makanan dan minuman .

Urusan adat yang mempunyai roh ibadat ( rupa-bentuk seperti rupa-betuk ibadah ) , jika dimasuki oleh unsur-unsur Bid’ah dan ianya pula memang dilarang oleh Rasulullah s.a.w sendiri , selaku yang menyampaikan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah , maka adat itu termasuklah juga di dalam Bid’ah yang keji dan dilarang ( Bid’ah Dholalah ) .

Manakala , urusan adat-kebiasaan yang tidak mempunyai rupa-bentuk ibadah khusus , iaitu ianya berbentuk kebiasaan semata-mata , contohnya mereka-cipta sebuah mesin cetak , maka tidaklah dilarang oleh agama dan tidaklah termasuk di dalam kategori Bid’ah Dholalah .

HADIS & AMARAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENGENAI BID’AH INI :

Hadis-Hadis Baginda s.a.w mengenai bahayanya Bid’ah ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab karangan para ulama’ kita (rh) , akan tetapi saya hanya menyenaraikan satu sahaja hadis yang begitu masyhur di dalam bab ini , iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya , Kitab As-Sunnah , Bab Luzum As-Sunnah , Hadis 4596 :

ÞóÇáó ÇáúÚöÑúÈóÇÖõ Õóáøóì ÈöäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÐóÇÊó íóæúãò Ëõãøó ÃóÞúÈóáó ÚóáóíúäóÇ ÝóæóÚóÙóäóÇ ãóæúÚöÙóÉð ÈóáöíÛóÉð ÐóÑóÝóÊú ãöäúåóÇ ÇáúÚõíõæäõ æóæóÌöáóÊú ãöäúåóÇ ÇáúÞõáõæÈõ ÝóÞóÇáó ÞóÇÆöáñ íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ßóÃóäøó åóÐöåö ãóæúÚöÙóÉõ ãõæóÏøöÚò ÝóãóÇÐóÇ ÊóÚúåóÏõ ÅöáóíúäóÇ ÝóÞóÇáó ÃõæÕöíßõãú ÈöÊóÞúæóì Çááøóåö æóÇáÓøóãúÚö æóÇáØøóÇÚóÉö æóÅöäú ÚóÈúÏðÇ ÍóÈóÔöíøðÇ ÝóÅöäøóåõ ãóäú íóÚöÔú ãöäúßõãú ÈóÚúÏöí ÝóÓóíóÑóì ÇÎúÊöáóÇÝðÇ ßóËöíÑðÇ ÝóÚóáóíúßõãú ÈöÓõäøóÊöí æóÓõäøóÉö ÇáúÎõáóÝóÇÁö ÇáÑøóÇÔöÏöíäó ÇáúãóåúÏöíøöíäó ÊóãóÓøóßõæÇ ÈöåóÇ æóÚóÖøõæÇ ÚóáóíúåóÇ ÈöÇáäøóæóÇÌöÐö æóÅöíøóÇßõãú æóãõÍúÏóËóÇÊö ÇáúÃõãõæÑö ÝóÅöäøó ßõáøó ãõÍúÏóËóÉò ÈöÏúÚóÉñ æóßõáøó ÈöÏúÚóÉò ÖóáóÇáóÉñ

Ertinya : Telah berkata Irbadh , kami pernah sembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w pada suatu hari , kemudian Baginda s.a.w berpaling mengadap kepada kami lalu memberikan satu pesanan yang sangat meninggalkan kesan , yang boleh menyebabkan mengalirnya air mata , yang menyebabkan hati tersentuh . Lalu berkatalah seseorang : “ Wahai Rasulullah ! Seolah-olah ini adalah pesanan terakhir untuk kami , maka apakah yang tuan perintahkan kepada kami ? “ . Maka , sabda Baginda s.a.w : “ Aku berpesan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah , dan hendaklah kamu dengar dan taat walaupun ketuamu itu adalah seorang hamba kulit hitam drp negara habsyah ( Ethiopia ) . Maka , sesiapa sahaja yang hidup selepasku ini , dia pasti akan mendapati begitu banyak perselisihan. Oleh itu , hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin , lagi mereka itu adalah orang yang mendapat pimpinan. Peganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi gerahammu . Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “ .

Di dalam hadis yang hampir sama dengan hadis di atas , terdapat lagi sambungan daripada hadis tersebut , iaitu :

.......... æóßõáøõ ÖóáóÇáóÉò Ýöí ÇáäøóÇÑö

Ertinya : “ …dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie : Kitab Solat Al-‘Aidain : Bab Kaifa Al-Khutbah ? : Hadis ke – 1577 .

KESIMPULAN RINGKAS :

Amatlah salah jika disangka bahawa orang yang berbicara mengenai Bahayanya Bid’ah ini , sudah tentu drp golongan Wahabi ( @ Kaum Muda ) sahaja , walhal ianya dibicarakan secara luas di dalam banyak kitab-kitab hadis dan usul oleh para ulama’ kita sebelum lahirnya Gerakan Wahabi , dan sebelum lahirnya lagi pelopor gerakan itu , Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab (rh) ( 1703-1791 m ) .

Dan kalau kita meneliti kitab-kitab yang menerangkan mengenai Bid’ah ini , nyatalah pada kita bahawa Bid’ah yang dimaksudkan di sini ialah di dalam urusan ibadah dan juga di dalam kehidupan ( termasuklah adat-istiadat yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w ) .

Bid’ah yang dimaksudkan di sini juga sudah pastinya bukan Bid’ah yang difahami menurut pengertian bahasa Arab iaitu “ semua jenis ciptaan baru ( inovasi ) yang tidak pernah dilakukan sebelum ini “ , akan tetapi Bid’ah disini hendaklah difahami dengan pengertiannya menurut kefahaman syariah . Oleh itu , sudah tentu urusan mencipta kereta , minum Milo , menaiki pesawat ke Mekkah dan seumpamanya itu BUKANLAH Bid’ah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas .

Dan kita juga merasa hairan dengan mereka yang mengatakan bahawa bukan semua Bid’ah di dalam ibadah ( ibadah mahdhah = ibadah khusus = ibadah secara total ) itu sesat semuanya , kerana perkataan TIAP-TIAP (ßõáøõ ) itu juga boleh jadi bermakna “ Sebahagiannya “ ataupun “ Sebahagian Besar “ . Akan tetapi kalau kita terima hujah seperti ini , maka jika kita akan dapati lagi hadis ( sambungannya ) di atas , munasabahkah pula untuk kita mengatakan : “ Kalau sebahagian bid’ah di dalam ibadah itu sahaja yang sesat , maka adakah ini bermakna bukan semua kesesatan ( sebahagian kesesatan ) itu akan menempatkan seseorang di dalam neraka ??? “ . Sudah tentu hujah @ qiyas seperti ini tidak diterima oleh akal dan agama kita yang suci ini .

PEMBAHAGIAN BID’AH MENURUT PERSPEKTIF ADA ATAUPUN TIADA CONTOHNYA :

(1) – BID’AH HAQIQIYAH ( ÈÏÚÉ ÍÞíÞíÉ ) :

Bid’ah Haqiqiyah ialah suatu perkerjaan ataupun perbuatan yang tidak ada dalilnya sedikitpun , sama ada daripada Al-Quran , As-Sunnah, Ijma’ , Qiyas , dan tidak pula daripada sumber-sumber perundangan yang muktabar ( bernilai ) di sisi cendekiawan Islam , sama ada secara perbahasan umum ataupun terperinci .

Contohnya : Mendekatkan diri kepada Alah Ta’ala dengan cara menjadi seperti rahib ataupun tidak mahu beristeri tanpa sebarang alasan yang dibenarkan oleh Islam . Ataupun menyiksa diri agar mati cepat . Ataupun melebihkan akal-fikiran dan teori manusia di atas nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah . Ataupun seperti menyamakan riba’ dengan jual-beli . ataupun dengan cara melakukan tawaf di kuburan dan keramat , ataupun juga dengan melakukan solat dengan dua rukuk dan satu sujud. Selain itu , teori yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk juga satu bentuk bid’ah haqiqiyah.

(2) – BID’AH IDHOFIYYAH ( ÈÏÚÉ ÅÖÇÝíÉ ) :

Bid’ah Idhofiyah pula bermaksud satu bid’ah yang dilihat padanya ada dua unsur yang saling bercampur di antara satu sama lain . Iaitu dari satu sudut , ia kelihatan sebagai bukan Bid’ah kerana disandarkan kepada dalil . Manakala kalau dilihat dari sudut lain pula , ianya kelihatan sebagai Bid’ah dengan jelas.

Contohnya : Solat Raghaib , sejenis solat yang mempunyai 12 rakaat pada malam hari Jumaat yang pertama di dalam bulan Rejab , dengan cara-cara tertentu . Solat ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w , akan tetapi ianya kelihatan juga seperti solat yang sedia maklum di dalam ajaran agama .

Contoh lain : Mengerjakan azan dan iqamat untuk Solat Hari Raya ataupun Solat Gerhana . Azan dan Iqomah ini walaupun asalnya ada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w , akan tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak pernah melakukannya untuk Solat Hari Raya ataupun Solat Gerhana .

*** Dan perbahasan mengenai Bid’ah Idhofiyah ini sebenarnya panjang-lebar , sama sebagaimana Perbahasan Mengenai Bid’ah . Silalah rujuk buku-buku Usul-Fiqh ! .

APAKAH KATA AL-IMAM ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA (RH) MENGENAI MASALAH INI ? :

Al-Imam Asy-Syahid ( rh ) merupakan seorang tokoh yang bukan sahaja terkenal dengan ketajaman fikirannya dan keluasan ilmunya , bahkan beliau (rh) sendiri telah berusaha dengan segenap tenaga beliau untuk cuba menyatukan umat Islam , khasnya di dalam masalah-masalah yang selalu diperselisihi di kalangan umat Islam itu sendiri .

Beliau (rh) menjelaskan mengenai hal Bid’ah ini di dalam kitabnya yang terkenal : AL-USUL ‘ISYRIN ( USUL 20 ) seperti berikut :

ASAS KE-11 :

æ ßá ÈÏÚÉ Ýí Ïíä Çááå áÇ ÃÕá áåÇ- ÅÓÊÍÓäåÇ ÇáäÇÓ ÈÃåæÇÆåã , ÓæÇÁ ÈÇáÒíÇÏÉ Ýíå Ãæ ÈÇáäÞÕ ãäå - ÖáÇáÉ ÊÌÈ ãÍÇÑÈÊåÇ , æÇáÞÖÇÁ ÚáíåÇ ÈÃÝÖá ÇáæÓÇÆá ÃáÊí áÇ ÊÄÏí Åáì ãÇ åæ ÔÑ ãäåÇ

Ertinya : “ Semua bid’ah yang dilakukan di dalam agama Islam tanpa ada sandaran asalnya dan dipandang baik oleh hawa nafsu segolongan manusia, sama ada dengan menambah ataupun dengan mengurangkan apa-apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sesat , yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilakukan dengan cara yang paling baik , supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bid’ah itu sendiri .

ASAS KE-12 :

æ ÇáÈÏÚÉ ÇáÅÖÇÝíÉ æ ÇáÊÑßíÉ æ ÇáÅáÊÒÇã Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáãØáÞÉ ÎáÇÝ ÝÞåí , áßá Ýíå ÑÃíå , æ áÇ ÈÃÓ ÈÊãÍíÕ ÇáÍÞíÞÉ ÈÇáÏáíá æ ÇáÈÑåÇä

Ertinya : “ Bid’ah Idhofiah , Bid’ah Tarkiah , terikat dengan cara-cara tertentu di dalam melakukan ibadah yang mutlak , adalah termasuk di dalam permasalahan yang diperselisihi di dalam agama ( khilafiah ) . Setiap orang mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Akan tetapi tidaklah menjadi kesalahan untuk kita mencari hakikat sebenarnya melalui bukti dan keterangan .

BID’AH BAGAIMANAKAH YANG PERLU DIELAKKAN DAN DIPERANGI ? :

Sudah tentulah bid’ah haqiqiyah lah yang perlu diperangi ( dengan cara yang sebaik-baiknya ) kerana ia adalah satu kemungkaran di dalam agama . Kalau tidak diperangi , sudah tentulah kesucian Islam ini akan tercemar . Kita tidak mahu Islam yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala ini tercemar kesuciannya seperti mana agama-agama lain.

Tidak syak lagi bid’ah haqiqiyah ini adalah satu kemungkaran yang sangat keji lagi sangat menyesatkan . Lantaran itu , perlulah kita melaksanakan apa yang telah diajarkan oleh Baginda s.a.w . Sabda Baginda s.a.w :

ãóäú ÑóÃóì ãöäúßõãú ãõäúßóÑðÇ ÝóáúíõÛóíøöÑúåõ ÈöíóÏöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöáöÓóÇäöåö ÝóÅöäú áóãú íóÓúÊóØöÚú ÝóÈöÞóáúÈöåö æóÐóáößó ÃóÖúÚóÝõ ÇáúÅöíãóÇäö

Ertinya : “ Sesiapa sahaja yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya( kuasanya ) , maka jika dia tidak berupaya sedemikian , hendaklah pula dia mengubahnya dengan kata-katanya ( nasihat ) , dan jika tidak berupaya juga berbuat demikian , maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya ( dengan membencinya ) , dan demikian itu ( membencinya ) itu adalah tahap iman yang paling lemah “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad (rh) 3/20 , Imam Muslim (rh) 1/49 , Imam Abu Daud (rh) 1/1140 , Imam At-Tirmidzie (rh) 4/2172, Imam An-Nasaie (rh) 8/5033 dan Imam Ibnu Majah (rh) 1/1275 , serta Imam As-Suyuthi di dalam Al-Jamie’ As-Soghir : 8687 .

Al-‘Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam kitabnya yang terkenal “ MIN FIQHI AD -DAULAH FIL ISLAM “ ( Fiqh Kenegaraan Menurut Pandangan Islam ) menyatakan bahawa syarat-syarat yang perlu dimiliki oleh seseorang ataupun sekelompok muslimin untuk mengubah sesuatu kemungkaran , khasnya dengan menggunakan kuasa ataupun kekuatan ialah :

1 – Kemungkaran itu adalah perkara yang disepakati oleh ulama’ mengenai pengharamannya .

2 – Kemungkaran itu benar-benar muncul.

3 – Benar-benar mampu untuk mengubahnya.

4 – Tidak dibimbangi akan munculnya kemungkaran yang lebih besar lagi rentetan daripada kemungkaran yang diubah dengan menggunakan kekuatan.

MASALAH KENDURI MASUK RUMAH BARU :

Berkenduri bukanlah merupakan satu masalah yang diperselisihi di kalangan ulama’ , akan tetapi yang diperselisihi di kalangan mereka ialah : BOLEHKAH ATAU TIDAK BOLEH KITA MENGADAKAN UPACARA-UPACARA YANG BERBAU AGAMA DI DALAM KENDURI TERSEBUT , seperti membaca surah-surah tertentu , mengadakan zikir ataupun wirid itu dan ini dan seumpamanya .

Masalah seperti ini – menurut pandangan saya – bukanlah masalah yang baru , bahkan ianya merupakan masalah yang telah lama pun diperselisihi di kalangan ulama’ dahulu , yang jauh lebih ‘alim dan lebih mahir mengenai Al-Quran dan As-Sunnah .

Satu pihak mengatakan ianya tidak boleh dilakukan kerana contohnya yang khusus mengenai hal itu tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w , mahupun Para Sahabatnya r.a .

Manakala pihak kedua pula mengatakan bahawa sungguhpun ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a , akan tetapi amalan membaca Al-Quran , tahlil dan wirid itu ada dilakukan oleh mereka yang mulia itu . Selain itu , apa yang dilakukan pula tidaklah menyebabkan agama menjadi rosak , bahkan ianya pula boleh menautkan ukhuwwah di kalangan masyarakat sekitar dengan tuan rumah tersebut . Di samping itu , inilah peluangnya untuk menyiarkan dakwah , khasnya bagi golongan pendakwah yang turut serta di dalam majlis seperti itu . Dan ianya merupakan satu bentuk tabarruk ( mengambil berkat ) daripada bacaan al-Quran , Zikir , Wirid dan Tazkirah yang diadakan di dalam majlis tersebut .

Ya ! walaupun ianya tidak pernah ada contohnya di dalam Al-Quran ataupun As-Sunnah , akan tetapi ianya ditimbang pula dengan sumber-sumber lain di dalam Perundangan Islam seperti ‘Uruf, Al-Istihsan dan Masalih Mursalah .

Samalah seperti adat mencium tangan si suami dan menghantar kueh-mueh di bulan Ramadhan kepada jiran-tetangga , sungguhpun ianya tidak pernah dicontohkan oleh kehidupan Rasulullah s.a.w , akan tetapi ianya tidak pula bid’ah , apatah lagi boleh merosakkan kesucian agama islam .

Apatah lagi yang mengakui harusnya juga bukanlah calang-calang orang , tetapi golongan ulama’ yang turut sama menghafal dan mempelajari dengan teliti akan Al-Quran dan As-Sunnah .

Inilah di antara beberapa hujah kedua-dua golongan tersebut mengenai hal kenduri masuk rumah itu , samalah halnya dengan masalah-masalah seumpamanya seperti kenduri kerana mencukur anak ( Tahnik ) , kenduri ‘Aqiqah dengan melakukan Marhaban dan Berzanji , kenduri Khitan( bersunat ) serta Walimah ( Kenduri Perkahwinan ) dengan melakukan dahulu upacara “ Khatam Al-Quran “ .

Bagi saya – pendapat peribadi – saya lebih cenderung kepada pendapat golongan kedua di dalam hal ini memandangkan ianya telah “ sebati “ dan menjadi “ darah-daging” kepada masyarakat Melayu Islam semenjak zaman-berzaman . Untuk mengubahnya , saya fikir “ hampir tidak mungkin “ dan saya sendiri tidak bercita-cita untuk memansuhkan adat dan kenduri seperti itu memandangkan ianya sendiri bukanlah satu perkara yang mungkar ( yang disepakati oleh ulama’ bahawa ianya benar-benar mungkar ) dan saya juga tidak melihat ianya boleh mengundang mafsadah yang besar kepada umat Islam . Apatah lagi , ianya samalah seperti persolan Qunut Subuh , Sapu muka lepas sembahyang dan berdoa , cara-cara berwudhuk yang berbeza-beza , masalah batalkah ataupun tidak wudhuk seseorang apabila menyentuh seseorang wanita dan sebagainya daripada jenis perosalan-persoalan yang memang diperselisihi daripada dahulu lagi .

Lainlah halnya kalau “ Kenduri Masuk Rumah Baru “ itu dilakukan upacara yang jelas bertentangan dengan Islam seperti “ Upacara Semah Rumah “ seperti mengikat tiang-tiang seri rumah dengan kain kuning , menepung-tawar rumah , bersintok , berlimau-purut , “ upacara pulih rumah “ , mandi tolak bala dan seumpamanya . Sekalipun kalau ada di dalam majlis yang mungkar seperti ini bacaan zikir, wirid dan ayat-ayat Al-Quran Al-Karim , dan hatta dibacakan 30 juzuk sekalipun Al-Quran Al-Karim itu , maka hukumnya tetap HARAM dan BID’AH MUNKARAH DHOLALAH !!! .

Saya juga percaya , kalau saya mengarang sebuah kitab yang tebal , yang menyokong kecenderungan saya kepada salah-satu pandangan di atas , maka sudah tentu pula akan timbul pula satu buku yang sama ataupun lebih tebal daripada pihak yang tidak setuju dengan pilihan saya . Dan ini akan berterusan hingga ke hari kiamat kelak selagi taksub kepada pandangan masing-masing dan tidak reti lagi “ jahil-tukil “ akan “ Adab Al-Ikhtilaf “ ( Etika Berbeza Pendapat ) .

Bagi saya , selagi apa yang diamalkan oleh setiap umat Islam itu ada asal-usulnya di dalam syariah Islam , ada pula pandangan ulama’ yang muktabar mengenainya , maka perselisihan di dalam masalah seperti itu adalah perselisihan yang dibenarkan oleh Islam – KHILAFIYAH SYAR’IEYAH @ KHILAF TANAWWU’ .

Adapun jika tiada apa-apa alasan daripada syariah Islam , dan ianya pula bukan merupakan pandangan mana-mana ulama’ muktabar dan apatah lagi andainya ianya adalah satu perkara yang memang ditentang oleh Islam , maka hal ini bukanlah hal yang dibenarkan di dalam agama kita , melainkan ianya adalah MUKHALAFAH LISY SYARI’ATIL ISLAMIYAH ( Sengaja Nak Menyalahi Ajaran Syariah Islam ) , ataupun ianya adalah KHILAF TUDHAD ( Perselisihan Yang Bertentangan Dengan Islam ) .

Saya kira amatlah tidak siuman jika ada satu pihak yang cuba menggunakan kekerasan untuk memaksa seseorang itu mengikuti alirannya , walhal manusia yang cuba dipaksa itu juga belajar daripada aliran yang turut sama diiktiraf di dalam Islam !!!.

Tidak siumanlah juga jika di dalam masalah seperti ini , umat Islam “ bertetak dengan kapak kecik “ ataupun “ mengangkat parang kelewangnya “ , ataupun mula “ Gayung Bersambut , Kata Bersahut “ , lalu bergaduh sesama umat Islam . Walhal bergaduh sesama umat Islam , jelas HARAMNYA TANPA ADA KHILAF ! .

Walaupun begitu , saya sendiri percaya dan beramal dengan konsep : “ BOLEHNYA MEMBINCANGKAN MASALAH-MASALAH YANG DIPERSELISIHI DENGAN SYARAT MENJAGA ADAB-ADABNYA DAN MENJAGA PERSAUDARAAN ISLAM “ . Akan tetapi kalau perbincangan itu lebih cenderung untuk menjadi sebuah mujadalah ( perdebatan hangat ) , yang mengakibatkan kita sesama Islam bermasam–muka , saling tidak mahu ziarah-menziarahi dan saling enggan menunaikan solat di masjid @ surau dengan pihak yang kontra kepada kita , maka SAYA LEBIH RELA MENDIAMKAN DIRI & TIDAK MASUK CAMPUR DI DALAM POLEMIK DAN KEMELUT SEPERTI ITU !!!.

Akhirnya , buat saudara yang bertanya , saya kira saudara sendiri sudah “ kenyang “ dengan jawapan yang telah saya kemukakan . Mudah-mudahan ianya dapat membantu saudara , diri saya sendiri dan kita semua mengenal cara kita beribadah kepada Allah Ta’ala dan cara kita bergaul dengan manusia .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

1 – AL-I’ITISOM ~ Al-Imam Asy-Syatibi (rh) – Al-Maktabah At-Tawfiqiah .

2 – AL-JAMIE’ AS-SOGHIR ~ Al-Imam As-Suyuthi (rh) – Maktabah Nazar Mustafa Al-Baz , Riyadh.

3 – AL-MU’JAM AL-MUFAHRAS LI ALFADZIL HADIS NABAWI ~ E.J Brill , Holland.

4 – ‘AUNUL MA’ABUD SYARAH SUNAN ABI DAUD ~ Darul Fikr , Beirut .

5 – SYARAH SUNAN AN-NASAIE ~ Imam As-Suyuthi (rh) & Maulana As-Sindi (rh) – Darul Hadis , Kaherah.

6 – NADZORAT FI RISALAH AT-TA’ALIM ~ Darul Tauzi’ Wan Nasyr Al-Islamiah .

7 – FIQH DAULAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ~ Al-Qardhawie , Terjemahan : Hj Juanda Hj Jaya.

8 – KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH ~ K. H Moenawar Chalil – Bulan-Bintang , Jakarta.

9 – USUL DUA PULUH ~ Terjemahan : Al-Fadhil Prof. Alias Othman (U.M) – Pustaka Salam , KL .

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

28 / Sya’aban / 1423 H
4 / November / 2002 M

Isnin – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum