Asas Utama Membuat Penilaian

Primary tabs

Oleh: Musmai (http://musmai.blogspot.com/)

1) Mengenal pasti kesahihan sesuatu fakta

2) Memahami apa yang dimaksudkan oleh fakta (yang telah disahkan ketulenannya) sama ada tersurat dan tersirat

+ untuk yang pertama , metodologi yang paling signifikan dan praktikal untuk mendapatkannya telah pun dicipta oleh para sarjana Islam semenjak pertengahan kurun kedua Hijriah .Metodologi ini akhirnya menjadi sebuah ilmu yang ditulis dan dibukukan.Ianya juga menjadi satu keistimewaan bagi umat Islam disebabkan ketandusannya umat lain dalam memiliki metod ini.Metodologi ini lebih dikenali disisi sarjana Islam dengan nama 'Ulum Al-Hadith'.

+ Bagi yang kedua , metodologi khusus juga telah dipraktikan semenjak zaman kemunculan Nabi Islam 'Muhammad bin Abdullah' dan para sahabatnya.Metod ini digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan seharian bedasarkan fakta yang tulen dari kitab Tuhan sekelian alam ( Al-quran ) serta ucapan,perbuatan persetujuan,metod dari Nabi Islam (Al-Hadith).Metod ini seterusnya digunakan oleh generasi selepas mereka sehinggalah ianya menjadi sebuah ilmu yang tersendiri dan dibukukan.Metod ini lebih dikenali dengan nama 'Usul Fiqh'.

+ Kepincingan berlaku apabila salah satu dari dua asas ini diabaikan.Kemuncak tujuan bagi metod yang pertama ( ulum Al-hadith) adalah hanya untuk memastikan kesahihan sesuatu fakta.Adapun metod yang kedua (usul-feqh) ,kemuncak tujuannya pula adalah untuk memahami dan membuat penilaian bagi fakta yang telah disahkan ketulenannya.

+ Kesan negatif timbul apabila sebahagian kita hanya menumpukan kepada asas yang pertama sahaja.Mereka menyangka bahawa apabila sudah sahih fakta yang dibincangkan maka secara langsung fakta itu boleh diamalkan tanpa menyelidiki dahulu faktor-faktor lain yang bersangkutan dengan fakta tersebut.Mereka menyangka bahawa 'menngesahkan tulennya sesuatu fakta' adalah kemuncak tujuan dalam membuat penilaian.Maka akan lahirlah manusia yang berfikiran 'statik' yang mengikut 'teks fakta' secara lurus bendul.Maka lahirlah penilaian yang tersasar seperti ' menyucikan gigi dengan kayu sugi sahaja dikira sebagai sunnah ' tanpa mengira adakah yang hendak dimaksudkan dengan 'teks fakta ' tersebuat 'alat yang digunakan untuk menyucikan gigi' atau ' tujuan yang dikehendaki dari aktiviti menyucikan gigi'. Mereka ini mengatakan : kayu sugi itu yang sunnah (walaupun gigi tidak bersih ).Adapun mereka yang mempunyai metod yang kedua (usul fiqh) mengatakan : Gigi yang bersih itulah sunnah (walaupun menggunakan alat selain kayu sugi).Masalah ini (mengosok gigi) saya datangkan hanya sebagai contoh,bukan untuk dibincangkan secara panjang lebar.

+ Kesan negatif juga akan timbul apabila sebahagian kita mengabaikan metod yang pertama (ulum Al-Hadith) dan memiliki metod yang kedua sahaja.Ini kerana kebarangkalian untuk kita membuat penilaian di atas fakta yang palsu akan menjadi amat besar.Apakah faedah dari penilaian yang tajam sekiranya ia bedasarkan pada fakta yang palsu?Maka sia-sia usaha memerah akal untuk membuat penilaian kerana pekara yang dinilai adalah tidak wujud di alam realiti , hanyalah rekaan si pendusta .Maka kita akan mendengar sebahagian manusia menerangkan 'fakta' - tetapi ianya palsu- tentang kononnya Nabi Islam menyebut 'tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina' dengan keterangan yang panjang lebar sehingga menyentuh aspek geografi bumi cina itu sendiri!!Akhirnya usaha itu sia-sia kerana ianya bukan dari fakta yang benar.Masalah ini juga (menuntut ilmu ke negeri cina ) saya datangkan hanya sebagai contoh sahaja.Bukanlah untuk dibincangkan panjang dengan panjang lebar.

+Kesimpulannya, pelunya seorang muslim yang ingin membuat penilian dengan adil dan benar memiliki kemahiran dua metod asasi ini.Wallahu a'lam.

+Terbuka untuk perbincangan