:salam
saya ingin bertanya sekiranya pakaian kita terkena najis sama ada darah, muntah atau air kencing dan kemudiannya najis ini kering di atas pakaian kita, adakah najis ini akan berjangkit ke pakaian lain atau pun tubuh badan kita sekiranya kita mencampurkan dengan pakaian lain atau tersentuhnya.
:wassalam
:wassalam
alJawab:
Najis yg kering (pada pakaian) tidak berjangkit. Hanya pakaian itu sajalah yg kotor. Bila kain terkena najis, maka hendaklah dinyahkan ain najis itu terlebih dahulu dgn air sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.