Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr muawiyah dengan kadar yang mampu, Insyaallah.
Perkahwinan sepupu tidaklah dilarang didalam Islam. Ia bukanlah termasuk didalam kategori mereka yang dilarang berkahwin sebagaimana surah Al-Nisaa; 22-24. Didalam surah al-Ahzab; ayat 50, Allah swt menyatakan kepada Nabi :saw bahawa dia boleh berkahwin dengan anak perempuan sebelah Pak Cik atau Mak Cik beliau. Orang2 Islam pernah mengamalkan perkahwinan dengan sepupu semenjak zaman Nabi :saw lagi.
Ulama' mazhab khilaf mengenai hukum berkahwin dengan sepupu.
- Mazhab Syafie dan Hanbali mengatakan Makruh
- Mazhab Maliki membenarkannya.
- Mazhab Zahiri mengatakan digalakkan.
Mazhab Syafie memakruhkan perkahwinan sepupu berdasarkan sebuah hadith :
áÇ ÊäßÍæÇ ÇáÞÑÇÈÉ ÇáÞÑíÈÉ ÝÅä ÇáæáÏ íÎáÞ ÖÇæíÇ
dir="ltr">"Janganlah kamu bernikah dengan keluarga yang terdekat, kerana sesungguhnya anak tersebut akan mendapat sakit/lemah"
Hadith ini dikategorikan sebagai lemah. Ibn Salah (seorang ulama' hadith) mengatakan bahawa dia tidak berjumpa dari mana asal hadith tersebut.
Pandangan Imam Syafie memakruhkan perkahwinan antara sepupu dijelaskan oleh Syiekh Syarbini didalam Mughni Muhtaj bahawa syahwat diantara kerabat adalah lemah. Diantara lain dinyatakan oleh al-Zanjani bahawa objektif perkahwinan ialah menghubungkan ikatan diantara keluarga. Bagi mereka yang bersaudara, tidak perlu perkahwinan untuk merapatkan ikatan keluarga.
Al-Subki mengatakan pandangan ini tidak benar, kerana ia tidak mempunyai sumber dalil yang kukuh.
Nabi :saw sendiri mengahwinkan anaknya Fatimah ra. dengan Saidina Ali ra. dan mereka berdua adalah keluarga yang rapat. Nabi :saw sendiri berkahwin dengan Zainab bt Jahsh ra. dan dia adalah anak kepada Mak Ciknya (sepupu beliau).
Walaubagaimana pun, apa yang terpenting didalam perkahwinan diantara sepupu adalah pertimbangan atau prioriti.Contohnya : jika sepupu meupakan seorang yang miskin, maka adalah lebih utama mengahwini sepupu tersebut dari wanita lain. Begitu juga jika ingin berkahwin dengan sepupu yang mempunyai penyakit keturunan yang sama, maka perkahwinan tersebut tidak digalakkan. Perkara seperti ini perlulah di lihat dari 'case to case basis'. Islam tidak mencela perkahwinan sepupu.
wa'alaikumussalam

Sekian, wassalam
خيرالأمين